Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Sunday, October 16, 2011

KISAH DONGENG XD




Lu olang pernah dengar tak kisah dongeng percintaan antara "zirafah tempang & ayam katik" ? . 

-  Siapa kata zirafah dan ayam tak boleh bersama? -


______________________________________

Kisah dia macam ni, ada seekor ayam katik, dia ni tak la selawa mana, dia tak semegah mana, tapi dia mempunyai satu warna yang cantik, hingga mampu menarik perhatian seekor zirafah tempang. buat pengetahuan lu orang semua, zirafah ni merupakan seekor haiwan peliharaan yang "istimewa". kakinya tempang, tapi walaupon si zirafah ni ada kekurangannya, tapi si dia mempunyai semangat yang tinggi.dengan sifat yang di bekalnya lah mampu membuatkan si ayam katik ni terkesima. 

Pada mulanya perkenalan mereka hanyalah sekadar seperti kawan biasa, tiada yang istimewa, "body language" merupakan bahasa yang rasmi antara mereka. yupppp, walaupun mereka di sebuah zoo yang sama, tapi mereka tak pernah sekali pon duduk berbual. andai mereka bertembung, satu senyuman lah yang mampu di berikan oleh mereka berdua. masing-masing memikirkan satu perasaan yang sama, iaitu "MALU NAK TEGUR". ketika itu,  pelbagai halangan dan dugaan telah mereka lalui dan akhirnya mereka telah di takdirkan hidup bersama.

Pada mulanya hubungan mereka sangat bahagia. gelak tawa sentiasa terukir, jelas kelihatan kebahagian mereka. sehingga lah satu hari tu hubungan mereka agak dingin. entah kenapa si ayam mula menjauhkan diri dengan si zirafah. alasannya hanyalah

"awak, maaf... saya rasa serabut sangat.... saya perlukan space kejap... untuk saya dapatkan semula ketenangan"

Pada mula nya si zirafah ini turut kan saja, katanya "awak buat lah apa yang bahagiakan awak, saya setia tunggu awak" tapi lama-lama si zirafah mula rasa kehilangan. habis sekitar bandar si zirafah mencari si ayam. habis semua di tanya nya. tapi si ayam hanya berdiam sahaja. diam seribu bahasa itulah ayat yang paling tepat untuk si ayam. si zirafah mula resah. dia terus menulis sepucuk surat untuk si ayam seperti di bawah...


Aku Zirafah yang hilang sebelah kaki dan sekarang hati zirafah sudah kecewa lagi..Itu bererti mental zirafah semakin teruk..Zirafah xboleh salahkan sesiapa..ini adalah takdir..Semua orang mahukan pasangan yang terbaik untuknya..begitu juga zirafah..walaupun zirafah berusaha untuk menjadi yang terbaik daripada yang terbaik tapi ia tetap gagal untuk mengekalkan sesuatu hubungan itu.

Ayam..???Ayam adalah buah hati zirafah..semenjak zirafah kenal dengan ayam,memang zirafah mengaku yang ayam bukan seorang yang cantik,hot n pakej lengkap..tapi ada sesuatu yang menarik hati zirafah untuk menyukai ayam ni..kami bermula sebagai kawan biasa..xpernah dating bersama pon..hanya internet n hanphone saja kami berhubung..

Tapi sekarang ini,zirafah xtahu pe salah zirafah hingga ayam menjauhkan diri daripada zirafah..Zirafah cuma nak tahu "mengapa ayam jauhkn diri dari zirafah"..??kalau betul xsudi nak berkawan dengan zirafah lagi bagitahu laa..jangan jadi penakut untuk memberitahu perasaan hati kita..Jujur itu indah munafik itu di larang dalam agama..

Ini adalah luahan hati seorang ZIRAFAH TEMPANG...kalau ayam membaca apa yang zirafah tulis ni,zirafah harap ayam jangan menyepikan diri..Zirafah bukan seorang yang mudah kecewa dan mampu menerima kata-kata orang lain ini..Good Night AYAM...


Si zirafah tak pernah berputus asa mencari dan terus mencari mana hilangnya si ayam.. Tiba-tiba, setelah beberapa minggu si ayam menghilang kan diri, si zirafah mendapat satu berita daripada rakan-rakan si ayam, yang sebenarnya si ayam telah "di risik" oleh seorang lelaki. lelaki itu pula merupakan seorang lelaki yang gah! dan kacak bergaya. sempurna dari segalanya. hati zirafah mula tertanya-tanya. adakah ini benar ? adakah ini hanya propaganda. pelbagai persoalan timbul di fikirannya. beribu soalan di tujukan pada si ayam. tapi si ayam hanya mampu berdiam. 

Hakikat sebenarnya, si ayam takut untuk berkata benar pada si zirafah, si ayam takut nak luahkan segalanya, nak explain sebab si ayam takut si zirafah akan patah hati dengan si ayam. jadi si ayam mahu hanya mendiamkan diri, dalam masa yang sama si ayam mula berfikir

"mudah-mudahan dia akan bertemu jodoh dengan seekor zirafah pink yang akan membahagiakan hidup dia"

Tapi si ayam sillap! yang di jangkakan bukan lah sesuatu yang BENAR. tetapi ternyata salah. tapi si ayam sedar, si ayam tak akan dapat terang kan segalanya lagi dah. terlambat untuk si ayam explain kan segalanya pada si zirafah, si ayam takut nak terangkan segalanya, si ayam takut kemunculan semula si ayam akan merosak kan segalanya. jadi si ayam tak mampu berbuat apa, dan si ayam hanya mampu menceritakan segalanya pada "si manusia" tentang kisah sebenar percintaan si zirafah dan dirinya. Tanpa berfikir panjang, si manusia mula berkata 

"sayang, kalau benar awak cintakan dia, dan memang sayang kan dia, saya nasihatkan awak, pergi dapat kan dia semula. sebab saya tahu hati awak bukan pada saya"

Jadi hubungan si manusia dan si ayam "tergantung". dan lalu terlerai bergitu saja.

Pada suatu hari, si ayam dan si zirafah telah bertemu semula, mereka mula bertentang mata, si zirafah hanya sekadar tunduk membisu di hadapan si ayam. dan si ayam pula, hanya sekadar mengendahkan pemandangan tetapi dalam hati mula menangis, pelbagai rahsia si ayam pendam kan, ikutkan hati si ayam, dia mahu menerangkan segalanya. tapi perasaan si ayam, hanya tuhan je tahu. dirinya hanya di selubungi perasaan takut. malam itu juga si ayam mula meluahkan perasaan nya yang selama ini terpendam. tapi, bukan  dengan si zirafah, tapi dengan keluarga nya. bapa si ayam dan mak si ayam hanya mampu kata 

"Bawak kitaorang jumpa dia dulu.. then i'll aprove him"

So, si ayam hanya tunjuk si zirafah dari jauh, tak sangka ayah si ayam dan ibunya berani menampilkan diri di depan mata si zirafah, si ayam hanya terdiam dan terkedu sahaja. dia hanya mampu berikan satu senyuman palsu pada si zirafah supaya si zirafah tak nampak kepedihan yang si ayam tangungi selama ni.

Setelah parents si ayam bertemu dengan si zirafah, mak si ayam menasihati si ayam agar berterus terang lah dengan si zirafah tentang perasaan si ayam, apa yang ayam pendamkan. si zirafah perlukan penjelasan yang terang dari si ayam. tapi seperti biasa si ayam hanya mampu tunduk dan membisu lalu jatuh airmatanya.

"Bukan saya tak nak jelaskan mak.... tapi saya takut.. saya takut dia dah bencikan saya... saya teruk.. macam-macam saya dah buat kat dia... saya tau dia mesti benci saya... saya tak tau lah mak... saya memang nak luahkan, tapi saya takut akan hancurkan hati dia, saya takut dia akan terus benci saya and jauhkan diri dari saya."

Jadi, si ibu hanya menasihati, kalau takut nak berterus terang dengan bersemuka, tulis lah sepucuk surat luahkan segalanya mungkin si zirafah akan baca nanti.... jadi si ayam mulakan penulisanna seperti di bawah...


Dear zirafah,

Ayam tahu, ayam banyak buat salah dengan zirafah, ayam gantung kan hubungan kita, ayam main tarik tali dengan zirafah, ayam tinggalkan zirafah dengan tanpa kabar berita, ayam tak tau apa yang ayam fikir kan sampai ayam tergamak buat zirafah macam tuh. tapi, ayam sebenarnya masa tu memang perlukan masa, sebab ayam serabut dengan bekas kekasih ayam yang asyik merayu-rayu pada ayam, ayam tak tau nak buat apa, jadi ayam jauhkan diri dengan telephone ayam, sedar tak sedar ayam mula jauhkan diri dengan zirafah jugak, ayam tak tau macam mana nak rapatkan semula hubungan kita masa tuh, jadi ayam hanya serahkan pada takdir, ayam sayang kan zirafah sangat, zirafah pon tau tu kan? tapi masa tu ayam memang dah tak boleh nak buat apa, so kebetulan manusia ni memang dah aim ayam dari awal, tiba-tiba dia cakap dengan ayam dia nak bawak keluarga dia merisik ayam. yupp memang betul ayam bertunang tapi bukan dengan rasmi dari segi adat. kami hanya buat risikan tu sahaja, tapiiiii sebenarnya hati ayam bukan pada dia, hati ayam pada seseorang. orang tuh adalah kamu. ayam takut nak cakap dengan zirafah, ayam sayang kat zirafah, ayam taku zirafah akan mempertikaikan segalanya. ayam tak sangup tolak pinangan orang masa tuh, ayam cuma fikir makcik-makcik ayam yang sibuk sangat suruh ayam cepat2 kahwen, hmmm lagi pon sebenarnya ayam takde jawapan bagi semua persoalan yang kat kepala zirafah, jadi sebelum ayam makin luka kan perasaan zirafah, ayam pilih berdiam diri. ayam tahu kejam nya perangai ayam, tapi sebenarnya ini je yang ayam rasa terbaik, ayam dah takde cara lain, ayam rasa kalau ayam terangkan segalanya mesti zirafah akan sedih dengan ayam. :'(

Zirafah,
sebenarnya ayam sayangkan sangat kat zirafah, ayam memang nak luahkan segalanya ayam nak terangkan tapi ayam tak nak nanti perasaan sayang zirafah bertukar jadi benci. entah lah, semenjak kita bertentang mata setelah bertahun kita terpisah, semuanya jadi tungang terbalik, ayam mula teringat kisah kita, ayam mula sedar kejam nya diri ayam buat zirafah macam tuh. tapi ayam tau dah terlambat untuk ayam jelaskan segalanya. tapi ayam tak nak zirafah di belengu dengan pertanyaan. so ayam pilih menulis surat ini untuk menjelaskan segalanya kenapa ayam diam kan diri.

Zirafah,
sebenarnya ayam sayangkan zirafah, ayam mula sedar something, ayam mula cintakan zirafah, betul lah kata orang cinta hanya di rasai selepas seseorang tuh pergi jauh dari kita. ayam sedar maksud rindu. tiba-tiba kepala ayam terlintas satu benda. ingat tak masa zirafah pernah tinggalkan ayam, and masa tuh zirafah kata hidup zirafah rasa sunyi tanpa ayam, so, ayam dapat rasakan mungkin apa yang ayam rasa sekarang ni adalah apa yang zirafah pernah rasa. zirafah, walaupon manusia itu sempurna, manusia itu hebat bunyik nya, tapi kehebatannya tak setanding si zirafah tempang yang ayam pernah kenal, ayam hanya berkongsi keseronokan sahaja dengan dia, ayam tak pernah kongsi kengsengsaraan macam mana kita pernah kongsikan dulu-dulu. ayam sedar, kesempurnaan itu tak mampu mengubah hati kita pada seseorang. ayam faham andai zirafah dah mula lupakan ayam, tapi ayam tak kan pernah lupakan zirafah dalam hidup ayam. zirafah lah satu satunya lelaki yang sanggup tak kenal erti mengalah dalam hidup ayam. zirafah tak pernah mengalah dan berhenti mengenali ayam, zirafah tak pernah makan saman dengan ex ex ayam, zirafah tak pernah berhenti tanyakan tentang relation kita. and lastly, zirafah lah lelaki pertama yang ayam tak pernah tinggikan suara dan marah. zirafah tempang adalah seekor zirafah yang LEBIH ISTIMEWA dalam hati ayam. thanks zirafah kerana muncul dalam hidup ayam salama ni. ;')

So, selepas surat ini di post kan, si ayam pon hanya mengesat airmatanya, dan terus menunggu sebuah keajaiban berlaku..................





SEBENARNYA SI AYAM HANYA TAKUT DAN MALU PADA BAYANG-BAYANGNYA SENDIRI . KERANA SEGALA KEBERANIAN TERTINGGAL PADA SI ZIRAFAH :')

= T H E   E N D. =

No comments: