Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Friday, August 12, 2011

Camera Obsess :)


"Okay wak, kiri sikit... ehh kanan sikit wak... hah okay okay.. pose eh poseee. senyummmm "

Hah, sesuatu gitu dia punya TAJUK tauuuuuu. okay guys, nilah hobi aku dari aku kecik sampai lah aku dah tua bangka ni. Aku mempunyai minat yang mendalam terhadap CAMERA, tak kisah auto atau manual. tapi aku lagi suka pakai manual. baru gempakkk, gambar pon LEBIH cantik. huhuhu. Aku sedar hobi aku ni masa umur aku 16 tahun bila aku mula mintak ayah aku belikan camera. hahaha. masa tuh ayah aku belikan lah, tapi dia belikan camera HOLGA hitam. aku ingat lagi. tapi masa tuh apa barang holga-holga ni kan? ap nak kisah sangat. kan? bagi aku masa tuh memang cikai gila lah holga ni. paling best DSLR. So, masa birthday aku yang ke 19 mak dan ayah aku hadiahkan aku DSLR yang terbaik punya. my baby nikon tuh lah heeee :D

Mungkin bagi sesetengah orang ala apa ada hal dengan gambar-gambar bodoh tuh. ehhh hellooooo! bagi aku setiap gambar ada jalan ceritanya OKAY! entah, aku hargai gila-gila setiap gambar yang di ambil. bagi aku, gambar ni unik, bayangkan dengan sekeping gambar dia boleh mainkan emosi seseorang contoh gelak, menangis, marah dan sebagainya. tak ke pelik? Okay, secara jujurnya aku simpan semua gambar-gambar lama aku walaupun gambar-gambar dengan ex! ialah, itu jelah yang tinggal kenangan. kannn?

Korang pernah tengok lagenda budak setan? hahhhh, farid kamil tu lah aku. KIOH KIOH KIOH :D betulllll, hah tak caya tanya lah orang yang pernah rapat dengan aku. bagi aku setiap moment yang terjadi aku mesti nak tangkap gambar. sebab aku tak nak lupakan kenangan tuh. then gambar-gambar tuh aku akan simpan sebaik yang mungkin.

Orang tua-tua cakap seseorang yang minatnya mendalam dalam bidang photography ni selalunya orang nya adalah jenis seorang yang "sentimental value" dan dia seorang yang setia. wah wah :$ gitu katanyaaaa. dan ada jugak yang kata orangnya jenis yang romantik, sebab dia akan ingat setiap moment yang terjadi. buktinya sedangkan gambar pon dia simpan dengan baik apatah lagi kalau kisah-kisah penting untuk dia. kannn?

Hahaha, macam-macam lah kata orang-orang tua nih, sejauh mana kebenarannya engak tau lah. korang je dapat melihat, aku tak dapat sebab itu adalah diri aku. aku tak nampak, huhuhu. apa pon memang tanggan aku boleh pakinson kalau sebulan tak pegang camera, percayalah.

Kalau manusia boleh berkahwin dengan harta benda dia , tentu-tentu camera lah akan jadi watak utama dalam percintaan aku kah kah kah :D okay, sekarang ni aku sedang mengejar lomo dan Polaroid, aku akan pastikan aku akan dapat camera ni sebelum aku ke bali. :) heeeee. mudah-mudahan tuhan lancarkan lah segala angan-angan aku ni yeah. hihihi. errrm,


pstttt, 
sebenarnya kan nak tambah lagi satu wey SLR . 
erm, tapi yang ni memang susah gila nak dapat. sooo aku pelan-pelan kayuh kejar lomo & Polaroid dulu. 

2 comments:

GadisAntik said...

yg ckp gambar2 bodoh tu tak ade tangan seni cam kite. kiki.. ;p

Lany Azman said...

betul tuh syue-syue. kita tak suka bila orang cakap "alaa gambar je tuh" eee, geram gila kalau orang cakap mcm tuh.

bagi org seni mcm kita gambar lah menceritakan segalanya kan? haish apelah org2 mcm tuh sabar jelahhh ~.~"