Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Monday, October 31, 2011

pengajaran dan pelajaran hidup :)


Gua nak share dengan semua orang, gua tau, masih ada gadis-gadis yang fobia dengan kisah silam dia. terutamanya diri gua, hmmm, walaupon nampak macam gua dah melupakan segalanya tapi sebenarnya dan hakikatnya gua masih tak dapat buang segala " F O B I A " yang ada, kadang-kadang benda ni menganggu jugak hubungan gua dengan zirafah. hmmm, but, gua pon tak salahkan sesiapa. sebab kalau di fikirkan balik salah gua sendiri sebab gua yang buat benda ni rumit. hmmmm, macam mana kalau kita nak bakar lilin tapi kalau kita takada mancis kan? macam tu lah jugak gua, macam mana gua nak maju kehadapan kalau gua sendiri lupa macam mana nak angkat kaki dari sejarah silam kannnnnnnnnn.

Memang susah nak lupakan apa yang terjadi kan, terutamanya bila sesuatu tu di anggap pahit. dan lebih menyakitkan bila ia terlibat dalam soalnya hati * wahhh tetiba gua teringat cerita era fazira soalnya hati! ahax! hokey, sakit memang sakit, but heloooo setiap sakit ada ubatnya kan? sedangkan HIV pon sekarang ada ubatnya ni kan pulak ubat "CINTA" beb. kannnnnnnnnnn.

So, apa yang lepas tu biar lah ia lepas dan berlalu pergi. tak perlu kita toleh kebelakang pon. tapi kadang-kadang pon tak salah kalau kita ingat apa yang jadi, sebab ada masanya ia membantu kita untuk sedar "ohhh rupanya salah aku buat macam ni." atau pun "ohh, kalau aku buat macam ni aku akan di balas macam ni" so just anggap ia sebagai pengajaran dan pelajaran yang baru. tapi kadang-kadang tuh kita suka sangat layankan perasaan kita yang tak seberapa. hmmm, masa tuh baru lah kita tersedusedan menangis dan hah mula lah segalanya tongang terbalik.

Apa yang kita perlu buat sebenarnya just terima dengan tabah. tahu tak lu orang tuhan selalu sayangkan manusia yang berhati tabah, ada pepatah berkata "jangan bersedih jika kasih sayang kamu terputus ditengah jalan, kerana tuhan mahu temukan kamu dengan seseorang yang jauh lebih baik dari yang lepas". yeahhh! love is sux! macam mana sekali pon kita benci nak bercinta buat kali ke berapa tah tapi hakikatnya kita perlukan "someone" sebagai tulang belakang kita. orang yang always bagi dorongan pada kita, tak kisah lah sama ada siapa kah dia, dimanakah dia dan sebagainya.

Walau seberat mana sekalipon ujian yang diberikan pada kita, senyum lah sikit kawan, tamau sedih-sedih yeee. gua percaya satu hari nanti lu pasti akan temu kebahagian, takpe tuhan menguji kita, so tak kan lah kita semudah tu nak menyerah kalah kannnnnn setiap apa yang terjadi mesti ada hikmah dan kebaikannya kan.. so kuat kan semangat, bangkit dan senyum lah pada dunia yeah. :)


...............................................................................................................






Semua orang di beri pengajaran dalam hidupnya, pokok pangkal nya semuanya sama saja cuma yang membezakan adalah cara pengajaran itu diberikan, kekadang ada yang senang, ada yang susah, ada yang ringan, dan ada yang berat. tak kisah lah macam mana sekali pun pengajaran itu di beri pada kita, dan di mana apa yang penting bagaimana kita menerima pengajaran tersebut. kerana pengajaran itulah yang memampukan kita untuk berfikir kesatu tahap yang kehadapan berbanding semalam. 


SO  JANGAN PERNAH SESALI DENGAN APA YANG TERJADI, SEGALA YANG BERLAKU DILUAR KEHENDAK MU ANGGAP SAHAJA YANG IA ADALAH SATU "PELAJARAN BARU" UNTUK HIDUP KAMU YANG SETERUSNYA :)

No comments: