Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Thursday, June 13, 2013

mimpi orang yang sama.



Pernah tak korang bermimpi ??

Mesti pernah kan ?...

tapi, adakah mimpi korang sama setiap hari ? setiap kali ?

Adakah mimpi korang tu sentiasa orang yang sama ??

Jujur kata, sejak awal tahun hingga sekarang ni gua asyik mimpikan orang yang sama je... siapa dia ? hmmm, gua kenal sangat. cukup kenal. terlalu kenal.

Orang kata kalau pagi-pagi or petang or sebelum tidur cakap pasal dia nanti tidur mesti mimpikan dia kan?

tapi macam mana pulak kalau memang tak pernah ingat, even terlintas pon pasal dia tah macam mana ada je dia muncul!

Macam-macam gua mimpi...

entah apalah alamat dia...

Gua selalu cerita kat mak gua. sampai adakalanya gua menangis-nangis...

Mak gua cakap..

"Selalunya kalau kita TIBA-TIBA termimpikan dia. itu bermakna dia tengah rindukan kita Lany!"

but ... entah, gua rasa TAK MUNGKIN!

coz gua tau dia bahagia sangat kat sana... MEMANG TAK MUNGKIN!

dan ada jugak cakap...

"mungkin dia cuba nak sampaikan sesuatu..."

tapi apa babe .... ?

bayang kan setiap minggu mesti beberapa kali gua mimpikan dia...

tak lama... sekejap je sebenarnya kemunculan dia...

Ni antara mimpi yang gua alami...

1) Gua tengah jalan tepi pantai.. lepastu ada sekumpulan 'mat moto' dekat kawasan tuh. ** gua ni jenis kalau jalan ada sekumpulan lelaki, gua akan blah je terus! malas nak tengok-tengok.. tak kuasa** so gua pon jalan buat tak tau jelah.. sekali ada orang panggil... "lany.. lany...." gua toleh je belakang gua nampak dia berdiri elok dalam geng moto tuh sambil senyum lambai-lambai.. gua terus lari.. dalam hati "ehhh! kenapa dia ada kat sini ?!"

2) Gua tengah bercuti dengan family, duduk satu apartment. lepastu dia datang ketuk pintu. dia nangis-nangis, dia cakap "saya kena lupakan awak! saya sekarang dah jadi milik dia! awak pon kena lupakan saya, kita dah tak boleh jumpa lagi.... ni cincin kami, tak lama lagi saya akan kawen dengan dia." then ada perempuan datang pegang tangan dia terus berlalu pergi... masa tu ada dua orang budak ikut dia. gua hanya mampu menangis ja... tapi dalam hati "kenapa aku menangis nih!".

**bangun dari tidur je terus berjurai air mata gua.... terus gua peluk mak gua.. sedih gila wey!

3)  Gua tengah naik satu van putih. dalam tu ada semua keluarga gua. sekali tiba-tiba ada suara kat tepi tegur gua. "hai lany!" gua toleh ke tepi sekali gua nampak dia.. gua terus terkejut.. gua tergamam! gua tanya "bukan ke hari tu awak cakap kita dah tak boleh jumpa. awak dah kawen kan?" then dia terus tertunduk ke lantai sambil menitik air mata. "saya tak sanggup nak terus lupakan awak, biar kita tak dapat jumpa lagi, tapi dalam mimpi saya janji kita akan sentiasa jumpa.. saya dengar awak dah putus dengan dia kan ? kenapa ?". then gua terus cakap "okayyy ni mimpi!".. lastly gua nangis cakap "saya rindu awak!" then dia pegang tangan gua sambil cakap "saya janji saya tak akan lupakan awak sampai bila-bila".

4) Gua tengah berjalan-jalan kat satu kawasan hotel. kat tepi tu adalah satu parking lot moto. then tetiba ada satu kelibat tepi gua cakap... "assalamualaikum lany, awak dah lupakan saya ye ?". mak aiii! masa tu bapak terkejut! gua terus lari and bila gua toleh tengok-tengok DIA! gua terus lari sambil cakap "ini mimpi-ini mimpi.."

Hmmmmmm...actually banyak lagi... ni antara yang gua ingat..

dan lastly pagi tadi gua mimpi dia tanya kat gua "awak, saya harap kita macam dulu balik. saya rindu 'kita' tapi saya tahu semua terlambat. saya dengar awak tak jadi kawen ye ?" then gua terus nangis ... gua sedih sangat! tapi dalam hati gua cakap "confirm ni mimpi sebab tak mungkin gua tak jadi kawen, sebab gua tak de plan nak kawen pon!".

Nampak tak bertapa banyak kalinya dia muncul ?

kadang-kadang tuh sampai buat gua tertanya-tanya kenapa dia muncul. haishhhhh..............


1 comment:

Hasnurul said...

Cerita kita sama.. huhu..