Friday, December 23, 2011

jangan bersedih jika ada orang tak nampak kebaikan kita :)



"buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.."

Guys, perasan tak kadang-kadang kalau kita buat baik sangat dengan seseorang tuh mesti akhirnya kita akan di pijak and kita akan di tindas dengan dia? well, gua pernah! gua pernah buat baik dengan seseorang then akhirnya dia just angap kebaikan gua sebagai "tepi jalan sahaja" daaa~ sia-sia wey..

MAMY : lany pepatah pon ada cakap, buat baik berpada-pada bermakna kita tak perlu sentiasa menjadi baik.. ada kalanya kita kena jadi "selfish" untuk diri kita.. kalau sekali kita buat baik dengan diorang then diorang tak hargai kita punya kebaikan.. so just ignore them! kita ada hargai diri lany.. just jaga our standard jangan gatal-gatal lagi nak buat baik.. sebab sia-sia je... tapi kena ingat jangan pernah buat jahat dengan orang okay! biarkan orang buat kita jangan kita buat diorang..


Well, betul kata mak gua.. hidup kita ni sebenarnya memang rumit memang memening kan kepala.. kadang-kadang boleh buatkan kita rasa give-up dengan semua ni kan? tapi sebenarnya takde siapa tau kalau kita ikut rules yang ada, ikut pepatah orang tua insyaallah segalanya berjalan dengan lancar.. SIMPLE!

Contoh macam kat situasi ni, gua percaya.. bukan gua seorang je yang pernah jadi macam ni, tapi ramai.. segala kebaikan kita tak kira dari segi ke wangan, nasihat, teguran, cinta, or maybe apa-apa je yang kita dah bagi kat orang tapi diorang just .... "bagaikan mencurah air ke daun keladi" and dia siap perli-perli or maybe salah faham dengan kebaikan kita dan tak hargai langsung apa yang kita buat senang je nak pulihkan hati kita yang remuk ni... just ikut pepatah melayu tuhhh... garenti kita akan feel better... :)

Tapi.. jangan lak bila jadi macam ni kita nak buat jahat balik pulakkkk.. no no no! cukup lah orang tuh buat jahat dengan kita jangan kita lawan dan fight for it balik sebab useless untuk kita fight for it semula... seriously, kalau diorang dah tunjuk kan kebodohan diorang yang tak reti nak hargai dan menilai kebaikan seseorang then kita lawan balik, menampak kan diri kita dengan dia sangat "low class".. takde beza antara kita dengan diorang.. sama je. so sebab tu lah "buat jahat jangan sekali"...

Alaaa, relex je.. takpe, tak semua yang kita buat orang suka kan?? takperlu nak gain apa yg orang suka.. just be our self. jangan ubah diri kita semata-mata ada seorang yang taksuka dengan diri kita.. helooooo diorang tuh perfect sangat ke sampai tergamak nak ubah kita?? kannn... so just be cool and smile if they try to ignore you hanya atas sebab "lu berbuat baik" dengan diorang.. babe, dengar lah.. dunia tak akan berhenti berputar pon tanpa diorang kan?? simpan lah segala kebaikan kita untuk someone yang lebih menghargai dan reti menilai kebaikan kita :)



So just be yourself !
senyum dan ketawa lah kita. jangan bersedih jika kita di sia-siakan. biarkan mereka.
nanti baru dia tau langit tuh tinggi ke rendah.. sekali kita dah bebuat baik tapi mereka sia-sia kan..sebab keegoaan.. kita tengok je sejauh mana dia boleh terbang ke atas kalau dia terjatuh ke tanah jangan lak kita gelak kan dia, tapi cukup sekadar senyum sebab mungkin itu akan mengajar mereka erti kehidupan sebenar :')

No comments:

Post a Comment