Hokey, lu dah tengok breaking dawn ?? ahax! sumpah rugi tak tengok, best wok. dah baca novel dia? baca lahh. but gua baca separuh, memang saja tak nak habis kan sebab gua nak tunggu PART 2 punya, so di sebab kan gua tak nak kehilangan selera menonton so gua pon berhenti lah dari membacanya terus.
Hokey, kepada yang tak menontonnya lagi, gua saran kan pergi lah tengok seriously memang rugi kalau tak tengok. sebab kalau lu orang tengok percaya lah lu orang akan kesima dengan keindahan VISUAL filem tersebut terutamanya villa yang mereka tinggal. (masa dalam pangung kami sekeluarga boleh lak cakap "alaaa rindunya villa kat bali" memang sebijik hiasan dalaman dia terutamanya bilik tidor diorang) ahax! boleyyy ? ahaha. hokey, selain dari visual dia set prop dia, of coz korang akan jatuh cinta dengan baju baju yang dipakai bella terutamanya baju kawen dia hokeyyyyyyyyyyyyyy. cantik uoalls! :D kau hadooo? *aku ni dah kenapa? tengok cerita ke jadi peneliti ? ahax!
SINOPSIS :)
" Hokey lah, gua nak cerita sikit lah eh pasal cerita nih, ingat tak last part eclipse edward ada melamar si bella?. so selepas kejadian melamar dan si bella ni terima dan akhirnya mereka telah membuat persiapan perkahwinan mereka bertemakan "garden in forest" gituwww but dalam keseronokan mereka, sebenarnya si jacob ni telah patah hati dan telah pon keciwas! alasan dia hanyalah "edward akan membunuh bella satu hari nanti". tapi, si bella ni macam biasalahkan. dengan kepala hangin dan batu dia, dia just buat bodoh je. yang dia fikir dia nak berkahwin dengan edward. so, selepas majlis perkahwinan mereka, bella dan edward pergi lah berbulan madu di satu pulau di panggil ISLE ESMEE di brazil (kalau xsilap). sepanjang 2 minggu mereka di sana, bela menyedari bahawa dia dah mengandung. so tanpa berlengah-lengah lagi mereka berdua terus pulang semula ke folk then pastikan betul ke bella ni mengandung. menurut cullen's "FETUS" yang ada itu adalah "monster" yang akan memakan diri bella, tapi.. biasalah si bella ni kan degil, so dia tetap nak kandung kan fetus tu walaupon ia akan membunuh bella. hari semakin hari, kandungan bela semakin membesar, tapi semakin besar kandungan bella, semakin kurus keding dan semakin dia kelihatan seperti "sakit". so masa tuh, si jacob dapat tau yang bella tengah tak sihat, so si jacob pon bergegas ke rumah bella. and masa tuh si jacob terkejut beruk bila nampak muka bela yang cengkung dan lesu. well, jacob ni kan ada sifat protective lagi-lagi terhadap bella, so dia pon jadi hangin satu badan marah-marah kan bella sebab tak nak dengar kata dia. sebab dia tau, kalau misalnya bella mengandung kandungan tu akan membunuh bella satu hari nanti.lagi pon dia dah warning cuma si bella ni degil tak mau dengar. so, masa tuh edward dengan heronya menerangkan segalanya pada si jacob, si edward mintak tolong dengan si jacob untuk melindungi bella. sebab keluarga wolf akan membunuh bella dan FETUS tuh. sebab pada pandangan kaum jacob, kalau fetus ni lahir dan membesar dia akan menjadi "newborn". so keselamatan penduduk folk akan tergugat kalau fetus tuh di lahirkan. oleh kerana rasa jacob yang mendalam terhadap bella, si jacob sangup meninggal kan kumpulan wolf yang akan membunuh bella semata nak menjaga keselamatan si bella. (besar kan cinta dia terhadap bella). Bila tiba je masa si bella nak melahirkan, si bella dah kehilangan banyak darah, dan lagi teruk bila bella mengalamai patah tulang belakang dan tulang ehem-ehem dia tuh pecah sebab pengeluaran baby yang TERLAMPAU EXTREME. so lahir lah renesmee Oleh kerana itu, bella dalam keadaan nazak, tanpa berfikir panjang si jacob ni paksa si edward untuk gigit si bella, dan jadikan bella sebagai vampire. tapi, oleh kerana kecederaan dan keadaan bella yang teruk tuh akhirnya bella mati.. dan masa tu, si jacob mula berdendam dengan bayi yang dilahirkan, so di pon dengan semangatnya pergi menuju ke arah renesmee..tapi TIBA-TIBA, dia menjadi lemah bila memandang mata renesmee sebab dia dapat vission yang kononnya dia akan dijodohkan dengan renesmee. senang kata, walaupon si renesmee ni masih baby, tapi dia dah berjanji "kononnya" akan bersama jacob dan mengangap jacob sebagai pasangan dia. so masa tengah dia dia nampak vission tu tetiba, puak-puak wolf yang lain datang nak bunuh seluruh keluarga cullen dan terutamanya renesmee tuh. so si jacob ni pon bermati-matian lah melawan dan mempertahan kan, masa tengah lawan-lawan tetiba sam (ketua wolf) dapat baca pemikiran si jacob yang memang dah jatuh cinta dengan si renesmee cullen ni, Hokey ni best gila part ni, oleh kerana dia dapat membaca pemikiran si jacob, so dia terus berundur, dan sam menghentikan segala perbalahan ni, rupa-rupanya ini salah satu perjanjiaan wolf yang mereka tak boleh langgar. "jika antara mereka dah jatuh cinta dengan salah seorang musuh mereka, mereka tak boleh mengacau musuh tersebut. mereka kena menghormati perasaan si jatuh cinta ni, kerana si jatuh cinta ni akan protect gf dia habis-habisan" (no wonder kenapa si jacob melindungi bella mati matian sampai sanggup keluar parti kan hehehe). so selepas pergadohan tu tamat, keluarga cullens pon cantik-cantik kan si bella. (well, tu kan cara perkapanan diorang) so tengah diorang ramai-ramai duduk termenung tiba-tiba si bela HIDUP KEMBALI!!!!!! jeng jeng jeng XD"
so ceritanya habis dan tergantung di sini sahaja.
kalau nak tau lebih lanjut kena lah tunggu PART 2
Seriously gua nak sangat seorang kekasih seperti JACOB BLACK boleyyy ? gua kagum dengan cara dia buktikan pada bella bertapa hebatnya cinta dia walaupon bella tak pernah nampak semua tuh. gua suka dia sebab dia selalu menjaga keselamatan bella TANPA DI SURUH! segala yang di buat untuk bella semuanya tanpa di minta dan di paksa. walaupon ayat dia tak semanis si edward tapi cinta dia terhadap bella LEBIH MENDALAM daripada si edward ♥ ♥ ♥ ♥
"ya allah, kau temukan lah aku dengan seorang lelaki seperti dia ya allah, tidak hidup seperti pahat dan penukul, dan tidak berlebih-lebih.segala yang di buatnya ikhlas walaupon dia tahu yang dia memang tak kan dapat memiliki si bella"





4 comments:
Seriously gua malas nak baca, kalau bi gua baca XD
Bm kureng paham sikit XD
sorrrryy XD
kalau gua, gua mau jadi bella. bagiku bella da strongest character :P
hahaha
huntung lah teror BI sampai nak baca pepanjang dalam BI je. hahaha well, i malay 100% pure malay. so i spekang malay je la ahax! :D
well, memang pon, even dalam part 2 nanti bella LEBIH KUAT berbanding all the cullen's family. ahax!
i nak seseorang yang akan mencintai i just like jacob black love bella. awww so sweet :)
cerita ni sangat best :D tak sabar nak tunggu part 2 :p
TU LAHHHH XD
can't wait :D
Post a Comment