Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Saturday, July 19, 2014

kekecewaan aku dalam sistem 'senior-junior'



"Kau junior aku, kau kena kenal siapa senior kau!"

Nahhhhh....
bertahun aku cuba fahamkan sistem ni.
sistem junior - senior.

sumpah, aku masih tak faham hingga ke hari ini.

bagi aku, senior dan junior hanya di pisahkan kerana umur sahaja.

Tapi itu pon masih aku tak mengerti..


kenapa kena ada senior kalau mereka sendiri tak pernah tunjuk contoh yang baik pada junior. Kenapa mesti ada junior kalau ia hanya diciptakan hanya untuk 'menghambakan diri' pada senior ?

Entahhh..

seumur hidup aku jarang sekali seorang senior memberi manfaat dalam hidup, mengajar kita jadi seorang yang baik, dan menunjukan contoh yang elok.

tak pernah...

tak kira zaman sekolah, kolej, pekerjaan mahupun kehidupan seharian.

yang sering aku nampak

1) senior menjeling junior.
2) senior yang suka gelakkan dan ejek junior.
3) senior yang hanya kekwat dengan junior sebab mereka lebih tinggi kedudukan
4) junior yang hanya kena tegur senior sebab budak baru.
5) junior yang sering di buli oleh senior
6) senior yang suka 'malukan' junior
7) junior yang lemah..
8)senior junior bergaduh sesama sendiri.

cuba kau fikirkan sejenak..

adakah senior kau sendiri pernah ajar kau erti hidup ?

jarangkan ?

dan cuba kau fikir kau di tempat senior pernah jugak ke kau bagi manfaat pada junior kau ?

masih tidak bukan ?

entah..

jadi sebab tu hingga sekarang bila orang kata kau kena hormat senior aku hanya akan cakap satu perkataan sahaja.

"aku hanya hormat orang yang lebih tua, itu sahaja"

sebab.. bagi aku orang yang lebih tua mereka jauh lebih bermakna dari junior senior.

so tak perlu tunding jari, tak perlu kata perli. sebelum kita menghina pastikan diri kita tidak terhina semula. fikir sejenak sejauh mana kebaikan semua ini.

sebab aku masih tak mengerti.

No comments: