Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Friday, March 30, 2012

ibu gua !

hokey, hari ni gua nak cerita panjang-pnjang sikit..
so kalau rasa malas nak baca TAKPAYAH BACA! .... tapi kalau agak-agak nak baca SILA KAN :)
gua tak paksa lu baca dan gua tak halang okeyyyy :)

SO JANGAN NAK GELABAH TET*TK SANGAT YEAH :)

Hokeyyyy, hari ni gua bermurah hati nak cerita pasal "seseorang" yang punca kuasa dua menyebabkan gua lahirnya ke dunia ini.. well, siapa lagi kalau bukan "Puan Rahmah Bt Jaafar" A.K.A mamy ku :)

oh my mamy :)

mak gua sebenarnya di lahirkan dan di besar kan di johor bahru. dia lahir 12 Jun 1940. *bayang kan berapa umur dia sekarang =="... hokey, mak gua ni ada 14adik beradik (lain ibu) kalau ikut kan mak gua adalah anak bongsu tok ibu pertama, dan bawah dia adalah jugak adik-adik yang lain tapi lain ibu...

secara jujurnya ramai tertanya-tanya kenapa dan macam mana mak gua boleh jadi salah seorang penulis buku "fakta" di dewan bahasa. dan ramai jugak tanya actually apa jawatan mak gua kat sana sampaikan dia sangat di hormati oleh sedara-saudri cikebuong-cikebuong,dan kawan-kawan yang lain...  (muka nak bangga) *mintak kena hempuk je!

HAHAHAHA :D

hokey lah, gua nak open story ni.....

ni sebenarnya cerita dia........

mak gua yang duduk tuh :)


Hokey, mak gua sekolah macam biasa dan ambik "form 6" kat English collage (kat johor). kemudian dia sambung belajar ambik degree kat UM bahagian kesasteraan & penulisan... (gua tak pasti nama bidang tu tapi melibatkan penulisan dan sastera gituw)... bila dah grad je mak gua terus bekerja di sebuah privet company bahagian penerbitan buku. kat sana dia salah seorang penulis buku dan jr editor kat sana...

Oleh kerana dah lebih 5 tahun bekerja di company "situ" mak gua dapat offer dari Dewan Bahasa dan Pustaka menjadi salah seorang penulis buku diorang. masa tu DBP memang still under kerajaan punya company, so sebab kan fikirkan benefit semua tuh mak gua pon bekerja lah kat sana.

Elok dah kerja dalam 4 tahun lebih, mak gua di naik kan pangkat jadi editor buku. OKAY, well, editor korang tau kan tugas dia apa? mengedit macam-macam lah...

CHOP!! jangan ingat pangkat mak gua masa ni dah cukup selesa ye... kalau kat DBP, if lu editor lu punya level masih sama dengan orang-orang biasa. tak ada bezannya sangat. melaikan lu pengarah or CEO.. (company besar kata)

So, bila dah hampir bertahun lama nya mak gua di bahagian tu, mak gua di tawarkan duduk di bahagian researcher pulak. (naik pangkat). hokey masa ni mak gua adalah pegawai penyelidikan bahasa. so mak gua dah tak terlibat dengan penulisan buku, tapi kerja dia SEMAKIN SUSAH!


kerja dia ialah, terpaksa pergi setiap negeri dan buat penyelidikan tentang penggunaan bahasa & dialek setiap negeri...

susah gila kan?? seriously gua pon tak tau macam mana mak gua boleh handle babe benda ni! dah la selalu tak ada kat rumah... erghhhhh.. =="

 kerja dia memang merumit kan sangat-sangat.. well, setiap bahasa dia kena buat research, dia kena pastikan dimana asal usul perkataan tu datang dan adakah ia sesuai untuk kita semua guna.. what kita guna ?? yeahhh kalau lu nak tau setiap yang keluar kat Kamus Dewan tuh, yang korang cek-cek tuh acctually tu lah hasil kerja mak gua...

PAHAM ???

contoh...

MENGOMEL  maksud dia MEMBEBEL (perkataan ni datang dari bahasa orang pantai timur sebenarnya asal dia)

so mak gua kena carik satu "PERKATAAN" maksud dan asal usul cerita PERKATAAN tersebut.. bayang kan macam mana otak dia boleh terima ayat-ayat baru setiap hari ==" haishhh gua sendiri kekadang tuh terfikir gak, mak gua ni makan apa lah agaknya macam mana otak dia kuat boleh ingat semua ni.. err =="

hokey, lupakannnn..... so, mak gua jugak yang akan cari perkataan seperti BARU vs BAHARU... (so pilih mana lu nak guna ??) mak gua lah akan pertimbang kan wether sesuai or not nak lepaskan orang-orang kita guna perkataan ni.. SUSAH KAN??

*btw gua ingat lagi, cikgu bahasa melayu gua dulu selalu akan tanya gua apa-apa yang dia tak tau. salah satu dia pengunaan ayat BAHARU. ahaha :D seriously gua masa tu pon blur2 lah kan nak jawab babe, then gua tanya mak gua, then mak gua dengan selambek cakap "baharu tu ialah perkataan baku and verb tok BARU. sekarang ni kita tak pakai lagi perkataan tu, tapi mungkin satu hari kita akan pakai, tapi kalau BAHRU, itu selalunya nama tempat. macam JOHOR BAHRU" (something like that) so gua pon cerita lah kat cikgu gua.. HAHAHA :D kelakar. cikgu tanya anak murid pulak =="

then dah lebih 10 tahun di department tu, dari belum kawen ke dah kawen akhirnya dia di naik kan pangkat lagi jadi salah seorang orang KANAN (kalau kat sana, orang kanan adalah orang yang di naik kan pangkat dan layak untuk naik lagi pangkatnya...) dalam jabatan perancang penggunaan bahasa...

masa kat sini, dia punya kerja dah kurang sikit bebanan nya, tapi....... masalahnya selalu sangat ke luar negara =="

errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr =="



gua ingat lagi dia pernah tinggalkan gua pergi dok jepun berbulan lamanya semata buat research penggunaan bhasa orang luar negara pulak....

so masa ni mak gua boleh bercakap pelbagai bahasa, tapi paling tak leh lupa bila mak gua ajar gua cakap bahasa sepanyol.. dia cakap macam dalam drama sikom tu je.. yang gua macam robot yang makin lama makin habis betry hahaha :D bahasa jepun korea semua tu lagi lah... haishh sampai gua pulak yang rasa jeles sebab dia selalu sangat ulang alik g sana...

so, kerja dia still sama, cumaaaa.. kalau dulu dalam negeri sekarang LUAR NEGARA..

so dia akan bandingkan penggunaan "perkataan" kita semua dengan "perkataan" orang luar negara... lebih simple but LEBIH SUSAH nak mampos! .. hari-hari makan hati je tengok mak gua ialah, dia asyik ke luar negara je and gua lak asyik kena tinggal dengan ayah gua tak pon asyik tido umah kawan takpun duduk rumah makcik.. hadoiiiiiii MAKAN HATI BETUL!

HAHAHAHHA :D

sooo, setelah beberapa tahun di sana, so total overall dia dah lebih 28 tahun kerja kat dewan bahasa so dia pon pencen dengan PENCEN WAJIB! tapi tu pon DBP nak sambung kan dia dengan bagi kontrak tapi dia dah tak nak, dia penat SANGAT so dia cakap tiba masannya untuk di focus kan diri kat family pulak, sebab dia dah ada anak remaja and anak remaja dia perlukan dia. :) *sweet ka mak gua ?? KENING-KENING

sooo.....

sekarang ni dia bekerja jugak, tapi bekerja untuk family dia sendiri jadi tukang masak, tukang jahit, tukang bersih rumah, tukang kebun dan segala-gala tukang dia buat.. hahhaa :D

jadi itulah story nya... kisah &tugasan mak gua di DBP. gua harap sesiapa yang tanya-tanya tu jelas lah yeah tentang pekerjaan mak gua...

so... sebab itulah gua marah kalau orang melayu kita rosak kan bahasa kita sendiri atau MALU nak mnggunakan ayat-ayat kita sendiri, sebab gua nampak semua penat lelah diorang yang "mencipta" perkataan tu untuk kita semua gunakan. gua nampak bertapa mereka bekerja keras untuk bangkitkan penggunaan bahasa kita senang-senang je lu nak tukar-tukar.. and that y lah gua kekadang tuh agak baku, dan mungkin ada kalanya lu akan rasa "lany ni pakai bahasa zaman mana ??"



SO NO WONDER LAH KAN :)


* gua harap sangat satu hari nanti 
gua mampu jadi seperti mak gua sendiri ..

" ohhh she my idol!"


btw gua nak share sikit gambar dia dulu-dulu :) 
LAYANNNNNNNNN











No comments: