Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Saturday, August 13, 2011

surat untuk teman :')


Teman, mungkin hari ini nasib tak menyebelahi kita. mungkin juga kau bukan untuk ku ketika ini. mungkin kehadiran kau hanya sebagai TEMAN dan bukan di takdir kan menjadi pasanganku. tapi ingin aku ingat kan kau selalu aku gembira bila di sisi kau. Gelakan, air mata, carutan, semua itu bermakna untuk aku. walaupun kita tidak terikat dengan perkataan "COUPLE", walaupun aku tidak memegang tittle "AWEK", tapi jauh di sudut hati aku ingin kau tau yang aku hargai kehadiran kau.

Saat jatuh bangun aku kau sentiasa bersama aku, dulu aku mempunyai seorang sahabat seperti mu, tapi akhirnya dia meninggalkan ku jauh saat kebahagiaan dia memuncak. sakit dan perit aku tanggung sendiri, tapi aku bersyukur sangat kerana tuhan meringgan kan beban ku dengan menghadirkan kau dalam diri aku. kau memang seorang teman yang setia, kau sanggup menghabiskan masa kau bersama aku. semata-mata kau tak nak aku rasa keseorangan. kau sanggup kena marah dengan kekasih kau. kau sanggup batalkan semua perjanjian kau dengan teman-teman kau.

Bait demi bait, kau berikan pada aku. berpuluh kata-kata semangat kau perahkan di fikiran aku. kau hasut aku dengan kata-kata perangsang supaya aku terus kuat menueruskan hidup aku. walaupun aku banyak sakitkan hati kau dengan menyebut nama sahabat ku, kau tetap setia mendengar. sana sini aku terbayang, bila terbayang aku akan ceritakan pada kau, aku nampak perubahan muka kau bila aku masih tak dapat lupakan nama dia, lagi menyedihkan bila aku pernah terpanggil kau "papis". tapi kau tetap sabar dengan semua tuh. kau tak putus asa membuatkan aku lupakan dia. sehingga lah kini aku dah tak dibayangi oleh kisah silam lagi. jauh kehadapan kau pimpin tangan aku, jauh kehadapan kau lari membawa ku dengan sifat sabar kau.

Teman, ingin ku katakan, sedikit demi sedikit aku bangun dan melangkah kehadapan. semua ini kerana pengorbanan besar kau pada aku. aku harap sangat kita akan bersama-sama selalu. aku harap sangat kau adalah kekuatan baru ku walaupun kita bukan lah pasangan bercinta. terima kasih atas jasa baik mu, aku akan kenang sehingga mati. maaf kerana aku tidak mempunyai perasaan terhadap mu, jangan kau mengalah mengambil hati ku. insyaallah satu hari nanti mungkin tuhan akan buka kan pintu hati ku untuk menerima mu. Buat pengetahuan kau aku selesa hubungan kita seperti sekarang, kita bebas dari segala ikatan, kita bebas dari memberi komitmen, dan kita bebas dari "cemburu".


♥ ♥ ♥ aku sayangkan kau TEMAN ♥ ♥ ♥
Mohd Khaleed Adzal Johannes sudikah kamu menjadi musuh ketat saya sepanjang perjalanan remaja kita ?? dan sudikah kamu menjadi rakan gosip, rakan gila, rakan kongsi, rakan rokok, rakan gig, rakan dadah, dan rakan seperjuangan Nur ilani bte kamarudzaman?

No comments: