heloooooooo ualls yang awsome! :D
hmmm, hari ni hati gua agak tak tenteram sangat.
sebab apa ??
sebab actually straight to the point lah kan gua ada lah "TERSUKA" kat mamat ni.... (aww malunya nak cakap!. bodoh lah kau lany tetiba nak suka kat orang pesal!)
gua suka cara dia berkawan dengan gua. cara dia bercakap dengan gua, lemah lembut dia tak ada sedikit pon "keegoon" dia yang dia pernah tunjuk kan kat gua.
secara jujurnya dia tak lah kacak dan apatah lagi mempunyai paras rupa yang lagi menawan. he just a simple guy. dia lain sangat dengan lelaki lelaki yang gua pernah kenal.
SERIOUSLY! dia ni agak kekampungan sikit orangnya, (fizikal yeah bukan mental!) dia suka buat aktiviti lasak macam bersawah padi, masuk dusun keluar dusun, tangkap udang, jadi nelayan kampung, carik kayu api.. dan kerja-kerja kampung yang lain....
(lu bayang kan, myspace pon dia takde, tak reti nak main ni kan pulak FB dan sebagainya)
gua ingat lagi... dia lah yang ajar gua memancing bebagai.... dia bawak gua masuk sungai.. dia bawak gua masuk parit masuk laut tangkap ikan... dialah satu-satunya..... dan gua pulak ajar dia guna myspace.. and semua keguanaan internet... kelakar =="
apa yang menarik kat mana gua pasa dia ialah cara dia besar kan seorang adik OKU dia. well, walaupon dia ada adik beradik yang lain dia tak pernah bergantung dengan diorang tuh.. kekadang gua sampai rasa dia ni anak sulong ke apa... huhuhu...
sepanjang 7 tahun kitaorang kenal seriously tak pernah sekali pon dia mendesak gua untuk "suka" kat dia. dia tak pernah pikat gua, dia tak pernah ayat gua, and dia langsung takde "sense of romantic" dgn gua..
dia relex je dengan gua....
alasan dia sebab "buat apa nak gopoh-gopoh bercinta.. nanti tuptup putus jugak.. malas aku nak fikir. aku tau skg aku kumpul duit and bila tiba masanya 29 nanti aku kawen lah"
nampak tak ? nampak tak bertapa "rapatnya" kami.. sempoi je ber aku engkau..
kitaorang sejak kenal tak pernah langsung gua perkataan "awak-saya, i-you, or syunk mayang". COOL KAN?!
and lagi menyenang kan kerja gua.. dia tau selok belok kehidupan gua dari first boyfriend gua sehingga last.. dia tau apa yang gua dah buat dia tau apa yang gua dah "terbuat" or "dibuat" or "membuat" (ayat mintak pelempang!) .. tapi dia selalu cakap...
"aku kesian dengan kau takpe lah wey ko percaya satu je.. nanti kat hujung garis penamat tu akan ada seseorang yang sanggup tunggu ko walaupon ko lari selembap kura-kura"
hahaha!
hmmmmm, tah lah..actually memang... memang... memang gua dah jatuh "suka" dengan "kekampungan" diri dia. tapi.... entah lah..
gua takut nak luahkan perasaan gua kat dia, gua takut sebab gua tak nak bertepuk sebelah tangan.. gua takut dengan pertemuan. buat masa sekarang ni gua masih percaya dengan kata-kata "setiap pertemuan pasti akan ada detik perpisahan" ... gua takut...
gua tak takut dia reject gua walaupon itu detik yang sangat memalukan..
tapi gua takut bila gua dah mula jatu cinta dengan dia then nanti dia akan tinggalkan gua macam mana sebelum-sebelum ni.... or maybe nanti gua yang tinggalkan dia........
SERIOUSLY gua tak nak kehilangan seorang kawan yang macam dia. gua selalu fikir kan pasal semua ni, gua selalu terbayang macam mana jadinya kalau satu hari nanti kitaorang mula bercinta.. then nanti putus adakah kitaorang akan masih berkawan macam selama ni ??
faham tak ??
hmmmmm..... sumpah gua sayang kan persahabatan kitaorang.. gua tak nak hilang seorang kawan. gua rela hilang kekasih dari hilang seorang kawan.
lagi pon gua ni susah sikit.... gua ni jenis susah nak jatuh cinta dengan orang, susah nak suka apatah lagi nak menyayangi diorang.. tapi once gua suka, sayang, cinta gua sanggup tunduk kan ego gua semuanya demi dia. gua akan tahan selagi boleh tahan sebab tu bila gua putus susah untuk gua recover balik....
so gua tak nak lah pisang berbuah 2 kali... huhuhu >.<"
faham kan??
huhuhu ermmm, shit! cakap banyak-banyak pon apa pon tak boleh.. bukannya dia boleh baca kan.. huhuhu... hmmm agak-agaknya lah kan kalau lu semua kat tempat gua apa yang lu akan buat ?!
A) Terus kan dengan perhubangan sebagai sahabat walaupon lu boleh rasa dalam hati ada cinta.
B) Terus terang je dengan dia. walaupon dah kena reject pon maintain cool jelah kawan dengan dia
C) Try pikat dia dengan cara tersendiri mana tau nanti dia suka kat kita jugak ke
D) Just leave him alone sebab tak nak hancurkan hati dia...
SO MANA SATU PILIHAN LU ORANG??
(bantulah guaaaaa wahai kawan-kawan ku - TAKPASAL!)


No comments:
Post a Comment