“PENGUMPUL JAWAPAN A: Jika diberi peluang, kamu ialah pencinta yang setia Untunglah kepada sesiapa sahaja yang Berjaya memiliki hatimu. Kamu seorang pencinta setia dan sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Walau apapun yang terjadi, kamu tetap berdiri teguh dan mempertahankan cinta kamu. Bagi kamu, cinta yang dimiliki ini ialah anugerah ilahi buat kamu. Seboleh-bolehnya kamu ingin menjaganya sebaik yang mungkin. Kamu tidak akan sesekali menghancurkan hatidan perasaan si dia sungguhpun si dia pernah melukai kamu. Namun, hati kamu cepat terluka kalau si dia benar-benar merobek perasaan kamu. Saat itu mungkin cinta mu tiadalagi untuk si dia.”
Apa ni ??? hokey, ini adalah hasil daripada test yang gua dah buat dalam kuiz cinta (Remaja-1 Nov). setelah hampir 10 minit memahamkan soalan dan menjawab soalan yang diberikan akhirnya ….. inilah jawapannya!
100% agreed!
No comments:
Post a Comment