okay aku nak share sikit lah beberapa soalan PELIK yang sering ditanya kat aku ni sejak aku bergelar s i n g l e ;)
1. Cube cerita sikit apa dah jadi dengan hubungan kau dan dia?
Ntah la senang cerita salah aku je semuanya dari A-Z FULLSTOP!!
2. Kau masih sayangkan dia lagi tak? banyak mana sayang kau kat dia ye?
Yup. aku masih sayang kan dia even aku dah tua aku tak pernah terlupa untuk sayang kan dia
3. Kenapa sampai macam tuh sekali?
Sebab dia cinta PERTAMA aku.
4. So kau ada tak cuba mintak maaf dengan dia dan cuba nak berbaik? takder initiative ke ?
Ntah la, tapi aku dah mintak maaf kat dia n cuba nak berbaik. tapi takde respon. hampir sebulan lebih aku tunggu dia tapi dia hanya DIAM.
5. Tanpa khabar berita? kau tak try carik ke or tanya kawan-kawan dia?
yup! kawan-kawan? ada. tapi.. hurmh aku maybe hanya menganggu kawan-kawan dia je so better aku dok diam-diam kat sini.
6. Kau rasa kau boleh hidup tanpa dia? kenapa?
Tak boleh. sebab dia nyawa aku tapi, aku bangkit balik ni pon dengan semangat dia.
7. Dia dah ada pengganti? siapa? budak mana? kau kenal ke?
Dah. dia dah ada pengganti. Siapa? aku pon tak kenal yang aku tau dia dah ada GF baru.
8. Macam mana kau tahu dia dah ada pengganti dan apa respon kau?
Sebab GF dia massage aku sendiri cakap ni gf dia. Respon aku? berzikir. tapi aku sedih bila kawan-kawan aku lak yang menangiskan untuk aku. sebab diorg cakap kalau diorang jadi aku dah lama diorang jadi gila.
9. Berzikir? kenapa kau berzikir?
Aku redha sesangatnya. Lagi pon aku boleh cakap apa lagi kan? benda dah terjadi.
10. Kau tak nak carik penganti macam dia ?
Tak. Tak terlintas. Aku masih pegang pada janji aku pada dia. dialah cinta pertama dan terakhir aku.
11. Kau rindukan dia?
hanya allah je tahu.
12. Kau selalu terbayang kan dia tak tiap-tiap malam?
jangan kata malam bangun subuh pon aku mesti akan menangis sebab rindukan dia
13. Kau rasa dia rindu kat kau tak?
Tak! tentu nya tak, sebab aku tahu dia adalah seorang yang setia dengan kekasihnya sekali dia cinta perempuan tu dia tak kan hiraukan perempuan lain dah walaupon perempuan tu banyak kekurangan.
14. Mana kau tahu?
Dia lah abang dan sahabat aku. aku kenal dia.
15. Kau rasa hubungan kau masih ada jodoh?
tak. sebab dia dah cakap yang jangan harap pape lagi dah dengan dia sebab dia tengah bahagia gila dengan gf dia.
16. Benda yang kau terkilan sangat sebab tak sempat nak tunjuk dia?
video kami. Aku pernah janji kat dia yang aku nak buat video kisah kita berdua. dan dia tak sabar nak tengok. sekali tak kesampaian
17. Kau rasa kau bahagia tak sekarang?
Allah sahaja tahu apa yang aku rasa hari-hari.
18. Kalau di beri peluang nak kau cakap dengan dia, apa yang kau nak ucapkan?
hye abang ;)
19. Apa yang membuatkan kau SANGAT kecewa dengan hubungan ni?
Aku tak kisah kehilangan bf tapi aku sangat sedih bila aku kehilangan dia sebagai abang dan sahabat. Sebab kami pernah bersumpah andai kata satu hari nanti kami berpisah dia akan tetap menjadi abang aku dan aku adik dia sehingga nafas kami yang terakhir. Tapi kini.... ;'(
20. Ucapan kau kat dia ?
Allhamdulillah jika ini balasan yang kau beri pada keluarga kami. Kami sayang kat kamu. oh ye lagi satu, aku tak pernah ganggu kawan-kawan kau. salah ke aku nak tau sama ada abang aku selamat atau tidak kat kedah masa banjir tu?. tau tak mamy and dady tak putus berdoa tuk kau. dan tergamaknya kau boleh cakap aku ganggu kawan-kawan kau? dan aku masih terkilan dengan sms dari gf kau sejujurnya tapi aku sedar sapa diri aku dan aku percaya ALLAH ITU WUJUD dan MENGETAHUI segalanya. dan air mata aku tak kan pernah berhenti mengalir setiap subuh. Cintaku sehingga menutup mata. dan aku pegang dengan janji-janji kita dulu tentang 2 pekara jika kita berpisah.
No comments:
Post a Comment