Guys, gua ada stu nasihat untuk kita semua renung-renung kan :)
untuk gadis-gadis : andai anda ada suka pada seseorang, malangnya dia bukan lah kepunyaan anda, jangan lah anda sesekali cuba merempasnnya. tetapi tunggu sehingga tiba masanya.
T A H U T A K K E N A P A ? !
Sebab satu hubungan yang bahagia di cipta atas airmata seseorang selalunya tidak akan kekal ke mana, ia hanya lah sementara. tak kemana pon hubungan itu akan pergi. bayangkan jika anda di tempat "MANGSA" apakah yang akan anda rasa pula? Lupa kah kita semua dunia ini KARMA, ada masa di atas dan ada masa di bawah.
Jika anda fikirkan dengan merampas kebahagiaan seseorang itu mampu membahagiakan diri anda, sebenarnya anda silap! silap besar! kadang-kadang biar orang membuat kita, jangan kita membuat orang. gua perasan, banyak terjadi pada sedara, kawan, abang, kakak gua yang jenis "dating dengan awek orang, bakal suami orang, suami dan isteri orang" hapa niii? der, macam takde orang lain je kan kat dunia ni.
Kita masing-masing di takdirkan untuk "berpasangan" jadi tak perlu nak gopoh sangat sampai sanggup merampas kebahagiaan orang lain kan? kalau benar dia jodoh anda, tak payah dengan taktik kotor dengan dating diam-diam, or call sembunyik-sembuyik, message belakang-belakang, takpayah. kita hanya harus "duduk diam-diam" kerana pepatah melayu katakan
"Jika anda menyayangi dia, lepaskan dia pergi, biar dia hidup dengan apa yang membahagiakan dia, TETAPI, andai dia datang kembali insyaallah, dia akan menjadi milik kamu selamanya"
Andai kita menyukai dan mencintai seseorang, jangan sesekali cuba melibatkan diri dalam perhubungan mereka, biarkan sahaja mereka hidup dengan cara mereka. tak perlu nak buat "tarikan" apa-apa. kerana andai si dia terpikat dengan tarikan anda, terbukti dia bukan lah lelaki yang berguna. dan anda hanya akan mendapat "MALU" kerana hilangnya maruah diri, dan pegangan diri sahaja.
Lagi pun tau tak macam mana rasa sakitnya hati bila kita kehilangan sesuatu yang memang milik kita tetapi di ambil oleh orang tanpa rela kita. pedihhh. yup! sangat pedih, macam mana gua tau? sebab gua pernah rasa. jadi 2 2, gua merampas, dan gua di rampas. so naihat gua pada semua, dengar lah kata-kata gua. JANGANLAH MERAMPAS SESUATU YANG BUKAN HAK MILIK KITA. Banyak lagi cara untuk mendapatkan kebahagiaan. tak perlu sampai buat taktik kotor.
SO RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL XD


No comments:
Post a Comment