Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Wednesday, March 21, 2012

HANYA DIA SAHABAT GUA SAMPAI MATI :)



Lu ada kawan ??

maksud gua, kawan yang sanggup bersusah payah demi semata bukan tok lu, tapi tok kebahagiaan KORANG BERDUA sahaja ??

berapa ramai kawan baik lu ??? bestfriend ?? sahabat ??

HAHAHA! macam semua tau, dulu gua pernah kan ada sahabat.. buttttt... ahh malas nak cerita, seorang sahabat tak kan kencing sahabat dia kan?? well G mam lah dia heeeeeeeeeeeee :D tu orang cakap tak kenal maka tak cinta, bila dah kenal TERLEBIH macam celaka... opsssssssssss! TERLEBIH SUDAH!

Hokey, actually, gua ni orang yang paling susah nak mempercayai orang lain, bagi gua sahabat gua hanya lah mak gua, TAKDE ORANG LAIN lagi dah! seriously tak tipu, even sampai ke kes pakwe makwe gua still bercakap dengan dia, well, mak gua memang open minded... so gua tak pernah sorok kan pape dengan mak gua, even kalau gua buat kerja tak elok tok kesihatan pon gua tak malu nak cerita dengan dia. dia sangat sempoiiiiiiiiiii..............

TAPI.....

bukan itu yang cuba gua nak cakap...

sekarang ni gua nak cerita pasal salah seorang kawan yang gua rasa "sangat berjasa" dengan gua dan dia hampir-hampir lah sampai ke tahap "SAHABAT" gua...

hokey, pada mulanya perkenalan kitaorang ni agak sempoi lah.. masa kat kolej dulu ada sesi orentasi, masa tuh gua adalah "penghuluwati" kolej.. (SILA MUNTAH!). hokeyyyyyyyyyyy...... pendek kan cerita adalah satu masa ni kitaorang kena tidur kat hutan selama 2 malam *KALAU XSILAP! .. hokey, masa tuh well, badan gua agak "kecik" so gua ni agak melayang kesana kesini lah sikit kannnn... sampai lah satu masa tuh gua nak terjatuh masa masuk dalam lumpur, perghhhhhhh masa tu gua menyumpah-nyumpah gila la abang2 feci kat situ.. diorang semua tak habis-habis ejek gua "budak dutch" lah apa lah.. so focus gua masa tu agak terganggu lah jugak, so tetiba je gua dengar satu suara tanya gua..

"ehhh, boleh ke ni ? meh sini saya tolong awak, pegang tangan saya...."

gua pon dengan keadaan yang SANGAT lemah gua hulurkan tangan... masa tuh gua hanya ingat muka dia, tapi gua LANGSUNG TAK TAU NAMA!

nak di jadikan cerita, masa tuh semua tengah makan, gua sorang je tak makan, gua duduk sorang-sorang kat tepi batu sambil dengar lagu tetiba gua dengar ada orang tanya gua,

"ehhh tak makan ke ?"

then gua pon gelang kan kepala, then gua tengok2 rupanya dia yang selamatkan gua..then cakaplah, gua ni jenis tak suka makan makanan luar, gua takut sakit perut so daripada takut sakit perut tuh, baik gua takpayah makan. heeeee :D so dari situ lah perkenalan kami berdua, gua ingat lagi masa tuh dia dengan baju kurung hijau and tudung biru, dia tanya gua gua ambik bidang apa, then gua cakap lah "kewartawanan" then dia pon cakap "ohhhh kita sekelas lah ni yeahhh". so sejak tu kitaorang dah mengenali each other...

seriously, dia lain. dia tak macam kawan-kawan gua yang lain. masa gua duduk sengsorang gua selalu tengok gelagat dia, masa tuh ramai je gelak kan dia, ramai tak nak kawan dengan dia, so sejak tu gua mula dekat kan diri gua dengan dia..

bestttt, dia baik.. dia selalu ada masa gua sengsorang and dia suka panggil gua "MAKCIK!!!!!!!!" and gua suka pangil dia "niniiiiiiii" (dengan nada budak kecik). hokey, gua ni jenis seorang yang "gilaaaaaaaa" gua suka buat kerja yang tak masuk akal, contoh macam pakai skiny warna-warni, pakai kasut-kasut van java, suka buat rambut selekeh.. jalan pon tak betul, kerja asyik TANGKAP GAMBAR je.. nak balik kelas nak jalan kaki, nak pergi bandar pon jalan kaki, bayang kan gua pernah jalan kaki pergi bandar selama lebih 2 jam berjalan.. pergi Telok Cempedak jalan kaki semta-mata nak mandi laut, well takde keretakan... tapi gua perasan dia je yang sanggup buat apa je yang gua buat ...

dengan nada yang terpaksa dia akan cakap "jom, aku pon dah lama tak jalan kaki nihhh" hahaha :D nampak tak ? nampak takkk ? walaupon kekadang tuh aku nampak gak lah dia mengurut kaki dia ... huhuhu...kesian kannnn.....

tu takpe lagi, ada satu masa tuh kitaorang tengah joging, idea gua lah semua ni gatal nak jog sangat pergi tc, so gua ajak lah kawan2 bilik dengan dia, then guess what happen..... babe!!! gua kena kejar dengan hanjinggggg! and masa tuh kawan gua si nini ni badan je besar tapi penakut dia pecut lagu kehadapan.. and gua pulak tertinggal dengan kak yan, and masa tuh bertapa bodohnya gua , gua boleh ambik tuala lap peluh gua, gua leh buat "syuhhhh syuhhhhh" apa kegila kau lanyyyyy! hanjing tuh LEBIH BESAR DARI KAU kalu leh halau dia macam kau halau kucing pulakkk. GILA!!! hahaha, * MINTAK MAAF YE KAWAN!!

hokey, lupakan cerita tuh, dah agak tersasar dah gua =="


hokey, back to basic. errr, betul ke ? lantak lahhhh.. hokey, dia ni lah seorang kawan yang sangat concern dengan keadaan gua, dia kalau tengok gua macam moody je dia akan buat tak tau, dia akan jauhkan diri dari gua, sebab dia tau yang gua ni jenis, bila cool memang cool, bila dah mengamok mau dia gua hangkat, mail lambong kataaaa, HAHAHA!

then bila gua sedih rasa macam tertekan ke apa ke gua takpayah nak cakap pape, masa gua nangis2 je dia akan cakap "taktau lah lany.. aku pon tak faham apa masalah diorang tuh dengan kau.. takpe jap eh, aku nak turun jap" and guess what, DIA BELIKAN GUA MILO AIS!!! :) heeeeeeeeeeeeee. kejutan gituw, so masa tu gua akan lap airmata gua then baring kat belakang dia sambil sedut air milo ais, masa tu rasa syok habis lah dohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh................ EMPOKK!

tu okay lagi, time boring je, mesti kitaorang akan karok sampai lebam, sampai masing2 dah taktau nak nanyi lagu apa, well masing2 gian mike kannnn. so apa lagi, HAHAHA! dia suka dengar gua nyanyi lagi elyana and lagu candy akan ku tunggu ohh and lelaki cadangan, so gua akan nyanyi HANYA TOK DIA!

hmmmmmmmmmmmmmmmmm, tu time happy ..

time susah pulak,

gua selalu ada masalah kewangan, benda yang paling gua tak akan lupa dia sanggup bahagikan duit MARA dia untuk gua. yepppp! tak tipu! kekadang kalau dia dapat dia mesti akan bagi gua dalam 50 hinggit, and masa dia susah gua pon akan buat macam tuh, tapiiii... dia paling banyak buat macam tuh, ada kekadang 100 dia bagi gua, baik kan dia ???

gua ingat lagi ada satu masa tuh gua memang takde duit, dia pon sama, lu bayangkan kitaorang sanggup share satu nasik bahagi dua. hmmmm bayang kan macam mana ?? sweet couple kan kitaorang ?? kalau dia beli burger, dia akan belikan sekali tok gua WALAUPON gua tak mintak, and paling gua suka, dia tau apa yang gua nak apa yang gua tak nak.. :)

tapi YANG PALING GUA INGAT!! masa tu gua baru putus cinta dengan first love gua, tetiba tengah gua buat buat kerja and study tok final esok, baik punya timing gua dapat satu msg dari gf ex gua cakap pasal "jangan kacau tetttttttttttttttt sebab tettttttttttttttt dah bahagia dengan saya!" (tah dah lupa ayat dia) banyak lagi lah sampai masa tuh gua agak down gila gila, and gua rasa macam lost sangat-sangat. masa tuh dia tengah tidur gua kejut dia, gua tunjuk dia msg tu and tau apa jadi ?? dia menangis untuk gua... SERIOUSLY! ni yang sangat membanggakan gua. gua ingat lagi ayat dia...

"lanyyyyy... aku ... aku taktau apa yang ko rasa skg, tapi aku tau kau mesti tengah sedih kan bila tetttttt buat ko macam ni, kalau aku kat tempat kau aku tak mampu nak cakap apa, aku mesti rasa nak mati je kau boleh pulak senyum untuk diorang... kau memang hati kering lah lany"

cool kan ada kawan yang sanggup nangis tok masa silam kita ???
NI BARU KAWAN!!

terharu sangat masa tuh babe,


then masa sem 5 gua punya semangat memang down gila, gua tak kuat, well masa tu baru first time rasa "DITINGGALKAN" (walaupon atas kesilapan sendiri) dia lah yang selalu kuatkan gua, dia akan buat gua gelak ketawa and paling best setiap malam, dia akan dengar gua nangis sampai gua tertidur..... :) and benda yang paling gua terharu dia tulis kan blog dia pasal gua....

"lany... aku tersiksa tengah malam dengar ko menangis.. aku risau lany.. aku sayang kan ko.. aku nak ko macam dulu.. seorang yang happy go lucky, gila-gila.. aku tak nak ko sedih macam ni sebab lelaki tak guna tuhhh"

OMG! apa perasaan korang ?? well, mesti rasa sebak kan? seorang kawan sanggup tulis pos macam ni kat lu TANPA bagi taukat lu bertapa risau nya dia then sudently ada orang lain yang cakap "wey.. ko dah baca blog nini ?? sedih weyyy aku menangis baca.. dia sayangkan ko sangat-sangat wey..dia risaukan ko"

:)

well, actually banyak lagi gua nak cakap.. tapi kalau gua cakap rasanya tak terhabis kot kebaikan dia yang dia dah banyak buat kat gua, gua tak kan lupa gila-gila jasa baik dia. SERIOUSLY, setiap mala, gua selalu berangan, kalaulah masa boleh bertukar dan patah balik zaman kolej dulu, kan bestttt.. gua nak dia selalu ada dengan gua :) sebab dia kekuatan gua. dia je yang paham perangai jelek gua, dia jetau cara gua bercakap nada marah macam mana, cakap manja macam mana and dia walaupon kekadang tu makan hati dengan ayat pedas gua, tapi dia tak pernah sekali pon nak maki-maki gua.. or perli-perli gua...


SO LU NAMPAK KAN? NAMPAK KAN KENAPA GUA ANGKAT KAN DARJAT DIA SEBAGAI SALAH SEORANG SAHABAT GUA ?? 
sumpah gua sayang kan dia! rasa lain sangat bila dia dah takde kat sini :'(
rasa lain bila orang yang 3 tahun kita habiskan masa bersama tetiba tak muncul2 1 tahun lebih...:'(
I MISS YOU NINI!


No comments: