err, kenapa aku masuk kan gambar ni?? err, m o t i f f ? tak tahu! tapi macam tetiba aku rindukan zaman dan moment ni sangat! tetiba aku rasa macam GILA CEPAT masa berlalu. sekelip mata ja! haishhh, zaman ni lah zaman kegemilangan aku babe, aku dulu rapat dengan ieff ni SANGAT RAPAT. banyak gila gambar aku dengan dia ni. ishh tak terkata lah banyak dia. semua sebab dia lah "RAKAN GAMBAR" aku. kami suka tangkap gambar bersama. mana taknya dia first tangkap gambar dengan aku. MALU-MALU bebagai. cheyyyy! sekali dia yang lebih lebih dari aku *Siot ar you ieff! * ahaha. dia ni nampak je kasar nak mampos tapi haish lembut hati babe~. errr, dah kenapa lak aku cita pasal iftitah ni? ohh dah alang-alang teruskan jelah kan? ahah. okay. sekarang ni jom kita twist kan the story jom kita cerita lak pasal ieff. jom kita cerita secara ringkas.1) dia sangat manja, mengada ngada tahap nak hempuk dengan pasu bunga.
2) dia seorang yang jenis panas baran. dia kalau dengan aku bergaduh memang nak terbalik lah asrama kami. aku panas dia panas so memang tungang langang lah bilik kami dulu-dulu.
3) dia sama bintang dengan aku DECEMBER GIRL. wink wink :)
4) dia seorang pecinta yang sangat S E T I A. jujur lah ye, huntung sapa jadi awek dia. okay secara jujur aku cemburu! ops! tak pasal ahaha. maaf ieff gurau saja :)
5) dia sangat suka kan benda benda yang melibatkan DESIGN. baguss~ ikut langkah aku :)
6) dia sangat kecil dan cute. kalau dia dengan HAFIZ AFANDI aku rasa memang dah boleh kata kembar dah. bahah!
7) aku tak kan lupa sampai bila-bila. tiap tiap malam dia akan menghabiskan masa dia kat almari dia semata-mata meng list kan semua barang-barang yang dia beli satu hari tuh. sebab dia ni pelupa. 8) secara jujurnya dulu aku merokok dia pon. so nak di jadikan cerita masa tuh ada spot check so aku dengan dia cepat-cepat patah patahkan rokok kitaorng dan buang kat atas atap asrama. SUMPAH TAK AKAN LUPA!
9) kami pernah berbaby-baby gitu. masa tuh sem 2 biasalah takde kerja. sampai orang semua macam WHAT THE HELL lah korang ni. bahah! then kami berpimpin tangan kat public saja je nak buat gimik bangang!
10) senang cerita dia ni RAKAN NAKAL aku lah. banyak benda nakal aku buat dengan dia. errr, sampaikan kami pergi gig keroncong, mandi laut, tido hotel. wwwwuuuu! dan bla bla bla :) *ajar dia isap shisha sekali
11) dia cukup marah bila aku cakap aku nak couple dengan pengkid sebab aku kecewa dengan aneep. then dia selalu kata J A N G A N kau nak berani couple dengan minah tuh (dengan muka garang) bhaha!
12) dia selalu jaga keselamatan aku dulu. dia akan lindungi aku apa sahaja keadaan walaupon nanti dia yang akan kena tempiasnya.
untuk ieff: weyh you, sumpah i rindukan you! tapi kini you dah ada gf, tempat i dah diganti. dulu you janji hidup mati you untuk i. tapi sekarang... janji tinggal janji jer kan? errr. apa semua ni? i rindu kan ieff yang dulu. bahah! sumpah nak MAMPOS aku ni! dapat kat liyana pasu bunga dia baling kang kat aku, err maaf lagi ieff! gurau sahaja :) rasa tak sabar gila nak jumpa dia nanti. sebab kami nak bertangkap gambar bersama nanti (APA PUNYA AYAT) errr, okay lah ieff. hope kau sihat selalu yeah. rindukan sem 1 dan 2 dulu. dan rindu mahu MENAKAL KAN DIRI ni.
p/s: aku dah mula tak rapat dengan dia sejak aku couple dengan an**p BUKAN NAMA SEBENAR. semua sebab cemburu. then sejak tuh kami pon terus macam rengang then oh yeeee! lupa lak, kami ada bergaduh besar gak sebab benda bodoh. huhu semua sebab SENTAP hati mak nak. hoho. then sem 5 baru lah kita rapat balik tapi dah tak serapat dulu. apa pon sory my december gurl! you will always be my bestdecember girl. selamat semuanya kawan!


No comments:
Post a Comment