Masa aku tengah duduk-duduk dengan family aku sekali aku teringat k e p el i k a n perangai mak aku sejak aku kecik sampai besar yang tak pernah berubah tuh. Aku sendiri tak tau kenapa dia selalu memelikkan diri dia. Tapi apa yang aku tau semua yang dia buat bermotif dan ada udang di sebalik mee goreng. Yum Yum Yum macam lapar lak :) So, aku saja nak share sikit dengan korang pasal ni. Harap korang semua tak salah anggap sebab niat aku hanya untuk berkongsi KEPELIKAN perangai mak aku yang korang semua pasti tak akan tahu. tapi, kalau ada jugak mulut nak cakap "Eleh, nak menunjuk lah tu" atau "Alah, saja nak berlagak lah tu". so nasib korang lah. janji aku dah kata awal-awal. niat aku hanya untuk B E R K O N G S I sahaja!
5 benda menarik tentang mak aku.
1) mak aku seorang penulis buat pengetahuan korang yer. Tapi bukan penulis novel jalanan. Dia seorang penulis buku fak
ta dan kamus di Dewan Bahasa dan Pustaka selama 25 tahun. dan sebelum tu dia adalah seorang penulis kamus di sebuah syarikat swasta. Jadi bahasa harian di gunakan di dalam rumah pon jadi BAKU hanya kerana kerjaya dia so benda ni effect gak lah kat aku. ahaha so jangan kau gelak kalau aku tetiba tanya "Eh, kenapa dia BERLARI?" bukannya "kenapa dia LARI ?". hihi. Sendiri mau ingat lah eh .
Moral: Dia mendidik aku dengan menggunakan bahasa yang betul walaupon secara tak langsung.
2) Jangan lah korang tanya aku apa jawatan mak aku kat dalam Dewan Bahasa tuh gerenti aku tak boleh jawab! Dari aku sekolah sampai dah nak kerja ni dia tak pernah bagi tahu aku apa jawatan dia kat DBP. Serious ok. Tapi korang pikir sendiri lah apa jawatan dia kalau dah 25 tahun kerja kat DBP tuh kan. Sedangkan nak jadi editor pon ambik masa 10 tahun je untuk jadi editor ni kan mak aku. Pergh! bapak editor mungkin! kan? errr patut lah selama ni karangan aku dia tak suka baca. Dia cakap karangan aku terlampau ringan dan kekanak-kanakan. errr chis!
Moral: Dia tak nak aku bangga dengan jawatan dia semata-mata dan dia tak suka dengar kalau aku cakap "Mak aku orang besar kat DBP"atau "Mak aku pengarah kat sana"sebab bagi dia yang berjaya diri dia bukan aku so takde benda yang harus aku bangga kan
. 3) Gaji dia memang dia akan rahsia kan daripada aku. ntah kenapa lah. hurmhh, masa aku kat college dulu masa buat pinjaman PTPTN dia sanggup jumpa cik PTPTN college kami kat kl semata-mata nak hantar slip gaji dia je. Oh mak berjuta sangat ke gaji you sampai you selalu rahsiakan daripada i? errr, Kekadang malu gak bila orang lain semua dok sebut gaji mak ayah dia dan aku ni hanya diam kan diri bila cakap pasal gaji. sebab SERIOUSLY aku memang tak tau langsung pasal gaji dia dari kecik sampai sekarang.
Moral: Dia tak nak mewahkan aku dengan asyik pikir pasal duit dia, duit bapak aku, dan duit family. Dia nak aku rasa susah dan tidak bangga kan dengan gaji semata-mata dan yang penting TAK NAK AKU HABIS KAN DUIT DIA ahaha
4) Dia selalu akan elak kan diri untuk menjawab segala pertanyaan aku pasal apa
-apa yang aku tak tau contohnya "Mamy, what is CREPERS?." then dengan selambek dia jawab "Ntah lah lany, i dah lupa." ggrrrr! tak menyakitkan hati ke? huhu. Sedangkan benda tu simple je. dia se jenis lempeng. huh! So aku malas nak tanya dia pape lagi dah.
Moral: Dia buat macam ni sebab dia nak suruh aku bukak kamus sendiri dan ingat sendiri maksud tuh. Jangan nak bergantung dengan orang jer kadang-kadang usaha kita sendiri lebih berbaloi dari hanya harapkan orang sahaja.
5) Kau ajak lah mak aku pergi mana-mana sekali pon. Baik ke indonesia hingga ke dunia eropah. dia memang tak kan teringin nak pergi. Kalau aku ajak pon "Mak jom tahun depan kita bercuti pergi paris lak, Lany teringin nak pergi sana mak" then dengan selamber dia akan jawab. "Lany pergi lah sendiri nanti eh, mak dah bosan lah semua tuh mak nak duduk rumah je" Oh keadaan ni memang akan buatkan aku sedih sebab dia memang tak suka pergi jalan-jalan luar negara sebab dia dah banyak gila habis kan masa kat sana masa dia muda dulu.
Moral: Dia nak duduk rumah sebab nak habiskan masa beribadat kat rumah dan nak cover balik semua dosa-dosa lama dia dengan menguatkan lagi iman dia dengan beribadat.
P/s: apa pon mak aku yang terbaik lah. sebab kepelikan dia ni selalu membuat aku jadi yang TERBAIK. Dia tak akan lupa untuk ingat kan aku dalam dunia ni kita perlu susah-susah dahulu dan senang-senang kemudian dan dia kekuatan aku :) sayang mamy selalu.<3
No comments:
Post a Comment