Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Tuesday, December 28, 2010

Eh saya buat ini demi SAHABAT saya je :D


Okay tadi ada orang sibuk nak carikan jodoh untuk aku. banyak kali aku cakap kan JANGAN JANGAN JANGANMyEm0.Com then dia cakap alaa try je lany, then dia suh aku masuk kan 10 pekara tentang aku supaya "orang itu" dapat baca. Okay lah nak tak nak aku kena gak jaga hati kawan kan? so aku pon kata okay jelah. errrr MyEm0.Com Okay lah so aku pilih nak masuk kan 10 pekara tentang aku yang selalu membuat kan si SUPER EX BF aku marah. Sebab aku rasa tak perlu kot dia tahu kebaikan aku sangat. benda YANG PENTING ialah dia tahu PEKARA BURUK MyEm0.Com tentang aku dahulu kan?

10 pekara buruk tentang aku.

1) Aku seorang yang panas baran. Aku cepat melenting sana sini sikit orangnya TETAPI hanya bila ORANG KACAU aku. tapi kalau ko tak kacau aku baik je orangnya *wink-wink

2) Aku seorang yang kasar. Bahasa yang aku gunakan selalunya menyakitkan hati KEKASIH TETAPI aku tak bermaksud pon nak sakitkan hati diorang. Diorang kena paham aku kan budak KOLUMPO so memang kasar. Ya lah mana ada budak KL lembut doh. Kalau kau lemau je orangnya gerenti kau akan di buli di KL. Helloooo ini KL bukannya perkampongan okay so sebab tuh aku lagi prefer dengan lelaki yang KASAR macam aku jugak

3) Aku ni jenis Lasak sana sini. Sama jugak lah dengan mulut aku ni. WARTAWAN kata kan? so perkataan demi perkataan akan keluar dari mulut so seriously lelaki akan cakap "Aku kalah dengan kau sebab kau pandai bercakap". TETAPI kalau kau nak tahu aku tipu kau atau tak senang je tengok cara aku jawab. Kalau aku kelu-kelan maknanya aku tipu atau ada lah buat salah but bila aku jawab dan jawab dan jawab sampai buat kau kelu dan sebagainya itu bermakna aku sedang BERCAKAP BENAR sebab aku segigihnya nak kuatkan fakta-fakta aku.

4) Aku seorang yang tak suka di kong-kong. TETAPI bila aku mula menyerahkan diri untuk di kong-kong itu bermakna aku cinta mati pada kau so pada masa itu segala arahan kau aku akan ikut Malangnya hanya seorang sahaja mampu mengawal aku so pikir sendiri

5) Aku susah nak jatuh cinta, Mengganti cinta, dan Mencari cinta . So aku agak berlagak sikit lah, aku akan acuh tak acuh je nak layan kau lelaki sebab aku takut dan takut kau akan jatuh cinta kat aku pada masa tuh. TETAPI tak bermakna aku terus benci korang semua okay

6) Aku seorang yang Ramai kawan LELAKI. Semua ini sebab kekasaran yang aku ada. diorang cakap aku lasak dan senang di buat kawan. TETAPI diorang tuh bukan suka pon kat aku so kalau kau BF aku tolong lah wey jangan CEMBURU BUTA sebab bila aku anggap orang tu kawan maka dia lah kawan aku.

7) Aku seorang yang workaholic yang TERAMAT! seriously masa aku tengah buat kerja jangan kacau aku sebab masa itu lah masa yang senang untuk di maki. Mana taknya aku ni jenis sorang yang cuba dapatkan hasil yang Baik punyaaa (versi zizan Raja Lawak). masa tuh lah kau akan nampak dan bersyakwasangka aku ni ada lelaki lain sebab aku boleh tak contact kau sehari suntuk hanya nak siapkan kerja TETAPI korang tak tahu sambil aku buat kerja aku pikir pasal korang aku takut sangat masa tuh korang semua akan ambik kesempatan dengan pergi mengatal.

8) Aku seorang yang FOBIA PERSON. Banyak benda aku fobia termasuk fobia bercinta. Okay ini AMARAN KERAS. aku hanya akan bukak kan pintu hati aku hanya SEKALI je untuk someone. TETAPI sekali kau dah tipu aku hancurkan hati aku HARAPAN BESAR untuk aku nak sayang-sayang kau lagi. Jangan cakap sayang-sayang malah nak hello pon Jangan Harap babe!

9) Aku kaki maki punya orang. Nampak macam teruk kan? Tapi maki aku pon setakat b*d*h, b*ng*ng dan sebagainya TETAPI kalau di KL benda tuh ayat ayat yang biasa sahaja. Cuma kalau orang yang luar KL tak biasa dia akan cakap aku kaki maki punya perempuan, Perangai teruk sedangkan diorang tak tau di KL ini semua ringan-ringan ja.

10) Aku seorang yang sangat manja. Bukan manja gedik okay! tapi aku mengharap satu hubungan tuh akrab macam sebuah keluarga. Aku harapkan kalau kau BF aku pastikan kau juga boleh menjadi kawan baik aku, adik beradik aku, sedara mara aku dan ABANG aku!dan itulah yang membuatkan aku akan HORMAT kau lebih. TETAPI bila kita putus aku akan harapkan hubungan kita masih kekal macam adik beradik, tapi kalau kau tinggalkan aku terus keseorangan itu yang membuatkan MASALAH BESAR untuk diri aku.

p/s: Kalau kau rasa kau tak
Publish Post
boleh tahan dengan semua ni aku nasihatkan kat ko tolong jangan dekati aku sebab aku taku sangat terjatuh cinta dengan kau so jangan dekati aku ya

No comments: