Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Monday, July 4, 2011

btw i miss you too :'!


Dear kamu SI SELUAR TIGA SUKU,
yuppppp....
apa dah jadi ni? katanya past is past, tapi kenapa kau muncul semula?
kenapa kau mula bermain-main kat kepala aku?
hmmmmmm semua sebab RINDU!
fcuk babi rinduuuu! aku tak rindukan kau! waaaaaa! :'( hukhukhuk
aku tau kenapa kau muncul....
sebab bulan julai kan? macam macam kenangan kita kat bulan julai.... hmmmm
ingat lagi tak 2 kali julai kau ada kat rumah aku ?...
satu family aku akan sambut birthday kau...
walaupun kecil-kecilan tapi cukup seronok kan?
aku ingat lagi birthday pertama kau kat rumah aku.
fara, sarah, nadia sepupu aku semua ada kat rumah aku sambut birthday kau..
ingat lagi tak kau menangis terharu bila dady siap bacakan doa sebelum pemotongan kek..
aku ingat lagi kata-kata kau "abang terharu gila bila dady doakan tok abang"
dan kau pernah cakap "inilah birthday party abang yang tak akan abang lupakan sampai bila-bila ni janji abang kat ayang".
dulu aku selalu balik kl walaupon belajar jauh nun kat kuantan..
sebab semata-mata aku nak jumpa kau...
aku ingat lagi setiap malam minggu bila ada perlawanan bola sepak aku mesti akan temankan kau ke kedai mamak...
kita berdua dengan hanya berpakaian sempoi t-shirt and seluar pendek dan seleper ja dok lalu kat tepi lorong gelap.
bapak semangat kan kita dua masa tuh. ahaha
aku ingat lagi kalau lalu kat kawasan tuh aku mesti akan peluk tangan kau sambil tuh tangan aku kat perut kau. huhu saja sebab nak ambik kesempatan masa tuh ~.~ huhu kau kan tau aku suka main perut buncit kat masa tuh .
sampai je kedai mamak aku mesti akan oder chocolate blended  dan kau teh tarik dengan ais kosong..
masa kau sibuk tengok bola aku lak sibuk dok layan chocolate blended...
kau suka minum lambat-lambat sebab kau cakap "ni lah style layan mamak"
aku selalu marah kau sebab suka minum lambat-lambat kadang-kadang air tuh sampai sejuk.
kau ingat lagi tak kita suka pergi ber camping kat air terjun kan?
kau tak tahan sejuk.. kau selalu je dok atas batu dan aku lak selalu je dalam air..
then kau dengan dady dok baring dalam khemak dan aku dengan mamy lak dok masak kan untuk korang semua
kau ingat tak masa raya... raya kedua kau raya rumah aku. mak kau perli kau "ialah orang tuh raya rumah bini kat kl" huhu .
ingat lagi masa kau nak balik kedah aku mesti buat kek untuk diorang..
adik kau yang suka panggil aku ana rafali tuh pon suka makan kek aku..
dia selalu paw kau suh aku buat kan kek lagi untk diorang.
(*apa khabar diorang ye, sihat ke kak yan, muhaimin- mesti dah pandai jalan dan cakap. btw mesti dia makin comel kan?, ayie yang suka mengusik kita berdua. yang sikit-sikit coment gambaq orang je kerjanya, haris yang serba pelik tuh. cik jaafar yang suka menyakat cik normah tuh. ahah, diorang semua baik baik.. aku rindukan diorang)
ingat lagi tak masa kita carik kan baju muhaimin. haha lawak, satu shooping complex kita carik, yang kelakar baju yang nak di beli kena besar sebab dia kan mat kental. huhu.
masa dengan kau dulu aku selalu temankan kau shopping...
antara kau dengan aku kau suka gila shooping baju. ingat lagu gadoh pon sebab lambat sangat nak pilih baju ahah.
kau suka belanja aku beli baju... dan tudung.
sumpah tak kan lupa! kau sibuk nak belikan sweater nichi yang harga RM299 warna merah yang ala-ala yuna tuh. kau sanggup belikan aku tapi aku tak nak sebab aku kesian kat kau.. banyak lagi benda penting kau boleh belikan..
hmmm aku rindu gila bila kau dukung aku.
ingat tak kita berdua suka gila main dukung dukung.
aku akan buat buat macam tak larat malas nak jalan then kau akan tarik tangan aku letak kat bahu kau then kau akan dukung aku...
MHJ,
aku tak boleh lupa tentang "DIN PASAR dan ADE BAYO" ...
sumpah masa tuh kau suka panggil aku "ANAK DIN PASARRRRR" siot je ~.~
masa kita manja .. sumpah kita sangat manja... masa kita gadoh tuhan je tahu macam mana..
kau ingat lagi tak kita bergaduh kat petaling street ? teruk gila kan?
