Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Tuesday, December 6, 2011

NASIHAT SEORANG IBU



uoalls, mak gua ada nasihat kan gua ,


MAMY : Tuhan mencipta lelaki untuk membimbing seorang wanita, tetapi dalam masa yang sama, tuhan mencipta wanita, bukan untuk membimbing lelaki. kerana bukan tanggungjawab seorang wanita untuk membimbing seorang lelaki. so, kalau nak mencari pasangan, carilah seseorang yang mampu membimbing kita dengan cara nya yang tersendiri, takperlu guna kekerasan, tetapi menggunakan ketegasan. tak perlu naik suara, tengking maki dan sebagainya. tetapi cukup dengan menggunakan kasih sayang sahaja. -- ITULAH LELAKI SEJATI


So, pas ni, semua pastikan cari lelaki yang boleh membimbing kita semua yeah! :) ohhh yeah, seriously betul kata mak gua, gua pernah ada relation dengan someone yang gua TERPAKSA bimbing dia. walaupon dalam keadaan yang terluka, berdarah, sedih, gua teruskan membimbing dia, sampai lah satu tahap gua sendiri dah tak boleh nak handle benda ni semua. gua marah and gua mula memberontak, dan akhirnya hubungan kami tak lama.

Then masa si dia dah mulakan relationshit dengan seorang perempuan, baru lah dia tahu, bertapa susahnya nak membimbing kan seseorang kan?! and guess what, lastly masa tuh dia datang pada gua and dia cakap "you, i dah sedar semuanya, i memang tak boleh hidup tanpa you. i lost, i tak kenal siapa diri i dah, sumpah i sendiri tak nampak masa depan i sekarang, i need you". so masa tu gua hanya mampu cakap KESIANNNNNNN. dan gua hanya mampu tersenyum sahaja. baru dia tau langit tinggi ke rendah ye. ingat! tak semua wanita sanggup buat sesuatu yang bukan tanggungjawabnya. dan tak semua dapat cuba memikul bebanan seorang lelaki..

Well, gua harap selepas ni, gua akan belajar sesuatu dalam kehidupan gua. apa pon jadi, biar lelaki yang membimbing kita dengan cara yang betul. kalau dia sendiri pon tak betul, hangin tak tentu pasal, maki sana maki sini, suka fikir negative, suka tuduh melulu dan apa lagi ?? ahh, macam-macam lah.. senang je! say goodbye! sebab memang dia tak cukup kuat untuk menjadi seorang lelaki sejati. :)

Then gua berharap, orang tu pon akan dapat pengajaran terhebat dalam diri dia, agar LEBIH mendalami erti "BERSYUKUR". sebab, bukan senang seorang wanita membimbing seorang lelaki, dan tentunya, bukan senang seorang wanita memikul tanggungjawab seorang lelaki pada asalnya. tak kan semua mampu lakukan, apatah lagi mencuba, tak caya? cer try test! ahax! so, andai dapat miliki seseorang macam tuh, gua nasihat kan hargailah dia, sebelum orang lain menghargai dia pulak nanti :)




KALAU TAK LU AKAN JADI MACAM LELAKI DI ATAS JELAH, TERKEBIL-KEBIL CAM IKAN KENA TUBA. DAN UNTUK WANITA PULAK, BIARLAH SEORANG LELAKI YANG MENJADI KETUA, KERANA ITU ADALAH TANGGUNGJAWAB MEREKA, KALAU TAK LU AKAN JADI CAM GUA, CAM DALAM CERITA SEMBILU, PENUH DENGAN AIRMATA JE! . HAHHHHHH! :D

No comments: