Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Sunday, February 13, 2011

valentine itu HARAM siot!

14 febuari- tarikh ni memang sinonim sangat dengan hari yang BERKASIH SAYANG. aduyai, kedai-kedai bunga semua memang laku lah kan jangan di tanya lah berapa sekuntum bunga. kan? elok-elok sekuntum ros merah RM5 naik ke RM 15. Biasalah tu orang dah kemaruk cinta sanggup je nak beli kan tok pasangan dia. kalau keluar g mana-mana lak kita dapat lah lihat B E L A M B A K pasangan berjalan, bermanja, bergedik sakan! huhhh, nyampah mak!,. .

okay, tahu tak korang semua sebenarnya sambutan hari kekasih adalah H A R A M di sisi islam!. masih ada yang ingkar dengan benda ni, mereka kata hari kekasih adalah hari yang penuh dengan kasih sayang dan bebagai. "kenapa mesti haram kenapa mesti kita tak boleh sambut. bukannya buat apa pon cuma bagi-bagi bunga ja!" haishhhh, kurang didikan agama atau apakah kamu? hurmhhh, salah seorang dua artis malaysia juga ada berkata bergitu sampaikan dia sendiri post kat TWITTER dia bertanya mengapa yang menunjukan seolah-olah dia masih tidak mempercayainya. then bila orang ramai terangkan dia mengapa barulah dia paham mengapa.

so aku nak berkongsi sikit lah dengan korang semua antara fakta yang MENARIK tentang hari kekasih ni.

1) hari valentine sebenarnya adalah hari kejatuhan orang islam yang terburuk di dunia. ini berlaku apabila "mereka" cuba menghasut semua orang islam agar menuntut agama kristian dengan menggunakan senjata CINTA .

2) perayaan hari kekasih ini sebenarnya bermula dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

3) mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. kejadiaan ini berlaku satu masa dahulu. St. valentine telah di hukum bunuh kerana beberapa kesalahan yang di lakukan. St. valentine adalah seorang penganut kristian, ketika dia di penjara dia telah menyebarkan agama kristian kepada semua banduan yang ada dan menyebarkan tentang C I N T A. sebelum kematiannya, ada yang berkata dia telah jatuh cinta dengan seseorang nih dan dia hanya menulis sekeping surat untuk kekasinya dengan ayat "from your valentine". Sejak itu semua orang kristian berasa sangat sedih dan mula mencipta 14 febuari (tarikh kematian St. Valentine ) sebagai tarikh untuk hari kekasih.

4) ada juga yang berkata, St. valentine menghalalkan semua perkhawinan HARAM untuk orang-orang muda yang nak berkhawin sebab itulah dia di jatuhkan hukuman sebab cuba menentang polisi rom!

p/s: jadi korang sebagai islam korang pikir lah sendiri. adakah kita agama KRISTIAN untuk menyambut perayaan ini?. Bagi islam, hari kekasih adalah setiap hari (yang cara halal) tiada istilah HARI KEKASIH yang tibul dalam al-quran. sesungguhnya ia lebih mendekatkan kita dengan maksiat. jadi renung-renungkan ;)

No comments: