Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Thursday, October 27, 2011

cantik ke saya ?



Cantik.. benda tu sangat subjektif, ramai orang beranggapan cantik ini ada ciri-ciri tersendiri. ramai yang kata cantik ni ada jenis-jenis nya. dan ada juga yang kata cantik ini hanya pada siapa diri kita sebenarnya. hmmm korang percaya pada kecantikan? maksud gua "seseorang yang cantik". hmmm

Hokay, pandangan perempuan dengan lelaki tentang kecantikan sangat berbeza. bagi seorang perempuan cantik terletak pada "senyuman". kalau dia senyum sempurna, maka cantik lah dia. tapi lelaki ni pulak, lain pandangan dia. asal yang pakai sexy, baju sendat-sendat, rambut perang-perang dan makeup tebal-tebal. itu lah yang PALING cantik. bagi seorang photographer, atau agensi permodelan, kecantikan terletak hanya pada "features" and "bone structure" yang dimiliki oleh seseorang. so no wonder lah kalau ade awek muka cantik-cantik tapi bila g casting tetttttttttttt! gagal. so, bermakna dia bukan lah cantik mana pon sebenarnya di mata seorang photographer and model.

Haish, hakikatnya masih ramai yang tertipu dengan kecantikan, asal nampak cantik habis semua lupa. ada jugak orang yang bangga kan sangat dengan kecantikan yang dimiliki.walhalkan, kecantikan yang dibanggakan sangat tu apa lah sangat. takde makna di mata masyarakat. Well, ada jugak yang suka menunjuk-nunjuk dengan kecantikan yang dah dia miliki. tayang sana, tayang sini.


Cuba korang bayang kan, kalau seorang wanita yang cantik di mata seorang lelaki hanya atas daras, rambut perang, badan mantap, pakai makeup tebal-tebal dan sexy2 sahaja. apa akan berlaku agak-agak nya? well, gua rasa hancur dunia lelaki tuh. ahax! tau sebab ape ? sebab lelaki tu tak reti nak bezakan yang mana intan dan yang mana permata. then, cuba bayang kan macam mana kalau sehari mereka terpaksa meninggalkan segala kecantikan yang "palsu". well, jangan tanya kenapa seluruh dunia boleh mendengar suara lelaki tersebut. ahax!

Sebenarnya, kecantikan yang dicari terletak pada "dalaman" kita. kecantikan bukan lah diukur dengan segala makeup, pakaian, saloon dan sebagainya. seorang perempuan tidak memerlukan semua itu sebenarnya. apa yang diperlukan hanyalah "spiritual" yang betul. hanya lelaki yang betul sahaja mampu mengukur kecantikan yang asli. yang lain hanya nampak cantik pada orang-orang seperti "barbie bergerak".

Jangan terkejut, masih ramai yang tertipu dengan kecantikan. masih ramai tak pandai mengukur kecantikan yang sebenarnya. ada kajian yang telah membuktikan rata-rata kecantikan "palsu" ini orang nya hanya sekadar cantik di luaran, dalaman dia hanya tuhan sahaja yang tahu. tau kenapa? kerana mereka menggunakan "makeup" sebagai aset untuk menyorok kan "keburukan" yang dimiliki oleh diri mereka sendiri.

So, guys, berhati-hatilah memiliki kecantikan yeah. pilih betul-betul yang mana cantik dan yang mana tidak, jangan lah hanya kerana kita memiliki "cantik palsu" habis sekampung kita riuhkan. hakikatnya kecantikan yang dimiliki itu hanyalah SEMENTARA semata. tak ada apa yang kekal dan haris dibanggakan. banggalah dengan "kecantikan yang asli" yang dimiliki. kerana ia akan kekal abadi selamanya. :)





AWAK-AWAK
setakat dengan kecantikan "palsu" yang kita ada, tak akan kemana. Kerana zaman sekarang orang dah tak pandang pada "PLASTIC". tapi orang pandang pada ASLI. so takperlu lah makeup tebal-tebal mengunung semata-mata setakat nak pergi pavillion je kot. lagipon awak bukannya model pon nak makeup-makeup setebal batu konkrit tuh. ♥
NATURAL IS WHAT WE CALL AS BEAUTY :)

No comments: