Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Saturday, October 29, 2011

cerita hantu :)



Lu orang penah duduk asrama? pernah ? mesti lu orang semua pernah dengar kisah seram asrama korang kan? hmm, hokey, ada banyak gila pengalaman seram gua masa kat asrama. masa dulu-dulu masa gua baru masuk, ada lah gua dengar-dengar kejadian pelik kat asrama gua, antaranya masa tengah malam akan dengar suara budak perempuan maik kat tangga lah. tengah-tengah malam akan ada orang ketuk pintulah. hmmm, kalau lu orang tak tidur tengah malam then tetiba lu orang akan dengar tapak kaki orang lah sedangkan masa tuh kul 4 pagi. so, oleh kerana gua ni jenis tak tidur malam punya orang, so gua dapat kumpul banyak gila memori indah bersama persatuan hantu-hantu se ikip nih. ahax!

Hmmm, memula susah gua nak percaya, tapi takut pon ada lah gak, sebab ialah masa tu tu lah kali pertama wey gua duduk kat asrama nihhh.huhuhu, okay, masa mula masuk gua selalu dengar bunyik perabut di alih-alih kan, then bila gua tengok jam, pukul 2 pagi macam tu. gua pon pelik lah dah kenapa orang atas ni tengah malam pon nak ubah-ubah kedudukan katil. hmmm, buat pengetahuan korang asrama kami hanya ada 3 perabut je setiap bilik. almari, katil and meja study (tapi tu pon kira nasib lah kalau dapat). masalahnya bunyik yang perabut di seret-seretnya tu macam ada pelbagai perabut, paling dekat bunyik dia macam kita seret sofa. hahhhh mula-mula gua mengamok gak lah, mengacau gua tido, so gua pon ketuk lah dinding, elok gua ketuk dinding je lepas beberapa minit dia balas balik perghhhhh masa tuh gua mati-mati ingat orang sebelah gua. ke esok kannya gua pon cerita dengan kawan-kawan gua. then diorang pon apa lagi mengamok lah.

"yang kau tegur tuh kenapa? jangan tegur, bunyik tu maksudnya makhluk halus tengah lalu lalang. dia pon macam kita lah, kalau tengah jalan2 tetiba tengah jalan ada kerusi, so kita pon alihkan ar kedudukan kerusi tuh kan"

Alamakkk, masa tuh gua dah meremang ketakutan gua di buat nya, so sejak tu gua selalu gak dengar tapi buat bodoh je. ahax! takut dah nak tegur. hmmm, yang best nya bunyik tuh hanya pukul 3 pagi keatas je. contoh kata lah kalau gua tak tido lagi masa tu dengan kawan gua cik nini, mesti gua akan perli "haishhh, tak tido lagi eh kawan-kawan kau tuh, rajin diorang berkemas, ehhh cakap dengan dia sudah-sudah lah. g berehat" huhuhu. sebenarnya perli tu untuk sedapkan hati je. ahax! bayang kan kalau dia menjelma mau pengsannya gua serta merta. ahax!

Selain bunyik alih perabut, bunyik orang bertukang. haishhh, gua rela bunyik perabut dari bunyik ketuk-ketuk dinding. perghhhh! ni memang gua tak tahan. ketuk sana-ketuk sini. haishhh, * kang ada gak gua ketuk kepala dia kang. grrrr! tapi ketukan ni bukan berpanjangan, dia selalunya 3 kali ketukan je then berhenti, selang satu jam kang ketuk lagi. well, nak buat macam mana, hantu kat asrama gua memang rajin-rajin belaka. kekadang buat gua terfikir mungkinnkan diorang ni ada cita-cita macam eric leong ? JENG JENG JENG!

Kemudiannya bunyik guli, bayang kan macam lu ambik guli then lu diri atas apa-apa tempat tinggi, then lu lepaskan guli kat tangan lu. bayangkan macam mana bunyik dia. hahhh, itu lah yang gua selalu dengar. haishhhhh keting keting keting ketingggg bunyik dia, kekadang tu elok-elok tengah stdy ada je bunyik tu, haishhh kekadang tu bunyik tu buat macam kita nak main guli sekali. ahax! tapi orang tua-tua selalu cakap, kalau bunyik guli di tengah malam tu maksudnya bunyik si toyol. haishhh wallahhuallam lah wey! tak pernah lak gua nak chek ahax!

Hokey, buat pengetahuan korang, bilik aku depan tu ada tong sampah, kekadang masa aku tengah membusy kan diri dengan menghafal segala nota yang ada, kekadang tuh aku terdengar macam mak cik cleaner sedang mengodek-godek segala sampah yang ada, hmmm, pelik gak bila di pikir apakejadah makcik godek pepagi buta macam ni. then gua terfikir, mungkin kucing kot. tapi masalahnya, kalau kucing mesti kucing akan berbunyik, meooowwwww something like that kan. tapi ni senyap je yang dengar bunyik-bunyik pelastik, so gua pon dengan perasaan yang ingin tahu gua beranikan diri gua selak langsir then bukak tingkap dengan serta-merta. alangkah terkejutnya guaaa...... tengok-tengok takde apa-apa pon jadi. keadaan sekeliling sunyi kedudukan tong sampah baik punya posing, macam takde apa-apa pon jadi. cun punya terletak. haishh dengan rasa kepelikan lagi tertanya-tanya gua kejutkan kawan gua. hohoho.

Pernah gak tu kekadang tengah gua duduk-duduk kat dalam bilik berlengang sana sini tetiba gua dengar macam orang mengilai, tapi tak lah mengilai macam hantu tuh tapi bunyik macam sesuatu yang samar-samar macam tuh. tak lah bunyik kuat sangat. hmmm bila gua bukak tingkap takde pape, hahhh! ni masalah terbesar gua, gua ni ada masalah "PANTANG TERDENGAR".gua cepat je nak mencarik, sebab tuh gua ni lebih suka melihat dari mendengar. huhuhu.tapi gua tak selalu melihat, gua hanya selalu terdengar. betul lah kata orang hantu ni pandai, apa yang kita takut itu yang dia nak. hohoho.

Hokay, pernah gak sekali tuh kawan gua kak yan lepak dalam bilik gua, masa tu maghrib, gua tak akan lupa sampai bila-bila wey kisah ni. masa tuh dia pinjam apa tah dengan bilik sebelah gua tuh. hmmm kiranya dia nak pulang kan lah barang tuh. masa dia datang kalau tak silap gua nampak budak sebelah keluar so gua cakap lah "maybe dia beli makanan tak, kakyan lepak lah dulu kat sini" so kami pon mula kan persembangan kami, tengah asyik bercerita tetiba kitorang dengar bunyik orang bukak pintu and macam orang tutup pintu, so tanpa berlengah kakyan pon terus capai barang dia and gua pon kata lah "hah kakyan tu dia dah balik kot.. cepat-cepat". then bila keluar je gua rasa meremang, sebab masa tuh bilik gua gelap gelita rasa macam kelam se macam je. then sekali kakyan ketuk-ketuk bilik sebelah takde siapa menyaut. haish banyak kali gak lah kami ketuk. tapi takde siapa sambut. haishhh kitaorang pon apa lagi seribu tanda tanya lah masing masing tanya "kau dengar kan tadi?" huhuhu. then bila diorang balik je gua tanya "siapa kat bilik? tadi kitaorang dengar orang balik tapi takde siapa bukak pintu" then dengan muka  pelik diorang jawab "kak, kitaorang baru je balik ni kak" haishhh, meremang gila masa tuh. huhuhu.

Gua pon pernah gak nampak macam kawan gua, tapi dia pakai serba hitam, gua masa tuh baru je balik dari kl. so gua bukak tingkap gua and gua pon ternampak dia. so dengan penuh excited gua jerit "iffff, ifffff," then kawan bilik gua pelik and tanya "kau tegur siapa wey?" then gua pon dengan penuh emosi, "chisss! tak guna punya if aku panggil buat bodoh je lak dia" then gua pon turun lah makan dengan kawan-kawan gua. sekali nampak if, gua pon apa lagi sound ar "ohh macam ni lah kawan, aku panggil kau kau buat tak nampak je kan" then dengan muka blur dia pon jawab "aku baru je turun ni wey" errrr, masa tuh bapak lah menakutkan weyyy sejak tu gua tak tegur sesiapa yang lalu depan tingkap gua. ahax! tapi, patut lah lembaga hitam tu melolong je jalan ke depan tak toleh2, gua perasan gak kenapa si iff ni serba hitam tapi buat bodoh ar, excited punya pasal kan gua tegur jelah. sekali hambik kau. nak kata orang lain pon agak-agak lah, kalau lu pon dengar orang jerit-jerit mesti lu toleh kan? ni tak dia jalan kedepan je and jalan secara slow lak tuh haishhh.  hohoho.

Haishhhh, selain semua tu gua pernah jugak tido bilik kawan gua, masa tu kecoh pasal peampakan "seorang gadis berbaju kurung kuning" hmmm, hokey, nak di jadikan cerita masa tu semua ketakutan so kami beramai-ramai kumpul dalam satu bilik and tido reramai kat situ. masa tu pukul 4 pagi, entah macam mana tah gua boleh terjaga baik punya mata mengadap dekat atas almari, mata gua ternampak macam satu kelibat kat atas almari, perghhh almari tu pun bukan main cantik kau terposing maut depan gua, huhu apa lagi masa tu gua terus berpeluh sakan and ketakutan, gua nak kejut kawan-kawan gua tak larat mulut gua nak bukak, apa yang gua boleh buat, menangis jelahhh. tak sangka masa tu kawan gua dengar gua nangis, then dia banggun, so kami pon bercerita habis habisan lah pasal apa jadi rupanya dia pon tak boleh tdo, dia kata dia pon sebenarnya terasa macam ada sesuatu kat atas almari tuhhh.

Husihhhh! banyak gila lah pengalaman yang menakutkan, tapi tak lah sampai jadi macam kat cerita hantu yang ada. yang muncul tuh memang takde lah depan mata tapi yang berbunyik benda pelik banyak. hmmm, memang macam-macam lah pengalaman gua dalam kes "HANTU ASRAMA" ni wey. haishhh, gua percaya lu orang yang dok asrama pon mesti ada kan pengalaman macam gua. kannnnnnnnnnn. tapi apa pon gua rasa semua tu membuatkan kehidupan gua di asrama sangat menarik, hahaha. dah nak mampus? hakhakhak. ermm sekarang gua rindukan semua kejadian misteri ni, haishh tah bila gua nak rasakan semua ni lagi kan. hohoho. ini lah perbezaan yang berlaku di rumah dan di asrama :)




Pst! kalau gua takut gua akan panggil nama kawan gua,
"Nini, bangunnnnnn - banggunnnnnnnnn"
nak tau tak sebab apa? sebenarnya sebab, kalau gua kena kacau jangan gua je yang kena bio lah berteman so best sikit! wakakaka! tapi hampehhh, kawan gua ni penakut sikit lastlast gua jugak yang serang tingakp sorang-sorang toleh2 kat arah dia, dia dah berdengkur tido. thuiii!



*KEKADANG KALAU GUA NAK TIDUR SANGAT GUA AKAN CAKAP DENGAN KAWAN GUA "Nini, kau tunggu aku sampai aku tertido tau." SO GUA PANCING DIA DENGAN BAGI LAPTOP KESAYANGAN GUA, KASI DIA ONLINE AND MAIN GAME SAMPAI LAH LEBAM. 
wakakaka, bijak tak strategi gua? ahax!

4 comments:

Unknown said...

ces mmg terbaik la strategy ko...hahahaha

Lany Azman said...

wakakah well aku kan pandai merancang wahaha <3
TERIMA KASIH NINI <3

Unknown said...

sesame...hahahahaha
kepandaian ko 2 smpai aku x perasaan ape y ko cube buat...hahahahahaha

Lany Azman said...

well, malas nak cakap apa,
apa pon bola nogowi den macam dah nak monang je tuh wakaka