Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Friday, August 12, 2011

terima kasih tuhan :)



Walaweyhhhh! sesuatu sungguh kan aku punya tittle, ahaha, Okay! ceritanya bermula di sini. beberapa hari lepas aku tengok cerita HANYA AKU di astro ria. perghh! cerita dia memang terbaik lah! membuatkan aku insaf kejap. hohoho. ceritanya tentang penagih-penagih dadah di malaysia. ada banyak gila jenis penagih dadah ni sebenarnya, ada yang ambik heroin, ada yang layan ice, ada yang layan syabu. perghhh lagi hebat ada yang main jarum.

Okay, nak di jadikan cerita masa aku dok layan cerita ni ada pulak sorang watak macam aku. perghhh! terbeliak gak lah mata aku. huhuhu, ceritanya macam ni, ada seorang minah ni, dia ni happy go lucky gila gila. kekadang macam mabuk air pon ada gak aku tengok minah ni. ahah, ermmm, okay, dia anak orang kaya gak lah. then mak dengan ayah dia masuk kan dia dalam PENGASIH. mulanya aku syak minah ni mesti ambik gas gelak ni, rupa-rupanya aku SALAH!

Semua family kat PENGASIH tuh suka cara dia, dia ni happy go lucky gila-gila. semua pelik "minah ni, orang semua masuk pengasih menangis-menangis dia lak ley enjoy. kenapa tah" sekali rupa-rupanya hampehhhh, dia layan Ecstasy. put lah dia bukan main happy je. huhuhu, Okay lah, satu hari ni, mak and ayah dia datang. then bawak satu berita buruk,  mak and ayah dia nak bercerai. then masa tuh dia memang down sangat-sangat dia rasa hati dia hancur gila-gila tak terkata. lepas tuh ape lagi dia lari and perkena lah benda tuh. dia layan 3 benda sekali gus, dia layan rokok, ice, and pil. then effect dia memang dia macam bangkai hidup lah kan. hyper tak tentu pasal. huhu and lastly dia meninggal dunia sebab overdose.

Perghhhhh! memang trajisssss, aku tetiba teringat kisah SEMALAM aku. berpapan-papan panadol aku telan. hanya sebab aku nak sentiasa tidur dan nak lupakan hati aku yang hancur ni.... hurmh, aku bersyukur sangat sebab tuhan masih menyayangi aku, dan dia berikan peluang kedua untuk aku perbaiki semua yang aku dah hancurkan ssemata-mata sebab putus cinta. 4 malam tak sedarkan diri banyak insaf kan aku. kekadang aku terfikir, andai lah nasib aku sama dengan minah ni haishhhh, entah lah menyesal tak ke sudah lah jawabnya. ialah hidup ni hanya sekali je kan. okay, apa pon aku bersyukur sangat-sangat sebab aku masih di beri nyawa. dan masih boleh terus kan hidup aku sebagai remaja.

Soooo, kepada semua yang di luar sana. jangan jangan jangan! mencuba aksi ni di rumah anda yeah. apatah lagi di pejabat ahahah:D ialah, huntung lah kalau di beri peluang kedua untuk hidup, tapi kalau di beri peluang kedua tok masuk semula alam ghaib macam mana??? ce citaaaaa, kan? so, nasihat aku kepada korang yang putus cinta dan ada pasang niat nak buat macam kat atas ni lupakan jelah k, percayalah kata kak nam ni nokkk oiiii, sia-sia je. jangan! sayangilah nyawa anda LEBIH dari itu semua. okay? just think positive mungkin yang terjadi ni ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah tuh kan lebih mengetahui. walaupun perit kita nak menelan percayalah kata aku, dengan keperitan tuh lah akan lebih menguatkan kita dan ia akan mengajar kita supaya menjadi someone yang lebih berguna. :)

So just enyou your life. kita muda lagi maaaaaa, kan? banyak lagi orang yang bakal kita jumpa. mana tau esok lusa kita dapat pengganti yang jauh lebih baik dari yang sebelum ni kan? so just relex je, kalau hati masih tak boleh bukak tok terima cinta baru macam aku nih. just relex je, enjoy dulu masa single ni. nanti bile dah ready hah, baru lah bercinta semula. Ohhhh yeah, btw. aku ada baca satu articel pasal bercinta kat satu blog ni, kata-kata dia "Kalau kita bercinta kemudia kita putus dan dalam masa beberapa hari kita cari penganti, percayalah 100% hati kita bukan pada dia walaupun mulut bersumpah setia mati (sebab kita mengambil masa 1 hari untuk menyukai seseorang, seminggu mencintai seseorang tapi TAK MUNGKIN setahun mampu melupakan seseorang).... tapi kalau kita bercinta kemudian putus beberapa tahun selepas tuh kita cari penganti nesyaca hubungan tu mampu pergi jauh walau mulut tak pernah bersumpah setia tapi hati 100% mula berputik semula (sebab dia sudah mengambil masa yang secukupnya untuk melupakan kisah silamnya)" - blogger yang lain sila comment. ahahaha  betul takk? ahah. Okay lah, korang dah besar panjang kan? so pandai buat keputusan sendiri kan?


Sebelum membuat apa-apa keputusan ingatilah orang yang tersayang :)
jangan menjadi SELFISH. jangan ikutkan sangat hati dan perasaan tanpa berfikir orang keliling kita. yeahhh 

No comments: