Thursday, October 20, 2011

karekter paling gua suka :)



L
u orang semua ada tak terfikir nak jadi apa andai diberi peluang untuk menjadi satu karekter di disney :). dalam banyak-banyak cartoon tuh, gua nak sangat jadi little mermaid, entah kenapa gua suka gila. dengan rambut merah dia, dengan ekor dia, dengan kawan-kawan yang dia ada. perghhhh! TERBAIK siot! ahax! gua nak sangat satuhari jadi macam dia.

Gua nak berenang di lautan yang terbuka indah tu, gua nak berenang sepuas hati gua, gua nak jumpa semua spesis ikan yang cool-cool warnanya, gua nak berkawan dengan diorang. gua nak berenang-renang dengan diorang sekali. Hmmm, best kan? 

Then, gua sebenarnya kagum dengan keberanian dia. tau sebab apa? sebab gua suka dengan sifat dia seorang gadis berambut merah yang sanggup berenang di lautan yang asing hanya bertemankan 2 kawannya, si ketam dan si ikan semata-mata untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang "MANUSIA". sedangkan dia si ariel tu baru berapa tahun kan. tapi kecik-kecik dah berani kan? then, gua kagum bila dia sanggup mengorbankan dan menyerahkan suaranya pada si sotong hanya tok mengejar impian. berhati waja kan dia?

Sebab itulah gua suka dengan gelaran "GADIS SI RAMBUT MERAH" kerana bila gua ingat rambut merah, gua akan ingat keberanian dia. :) hmmmm, alangkah seronoknya kalau gua boleh seharian jadi macam dia. eeeee bapak seronok doh. gua suka, boleh berenang dengan penguin, boleh berenang dengan sea lion. perghhh memang best!



Okay, boleh tak gua nak jadi macam dak ni?
CUTE GAK DIA NIH KAN!
ahax! mintak pelempang je ayat ~.~

No comments:

Post a Comment