i wish that i can share my happiness with you. Wish it so much.
Kan best kalau abang boleh tengok saya berjaya
Kan best kalau abang dapat rasa bertapa gembirannya hati saya
Kan best kalau abang boleh tengok saya meningkat dewasa
Kan best kalau abang sudi mendegar kegembiraan saya
tapi saya tahu, semuanya mimpi sahaja. Saya telampau gembira dengan berita WARTAWAN LATIHAN TV3 sampai saya rasa saya nak call abang atau msg abang nak mintak restu daripada abang. TAPI, saya takut sangat. takut nak hubungi abang, saya takut kehadiran saya memporak perandakan hubungan abang dengan si dia yang tengah asyik dilambung asmara, saya takut abang dah tak ingat saya langsung. Malahan saya takut untuk berdepan dengan abang. Takpalah saya hanya cakap dekat sini sahaja.
"Abang saya, saya dah lama maaf kan abang, walaupon saya kata saya bencikan abang tapi saya sebenarnya cinta kan abang tersangat-sangatnya. saya nak mintak restu daripada abang, tolong halalkan makan minum saya dan terima kasih kerana ajar saya makna cinta. sekarang saya dah besar panjang. badan pon membesar dan membesar. kan? ahah. Abang, sekarang saya dah mula bekerja. saya ingat lagi kata-kata abang, abang nak sangat tengok saya membesar kan? sekarang saya dah meningkat ke satu level, saya dah mulakan kerjaya. saya tak kan lupa ingat kan abang detik saya semakin membesar ni. Apapon kisah PAHIT kita dah lama saya buang sekarang ni saya dah 20 tahun dan saya dah bukak buku baru. saya buangkan yang keruh saya ambil yang jernih. tak ada dendam antara kita. Assalammualaikum".
No comments:
Post a Comment