sampai cina gangster standby takut kau pukul aku masa tuh ingat tak?
kau maki aku aku maki kau.... bertarik-tarik baju kita masa tuh...
tangan jangan cakap.. naik gak lah sampai menolak-nolak...
then pergaduhan kita kat dalam rumah.. hmmmm
menjerit-jerit kita berdua. macam suami isteri bergaduh baling pinggan..
aku ingat lagi kau pernah kepak kan tangan aku yang tengah bengkak then kau tolak aku..
pastu kau terus mintak maaf gila-gila sebab kau dah guna kekerasan kat aku.
tapi aku tak nak cakap pape dengan kau aku tolak kau dan aku terus naik masuk dalam bilik...
kau menangis sepanjang hari...
kau menyesal apa yang kau dah buat kat aku... esoknya kau makan sorang-sorang kat dapur..
aku lak tengok tv kat depan.. aku just angap kau tak wujud...
then aku terdengar suara kau menangis...
mamy cakap "lany.. aneep tengah sedih tuh.. pujuk lah dia kesian dia" then aku pon pergi kat kau
aku tengok mata kau merah... pipi kau basah...
aku terus tarik tangan kau and cium dan aku mintak maaf sangat sebab buat kau..
aku turunkan ego aku demi kau aneep... masa tuh tuhan je tahu bertapa sayang nya aku kat kau.
walaupun kau guna kekerasan kat aku..
tapi akhirnya aku sendiri yang tunduk dengan kau.
aku cuba paham kan keadaan kau sebab masa tuh kau tengah marah sangat.
hmmmm, kita bergaduh memang teruk kan? semua orang takut tengok kita bergadoh.
semua sebab kita dua-dua keras kepala dan EGO.
kau atau aku memang dua-dua tak nak mengalah...
kita selalu fikir kita je betul takde siapa yang salah..
dan akhirnya sebab ke egoan kita lah hubungan kita jadi macam ni kan.
aku tau masa hari raya tuh kau call mak aku dan kau menangis kau sedih sangat dengan apa dah jadi
kau cakap kau tak boleh lupakan aku.. tapi inilah yang terbaik untuk kita berdua...
aku kecewa gila masa dapat tau kau dah berpunya sebenarnya masa tuh
hati aku luruh gila... berbulan aku cuba lupakan kau.
memang susah aku tak nafikan... aku pejam mata aku ingat kau..
aku tengok kiri kanan aku nampak kau..
tapi aku kena kuat. untuk apa aku menangis sedangkan kau tengah seronok...
hmmm aku tau kadang-kadang kau mesti teringat kan kat aku..
macam tuh jugak aku...
masa sebelum aku bersama dengan hafiz...
aku pernah cakap dengan dia.. aku rindu gila-gila kat kau tuhan je tahu macam mana rindu aku kat kau..
dia selalu suruh aku msg kau...
tapi aku cakap aku tak boleh.. sebab kau bukan milik aku lagi.. dan aku ingat kata-kata kau "andai satu hari nanti kita dah tak bersama, abang tak nak simpan ayang sebab abang tak sanggup nak tengok ayang jadi milik orang dan abang tak sanggup sebab abang takut abang lemah"
sooo aku decide untuk pendam sendiri.
aku pernah menangis kat hafiz. aku cakap alangkah indahnya andai satu hari nanti aku terima satu saja msg dari kau kata "hey" je pun cukup lah..tapi aku tau benda ni tak kan jadi kenyataan sampai aku mati sekali pun.
berbulan kau menyepi.. kini kau kembali...
hmmm maaf kan aku...
aku memang rindukan kau tapi kita tak boleh merindui sesama sendiri lagi.
sebab kini kau milik dia dan aku milik hafiz,
hiduplah kita berdua dengan aman dan damai dengan pasangan masing masing...
jadikan kenangan kita berdua sebagai pengajaran...
aku tumpang gembira lihat hubungan kau dengan dia.
cepat-cepat lah kahwin... aku doakan korang berdua berkekalan sampai akhir hayat.. dan biar maut sahaja dapat memisah kan korang berdua.- aminnnnn :)
kisah kita lupakan sahaja yeah... antara kau dan aku dah tak ada apa..
dan aku harap lepas ni kita dah tak saling mengingati.

btw aku nak wish kan awal-awal happy feature birthday. jaga diri anda baik baik dan kekasih anda, jangan ulangi kesilapan yang sama. hargailah dia sepenuhnya ~.~


misi 2012 kita. tapi misi kita gagal :(
muka gedik ni lah yang selalu menyakitkan hati kau. ingat takkkk?



Hanya dalam kenangan..FULLSTOP! 
-ending-

2 comments:

Unknown said...

LANY NAK HADIAH!!!!! BIRTDAY AKU LEBIH AWL DR DIA JGN LUPE...HEHEHE...NK HADIAH YANG BESAR PUNYE TAU

Lany Azman said...

:)