Wednesday, October 19, 2011

oh sedihnya :'(




Awwww ~.~
Kawan gua telah membuatkan gua menangis malam-malam ni.
dalam kepala gua fikir satu je

" B I L A   L A G I "

Sekejap je masa berlalu, rasa macam semalam je gua bersama dengan diorang ni semua,
kawan-kawan, gua dah mula rindu kan "kegilaan korang" & :kekecohan korang".
entah bila lagi lah kan kita akan bertemu lagi. :'(


Gua rindukan saat : 

1) Beratur berderet-deret tepi longkang SPS, semata-mata tunggu bus jam 7 pagi. 
2) masuk dalam bus dalam keadaan berebut-rebut. ahax! selalunya kita budak DEL yang dapat masuk dulu. 
3) Sound pihak kolej, pengurusan lembap sikit je habis semua kita sembur, sampai diorang naik getar dengan kita semua 
4) naik kereta viva syu-syu sumbat macam tin sardin. hah, memang lenyek kereta dia last-last tayar rim terbang entah kemana.
5) Membuli lecturer kita madam zimah, sangup tuh usahakan macam mana sampai sanggup sewa kereta semata-mata nak makan malam kat rumah madam. sungguh dasyahhhhht! last-last pokok kedondong madam licin disapu oleh kita semua.
6) Kita buat bulatan satu kelas, buat sesi luahan hati sorang demi sorang, walaupon masa tu tak ada dalam silibes pembelajaran madam nora tapi "terpaksa" jugak lakukan. damnnnn masa tuh masing-masing air mata macam air terjun kepunyaan ikip kan.
7) Public Speaking, hahhh, semua semangat hati wajar buat elok-elok. ingat tak ? story telling. masing-masing dengan daya tersendiri. kita semua mati matian buat gila-gila kan. siap bawak baju spear lagi. ahax! semangat!
8) bergadoh, pastu baik, pastu gadoh. betul lah kata orang air yang di cincang tak akan putus. ingat tak mula2 lecturer semua risau pasal pergadohan kita semua, last2 ayat diorang "alaaa, nanti okay balik lah tu" ahax! bila di fikirkan balik kita bukan macam dak2 kecik, tapi macam adik beradik. kan?
9) tapi yang bestnya tuh, gadoh2 kita semua, bila datang bab kerja, kita semua okay je kan? verry profesional, tak campurkan hal pribadi dengan hal-hal kerja.
10) Walaupon orang banyak kutuk kita macam-macam tapi kita semua tetap menjadi tumpuan orang ramai kannn. maklum lahhh budak-budak wartawan. ahax!
11) Time buat assigment kita masing-masing mengelabah tetek dok carik tempat printing, semambu lah tempat kita akan aim tol tak? dan mangsa kita adalah dura. ahax! sebab? sebab dia je ada transpot dan rajin keluar sana sini.
12) Masing-masing ada sifat "BERAT BERKATI-KATI, MENYAKITKAN HATI" ahax! semua cakap jenis makan dalam je. kannn? then tak de maknanya cover2 cun. sampai semua pandang kita atas bawah je, tapi apa adahal, mulut wartawan kan. ahax!
13) semuanya hantu karoke, hantu nyanyi. bila tunggu lecturer datang masuk kelas je, hah mula lah masing-masing menyerlahkan bakat terpendam. ada yang jadi penyanyi dangdut, ada yang jadi hip hop, ada gak yang bukak tarian zapin. ahax!
14) kelas kita selalu ada pertukaran pelajar jepun kan. ingat tak mamat korea, jeff semua tuhh? lawak kan. kita semua buli diorang. kekadang kalau ingat balik lawak gila-gila. then paling tak tahan masa bulan puasa diorang lak buli kita semua, time bulan puasa diorang bisik kat sebelah kita cakap "just now i eat, nasik lemakkkk, milo aissss, nasik ayammmmmmmm and bla bla bla" siot je kan. ahax!
15) and lastly lawatan bilik ke bilik. ahax! masing-masing akan pergi bilik ke bilik masing2 carik geng then mulakan aktiviti bergosip... chitchatchitchat. hah! tu yang menaik kan pointer masing2 tuh. ahax! then malam sikit masing2 jalan kaki mengagau carik makanan and mula lah bershooping tak ingat dunia kat ten-ten and enghong. ahax! lagi2 bila PTPTN masuk. perghhhhhhhhh! mengalahkan jutawan berbelanja <3

AND BANYAK LAGI....................






GUYS, APA PON JADI GUA NAK CAKAP.
LU OLANG LAH KAWAN-KAWAN TERBAIK GUA.
GUA SAYANG KAN KORANG SANGAT-SANGAT.
gua harap kita semua akan keep in touch. jangan lah menyombong antara kita yeah lagi-lagi bila nanti masing-masing dah ada nama kat industri media ni. :)



No comments:

Post a Comment