Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Friday, March 16, 2012

silly lany




lu percaya tak pada kata orang

DALAM SETAHUN MESTI ADA BULAN YANG KITA AKAN MENGALAMI NASIB YANG SANGAT MALANG MALANG DAN MALANG ??

huhhh bayang kan lahhhhhh ~

hokey, gua bukan lah nak cakap "Kenapa nasib gua sangat malang or so what ever" lah kan... tapi kekadang tu kalau di fikir kan balik gua yang memalangkan diri gua sendiri, well, dah cukup pandai katanyaaaa =="

HAHAHA!

hokey, kalau gua cakap seriously jangan lu nak kata lebih-lebih yeah!
huhuhu hokey, macam semua tau, sejak gua single ada macam-macam kes terjadi kat gua, (maklum lah masa tu fikiran tengah celaru) pakai baju terbalik masa g kerja lah, cakap pelat dan tersasul lah, excident lah and bla bla bla sampai orang yang menyinggelkan gua tu sendiri cakap "SILLY LANY!"

*kening-kening....

HAHAHA!

hokey, kejadian tu actually tak habis kat situ je, malah bersambung hingga ke semalam babe, phiuuuuuuuw (buang peluh). hokey gua pon perasan gak lah dalam seharian ni macam-macam benda yang silly gua dah buat and bagi gua umpama melepaskan anjing yang terhimpap dengan tangga batu, last kali anjing tu yang terkam gua.. Errrrr ==" MENAKUTKAN!


  1. Mula-mula mimpikan ex gua yang takpatut gua ingat LANGSUNG!
  2. then tengah syok syok tidur gua boleh pulak kesejukan gila then kejut kakak gua banggun suh tutup aircond and last-last kejut punya kejut angkat kepala dengan buat muka plus membentuk kan muncung itik konon-konon nak marah kakak sekali tengok-tengok DIA HILANG!!!!! errr, nampak tak? nampak tak bertapa malu nya ? bukak-bukak mata dah malu macam tuh.. HAHAHAHA!
  3. hokey lupakan soal tu, gua pon bangun and nak mandi sekaliiiiiii.... heater tak pasang, hokeyyyy sabar lagi, lepas tu dengan ala-ala artis berkemban pergi ambik anugerah skrin gua keluar bilik air on kan air panas and then mandi... elok dah mandi-mandi semua, elok nak pakai je baju tetiba KEDEGANGGGG! *pintu terbukak kakak gua dengan bangga masuk gua pon apa lagi menjerit ar arrrrr perogollllllllllllll!!!!! HAHAHA! nampa tak ? nampak tak? malu lagiii!
  4. hokey tu sabar lagi dah kerap sangat terjadi dah tak kisah, kemudian jadi pulak adegan yang paling terbaik, tengah nak turun tangga rumah akak gua yang besar tu *rasa-rasa gajah pon muat lalu dengan muka malu-malu sambil tersipu pegang ipad, pegang mac akak gua (bukan gua punya pon! gua tak mampu beli semua tu lagi!) then gua pon letak lah mac tu kat atas sofa "mewah" akak gua (sila muntah) then sambil muka pandang abang ipar dalam hati "tak pergi kerja lagi" sambil muka berkerut cuba faham kan apa yang dia cakap * loghat british dia yg pekat.. elok tengah senyum dengan bangga nya apple baik punya jatuh betul-betul atas kaki gua... 
  5. tu okay lagi, then gua letak ketepi.. elok gua letak ke tepi laptop kesayangan gua "COMPAQ BABI" tu boleh baik punya "TAKKKKKK!!!!" jatuh tepat-tepat atas permukaan kaki gua. (alaa kat bahagian tanah lapang jari kaki kita tau kan kat ne?) perghhhh BERTAMBAH BENGKAK!!! gua pon menjerit lah habis keluar suara jantan.. thuiiii
  6. tengah jalan-jalan tengok kaki makin bengkak and bedarah sikit sebab 2 kali hempapan, then sampai je masuk kereta hantar abang ipar g kerja, nak ambik anak sedara gua aiden, tengah borak-borak dengan akak gua dengan bangganya gua mengeliat kan tangan kiri ke luar tingkap sambil tangan kanan baik punya boleh tekan button tingkap and tutup tingak tuh..... PANDAI KAN?? apa lagi menjerit lah gua hahahah :D
  7. then dah ambik anak sdara gua, akak gua pon hantar gua g kerja, then tetiba je entah macam mana gua boleh terhantuk dengan cermin kereta. hadoiiii ==" 
  8. dah sampai office elok nak bukak office je huhhh jangan cakap, macam-macam jadi. errrrr paling tak tahan tu makan sayur yang ada ulat! perghhhhhhhhhhhh memang terbaikkkk o.O ala-ala dalam chanel afc tuh babe, hahahaha :D yak yakkkkk!
  9. elok je tengah buat-buat artwork, lukis kapal guna AI, dah macam nak mampos sampai juling mata gua buat sekali...... huhhh! baik punya tangan pergi tekan suiz computer then apa lagi... termati lah computer and yang gua buat tu LANGSUNG TAK SAVE!!! hokey lu memang hebat lanyyy...
  10. then nak balik baik punya nak masuk dalam kereta sekali KEDEGANGGGGGG! jangan tanya ==" kepala gua leh terhantuk dengan pintu.... errrrr=="
  11. hokey, dah terima gegaran sekali nak garu kelopak mata tergaru bijik mata then apa lagi jerit jerit lahhhh./... SAKIT DOHHHHHHH! hah sekarang dah luka *memang, memang gua suka cederakan diri sendiri suka-suka. hahaha :D (tapi actually dah memang sakit pon)
  12. dah makan malam semua tengok tv sekali nak tido, elok punya nak tido gua boleh pulak terlupa nak tutup lampu.. k lah fine, elok nak bangun je tetiba gua rasa macam naik seleroshot kat genting highland gituwwww.. (cer fikir apa jadi) aku jatuh katilllllllll!!!!!!!! waaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!! dengan kesakitan ku gagah kan jua diri ini tok bangun then gua terus terfikir


"APALAH MALANG NYA GUA SATU HARI NI"
hahahahaha! bapak kesian kan ?? ish-ish-ish..
so moral of the story JANGAN MIMPIKAN EX KALAU TIDAK SATU HARI KEHIDUPAN LU AKAN TERUMBANG AMBING MACAM GUA! 
ahaha:D

2 comments:

nuhara said...

hahahahhahaha sian lany adoi tergelk baca entry nie

Lany Azman said...

HAHAHA malang kan ? =="