Menjadi pasangan aku haruslah kuat. bukan kuat sekadar di luaran tetapi dalaman. bukan kuat di mulut tapi kuat di hati. menjadi pasangan aku mungkin merumit kan anda semua tapi percayalah aku wahai kaum lelaki, ia tidak sia-sia. aku jenis kau buat baik, aku akan gantikan kau dengan yang TERBAIK, kau buat taik, aku akan balas kan kau like hell. Secara jujurnya aku memang susah untuk di fahami, tapi aku mudah untuk di cintai. aku easy going, aku senang di bawa berbincang, aku mudah di jadikan teman tapi..... dengan satu syarat. kau penuhi syarat-syarat yang aku tetap kan dahulu.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah IKHLAS mengenali, dan mencintai aku. kerana aku jenis seorang yang menyerahkan cinta dan hati aku kepada siapa yang betul-betul jujur nak sehidup dan semati dengan aku. aku bukan perempuan yang senang lenang serahkan hatinya pada lelaki. mungkin aku akan reject korang lebih dari 10 kali tapi percayalah, macam aku cakap, kalau korang terus berusaha korang tak kan rasa di persia kan.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah berfikiran MATANG!. penting untuk aku pasangan aku sebergini. sebab, aku adalah seorang perempuan yang berfikiran jauh kehadapan, jadi aku tak mahu pasangan aku mengsia-siakan hidupnya hanya dengan berlandaskan kebodohan.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah betul-betul KALIS dari segalanya. aku memang seorang yang lemah lembut dan manja di luar, tapi dalam masa yang sama aku mungkin akan bertukar menjadi naga, jadi awassss, aku memang perlukan seorang yang betul-betul kalis segalanya. sebab ketika itu kemungkinan anda akan di maki bila-bila masa sahaja.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah TIDAK KENAL ERTI PENAT. maksud aku penat membahagiakan aku. aku memerlukan seorang yang betul-betul tak mudah mengalah dan penat. aku mempunyai perangai yang lain daripada yang lain. korang mungkin akan pening melayan karenah aku jadi aku sangat-sangat perlukan seorang lelaki yang penyabar dalam segalanya.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah SENTIASA BERHUBUNG dengan aku.tak de istilah credit habis, takde topup, handphone teringgal dan apatah lagi bettry habis. aku paling pantang seorang lelaki yang kehabisan topup, percayalah sekali kau kata "sorry you credit i habis" so you are out!. bagi aku, topup pon kau tak mampu nak beli ada hati nak bercinta pulak.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah MELAPORKAN DIRI korang di mana sahaja korang berada. bukan apa, sekurang-kurangnya aku tahu dimana letaknya kekasih hati aku. satu tanggungjawab untuk aku tahu di mana pasangan aku dan dengan siapa dia berada.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah JUJUR. aku seorang yang tak pandai menipu, aku seorang yang sangat terus terang dengn perasaan aku. mungkin kalau aku benci aku akan cakap direct aku benci tapi percayalah, itu hanya sementara. jangan isu kan hal itu kerana itu hanya apa yang aku rasa ketika itu. sekiranya aku curang di belakang korang juga aku akan bercerita. aku tak pandai simpan rahsia tentang aku dengan pasangan jadi aku harapkan mereka juga seperti itu.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah BOLEH MEMBIMBING AKU. kadang-kadang aku suka buat benda yang di luar dari jangkaan, aku suka tergelincir dari landasan jadi aku memerlukan seorang lelaki yang betul-betul mampu membimbing tangan aku dan membawa aku berjalan terus kehadapan.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah TERUS MENCINTAI AKU. aku seorang perempuan yang cinta matikan pasangan aku, aku memang akan berikan segalanya untuk kebahagian dia walaupun hati aku terluka sebab aku mahukan dia BERTERUSAN dan tak akan berhenti menyintai aku. jadi sangat penting untuk aku memiliki lelaki seperti ini.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah TAHAN LASAK. sebab aku walaupun manja tapi aku lasak, aku suka bertumbuk, tendang dan menolak-nolak kepala tapi kalau situasi macam ni korang tak boleh handle memang aku akan cakap MEMALUKAN sahaja.
- menjadi pasangan aku, korang haruslah SEMPURNA. sempurna dari segi luaran apatah lagi fikiran. aku pentingkan kebijaksanaan, bijak berfikir dan bijak menggunakan minda. itulah bagi aku lelaki yang sempurna. aku tak suka lelaki yang main redah apa yang di fikir betul TANPA berfikir dahulu.
Hah, inilah antaranya. sebenarnya banyak lagi tapi cukup 10 ni untuk basic in relation dengan aku. memang nampak rumit dan nampak "hek eleh macam good-good je kau tuh" tapi bagi aku PENTING pasangan aku meiliki ciri-ciri seperti diatas, tahu sebab apa? sebab cinta aku bukan cinta sebarangan. cinta aku cinta mati. hanya orang-orang yang layakn sahaja akan dapat rasakan kenikmatan bercinta dengan aku. aku tak mudah mencintai seseorang tapi bila aku mula mencintai mereka, aku akan mencuba sehabis baik yang mungkin. aku tak kan sia-sia kan mereka.
Jadi kalau rasa rumit sangat dengan aku, kesempurnaan sangat yang aku kejar. takpe, jangan dekati aku dan tak perlu mencintai aku. aku rela seperti sekarang dari aku mendapat lelaki yang BUSUK di masa hadapan aku. seriously, aku percaya satu hari nanti, walau mengambil 10 tahun akan datang sekali pun insyaallah aku akan ketemuinya juga. korang pernah dengar lagu "cinta gila- dewa" ? hah macam tuh la cinta aku terhadap pasangan aku. aku tak perlukan someone yang kacak, comel, baby face, kaya, tegap, kental dan bla bla bla. tapi aku perlukan kesempurnaan sifat nya seperti yang ada di atas itu SAHAJA :)
Yuppp, memang nampak macam bagus-bagus dan memang nampak aku fassy gila, tapi ini semua untuk masa hadapan aku. untuk kepentingan aku dan dia juga. aku tak suka hubungan yang hanya membuang masa setakat bercinta sahaja. thuiiii, aku bosan bercinta, itu sejujurnya. jangan main-main dengan cinta aku sebab aku tak main-main dengan cinta aku. penting untuk aku mencari kesempurnaan ini sebab bagi kesempurnaan inilah akan bahagiakan aku satu hari nanti.aku percayakan itu :)
Seriously, aku tak perlukan lelaki yang selalu cium dahi aku, selalu bisikan aku ILY, selalu nyanyikan aku bila perlu, bergayut dengan aku sampai tertidur-tidur, 24 jam bermessage dengan aku, date dengan aku, bagi aku pelbagai jenis hadia dan bla bla blaa.... sesungguhnya memang aku dah muak dengan semua taktik lelaki yang basi ni. buat apa kalau dia boleh buat semua ni tapi akhirnya dia akan patah kan hati kita jugak sebab dia tak sempurna seperti di atas. so just waste your time girl, kann? benda ni semua hanya sementara, bila dia dah tak cinta kan kita dia sanggup kiss dahi kita and bisik kan ILY kat kita? kalau suara dia dah takde dia akan nyanyikan tok kita lagi? kalau takde topup, dia akan call kita selama yang biasa? kalau dia busy dia akan date dengan kita tak? ermm, fikir fikir kan semua ni hanya SEMENTARA sahaja tak kekal mana pon kan? tapi kesempurnaan tuh lah akan kekal selamanya :)
love is not just having fun. but it's about with who we are at the future and MORE then that ♥ ♥ ♥
soo, make sure cintai lah orang yang sebetulnya. pilih yang layak mencintai kita sahaja. kenapa perlu kita pandai memilih buah yang terbaik tapi bila part kita memilih pasangan kita fail. kann? jadi kepada yang sedang memilih pasangan tuh fikir lah sebaik yang mungkin sebelum memilih seseorang sebagai pasangan dia yeah.:)



No comments:
Post a Comment