kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)
Tuesday, June 4, 2013
setahun sudah :)
Betul kata orang,
Kalau kita fahami betul-betul erti kesabaran barulah kita akan dapat satu ganjaran yang tak terhingga!
chewahhhhhh! berbahasa pulak gua! ahax!
Okay bukan itu yang gua cuba nak bercerita dengan korang.. Itu hanya lah sekadar 'bayangan' sahaja. apa yang gua nak cakap
Alhamdulillah gua dah setahun kat sini!
yeayyyyyyyy!
*joget-joget*
pejam celik pejam celik. rupanya dah setahun gua jadi seorang wartawan & penulis.
Syukur alhamdulillah!
Memang tak nafikan satu benda yang boleh di katakan agak membanggakan jugak lah!
ialah babe, dalam banyak-banyak orang yang satu batch dengan gua. hanya gua sorang je yang bertahan dan kekal di sini. bersyukur sangat!
Jujur kata , macam gua pernah cakap....
gua bukanlah teachers fav, apatah lagi pensyarah. ketua lagi lah.. dulu zaman belajar gua selalu ponteng kelas. alasannya 'bosan pergi kelas' tak da apa yang menarik. orang dok sibuk study sebab esok nak final gua pulak relax je main the sims dengan hati dan muka yang kering.
Orang dok pulun buat assigment gua pulak buat ala kado je....
ada pernah cakap dengan gua "kalau kita nak berjaya kena bersungguh-sungguh kejar pointer"
tapi entah kenapa benda tu 'masuk telinga kanan keluar telinga kiri'.
Malah gua ingat lagi lecturer pernah marah gua depan kawan-kawan yang lain...
LECTURER: Betul ke artikel ni awak yang buat Ilani ?
LANY : Ya, saya tak tipu, madam boleh tanya kawan-kawan sebilik saya. Malam-malam saya tak tidur saya buat artikel ni
LECTURER : Awak jangan tipu saya Ilani! ini betul bahan awak ?
LANY : Aah madam! sumpah saya buat. saya cuma ambik beberapa fakta dari akhbar je. Dengan nama allah! Kalau madam tak percaya tak pelah. terpulang...
LECTURER : Kalau betul ni bahan awak, hasil kerja awak 'TAHNIAH' awak dah tak payah belajar ni dah taraf 'wartawan'.
Sumpah masa tu aku malu! dengar macam pujian kan ? padahal aku tahu semua tu hanya 'perlian'! gua menangis masa kena tanya macam tu depan orang ramai masa presentation.
rasa loser gila masa tuh. dalam hati sampai hati aku buat bersungguh-sungguh last-last aku kena cop 'pencurik artikel'.
But gua sabar, orang kata kalu bab-bab macam ni semuanya ujian sahaja. maklumlah tak semua mudah kan?
So sesi 'pandang rendah' dah biasa sangat dah pun.
bila time kawan-kawan dok komplain kata "weii markah aku turun! erghhhhh frustnya!"
Gua pulak boleh tersenyum-senyum tergelak dalam hati. sebab gua terfikir "patutnya kau bersyukur dapat markah macam tuh, kalau di bandingkan dengan markah aku lagi lah!"
macam-macam.....
even gua pernah di labelkan sebagai 'budak pemalas' dalam kelas. yang gua rajin buat dating, bersosial, berongeng, menari makkiah, dan gig...
itu jelah kerjanya....
sampai ada yang memulaukan gua cakap "jangan kawan dengan minah ni, pengaruh tak baik nih!"
but gua tak kisah, sebab bagi gua 'terpengaruh' itu sebenarnya terletak di dalam dada sendiri. kalu rasa nak diri di pengaruhi silakan. tapi kalau tak nak pandai lah bawak diri. jangan salahkan orang lain di atas kesalahan sendiri.
But takpe...
tak kisah....
even gua pernah 'lari' dari asrama semata-mata nak tidur kat pasir pantai. kononnya nak tengok matahari terbenam dan terbit dengan orang tersayang. orang kata "kau ni gila! orang lagi nak tidur sedap kat atas katil tapi kau pulak nak tidur kat pasir kotor tuh"
Hakikat diorang tak tahu, budak yang ada 'otak' macam gua ni jenis tak terurus. tak boleh dok diam. suka benda-benda lasak macam tuh. sebab tu tak kisah kat mana je gua ada...
syukur di sebabkan SEMUA yang di atas gua berjaya masuk dalam dunia kerjaya dengan mudahnya. sedikit sebanyak 'banyak' perubahan yang ada dalam diri gua.
siapa sangka, budak yang bodoh-bodoh alang ni, selekeh, serabai, tak pernah di sukai, di senangi dan sebagainya akhirnya dapat jugak apa yang dia pernah impikan.. :) Takpe, tak dapat lelaki pon takpe asalkan sekarang alhamdulillah gua dapat sesuatu yang jauh lebih hebat daripada lelaki :)
AMIN!
So korang semua ingat ya, tak semestinya kita 'tak jadi' macam mereka bermakna kita tak akan berjaya. dan paling penting yang gua nak highlight kan sebenarnya POINTER bukanlah segala-galanya. ia hanya membantu kita untuk 'mudah' sahaja. bukannya memudahkan dan menyelesaikan...
sebab.....
masa gua interview dulu, diorang cakap "pointer tinggi tak guna dik kalau awak tak boleh buat kerja. kami nak orang yang buat kerja bukannya pandai melangit. pandai sangat pon susah gak dik"
So guys, belajar elok-elok bukan kejar pointer k, tapi kejarlah masa depan :)
** sempat bagi nasihat tak tahan! **
okbai!! (kang mengarut lain lak!)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment