" tak kenal tak cinta, dah kenal macam celaka :) "
... tu lah lumrah orang bercinta kan? masa awal bismilah, perghhh 24 jam puji je bf tuh, perangai yang menyakitkan hati dia pon kita suka jeee... kita sabar jeee... senyum jee.. "dia lubah saya menjadi seseorang yang lebih baikk".. tapi.. bila dah kesudah alhamdulillah, hahhh mengelabah tet*k nak nangis. kecewa katanya.....
PENGAJARAN | Jangan mudah nak letak kan kepercayaan kita pada seseorang tuh.. jangan sebab dia janji akan jaga kita lebih baik dari yang lepas bermakna dia betul-betul pegang pada janji.. bila dia cakap "saya nak kawen dengan awak" tak bermakna dia betul-betul nak kawen, bila dia selalu nyatakan dia jatuh cinta pada kita setiap hari tak bermakna dia ikhlas... so lain kali, sebelum nak memilih sesorang tuh jadi pasangan hidup fikir-fikirkan lah yang terbaik.. sebab tuh tuhan anugerahkan kita minda untuk kita bezakan yang mana baik dan yang mana buruk :')
* orang yang mencintai pasangan nya tak semestinya dia akan luahkan rasa cintanya setiap hari.
* orang yang ikhlas menjaga kita, tak akan berjanji menjaga kita lebih dari yang lepas...
* orang yang jujur tak akan berjanji untuk berkahwen dengan kita satu hari nanti...
* orang yang mencintai kita tak berjanji bersetia sampai mati pada kita
* orang yang menyayangi kita, tak akan sesekali biarkan kita mengambil satu langkah yang salah..
kerana, orang yang bersungguh-sungguh ingin memiliki kita, dia tak akan pernah BERKATA, tetapi dia akan LAKUKANNYA supaya dia dapat memiliki kamu...
ada perbezaan antara "ingin memiliki" dan "memiliki" -- kita kan di berikal akal dan fikiran, so bezakan lah kedua-dua ini, barulah kita akan tahu nilai hubungan kita dan sidia :)
itu perbezaan cinta monyet, cinta paksaan, cinta palsu, cinta kontrak, cinta buta
dan cinta sejati ♥


No comments:
Post a Comment