babe yang awsome!
sekarang ni gua ada masalah mental sikit yang sukar nak di bendung...
semua ni akibat "TERLAMPAU FIKIR"..
okayyy cerita dia macam ni.... masa hari tu gua tengok wayang sorang-sorang kat summit. well masa tu memang marathon habis lah.. dari cerita ni ke cerita tu.. dari cerita tu.. ke cerita ni...
pung pang pung pang....
sekali gua nak beli tiket tok wayang kali ke 4.... (kemain!)
so gua pon dengan muka selambek je beratur lah dekat lane yang patutnya...
then depan gua ada lah couple yang ala-ala "bahagia" but well, still student lah.. yang perempuan tu kecik-kecik je.. agak comel lah jugak.. yang laki lak thuiii muka macam mamat bangla je... (tapi takpe lah dah asyik sangat bercinta agaknya!) so nak di jadi kan cerita... masa tu time diorang lak pergi tempah tiket...
elok turn diorang tetiba counter sebelah di buka..
so gua pon pergi lah kat kaunter selebah tu.. then gua pon cakap lah movie apa... kul brapa... apa semua... sekali elok orang tu tengah print ticket gua gua dengan couple tu (tapi minah tu bercakap)
"berapa bang ???"
then orang tu pon jawab..
RM 48...
perghhhhhh.... bapak mahal! gua pon masa tu cam "ehhh apahal mahal sangat..."
oleh kerana sifat "wartawan" yang ada... gua pon mengintai lah sikit kat kaunter dia... gua ternampak
3D THE AVANGERS....
dalam hati gua... hamboiiii tak nak kalah... patut lah mahal... errr =="
okayyy gua buat takdek jer... sekali gua nampak muka minah tu terkebil-kebil....
"errrrr.... apa bang ?? 48 ?? oohhh okayyyyyyyy..... hmmmmm"
sambil tu muka mintak simpati korek-korek beg duit..... then masa dia tengah korek-korek duit tu gua nampak dalam purse dia cuma tinggal dalam 2 ringgit ke 3 ringgit....
and guess what.... lelaki tu boleh buat muka selambek gila and buat tak tau...
hahhhhh! ni lah masalah dia... gua tak paham sebab kenapa kalau jadi kes kes macam ni.. perempuan mesti "berhabisan" duit nak bayar tiket wayang tok dating...... ==" yang lelaki ke main je buat muka sedar tak sedar...... APA PON TAK BOLEY! sekurang-kurangnya walaupon tak ikhlas lelaki tu pon bertimbang rasa lah sikit cer tanya...
"ehhh cukup tak wak...... ke nak saya bayar sikit....."
ni tak buat muka budget macam salman khan. kalau badan ketul ke atas takpe... ni badan pon ketul ke bawah a.k.a boroi..... chooiiiiiii!
itu satu......
lepas tu tadi masa gua nak beli macD..
tengah oder-order gua nampak ada couple tengah berdating.... gua nampak lelaki tu baik punya suh awek dia beratur panjang g order makanan yang dia relex nak mampos duk kat kerusi....
ehhhhhhh ke main kau!!
seriously gua rasa kesian gila kot kat minah tu.. kalau gua memang tak lah... nak cuci tangan pon gua suh diorang je yang tolong cuci kan..... HAHAHA....
okeyyy, tu takpe lagi... dah minah tu order ini itu .. sekali dia jugak terkontang kanting mengangkat ke meja.. then yang laki tu cuma melmbai ala-ala kajol lambai ajay devgan ala-ala .. "dindaaa... kanda kat sini!" ...
yang minah tu pon tunduk-tunduk terketar-ketar lah bawak dulang macD tu...
haiseiiiii... dah la dia yang bayar.. dia yang angkat.. sekali perghhh sos pon dia yang kena ambik kan.... ermmmm, bila gua perhatikan buat gua terfikir "tak rasa macam lelaki melayu jenis ni ni patutnya bercinta je dengan orang gaji sendiri ke??, senang nanti nak arah itu ini... so takde lah menyusahkan anak oranglain..."
then.....
gua tengah buat kerja... sekali gua ternampak ada couple yang tengah belek-belek baju kat depan office gua.. maklum lah depan tempat gua memang medan baju kurung.. so gua pon perhatikan jelah.. sekali gua terdengar...
"awakkkkk..... sy suka tengok awak make up macam ni... hahh baru nampak sweet..."
then perempuan tu pon apa lagi... TERKEMBANG KEMPIS jadinya...
padahal dia tak tau lelaki tu perli... hadoiiii make up pon dah macam cat dinding tah celah mana tah nampak "sweet" tah.. hadoiiii ==" jahat betul boyfriend dia... apa pon tak boleh.... =="
hmmm so konlusi nya ???
fikir lah sendiri apa yang "menghatui" pemikiran gua sekarang.........
gua rasa jelas lagi tersuluh kan :) tak nak cakap pape.... tapi korang pandai-pandai lah sambung cerita gua ni yea... HAHAHAHA :D
ohhh sasau gua dengan benda-benda ni semua...
No comments:
Post a Comment