"bila melihat cermin, jangan lah setakat lihat kecantikan yang kita miliki sahaja, lihat lah segala kekurangan yang kita miliki jugak sesekali, barulah kita akan lebih menghargai siapa diri kita"
Well, gua tak akan lupa semua nasihat ni, seseorang yang jauh di nun sana. orang yang banyak memberi gua kata-kata semangat dan orang yang always buat gua siang malam terfikir dengan maksud yang dia cuba sampaikan pada gua.
Semalam, gua tetiba ternampak satu cermin lama, then gua terus teringat kata-kata seseorang tuh. ayat dia sangat memberi kesan pada gua, hmmmm, betul kata dia, tak ada yang salah. perasan tak kekadang kita lupa nak mencerminkan diri kita sendiri, kita lupa untuk tatpi segala kelemahan yang kita ada, kita leka dengan kecantikan yang tak bernilai di mata kita.
Apa kekurangan yang lu ada masa tengok cermin?? well, gua nampak jerawat, gua nampak eyebag, gua nampak seorang perempuan yang dulunya kurus kini dah membulat, seseorang yang bermata coklat, berambut perang dan berkulit gelap. tetapi, bukan itu yang dimaksudkan sebenarnya, itu hanyalah apa yang kasar...
Secara halusnya gua nampak pada diri gua, seorang remaja yang terlalu banyak mengalah untuk seseorang yang di sayangi, seseorang yang lemah dalam mencari kekuatan, seseorang yang sangat tinggi egonya terhadap lelaki, seorang yang sedang memendam seribu kesedihan dalam matanya, dan seseorang yang tiada apa-apa. seorang yang agak bla bla blahhhh
Menyedihkan kan? well, ni lah manusia, memang kita selalu nampak seperti kuat, tapi pernah tak sesekali tuh kita terfikir untuk menampak kan diri kita lemah? gua tau jawapan nya! TAK PERNAH! sebab kita sentiasa lupa dan leka dengan melihat kecantikan yang dimiliki tuh, sedangkan hakikatnya, kita bukan lah secantik mana jika hati dan dalaman kita bukan secantik paras rupa yang dimiliki :)
sesekali tak salah kan kalau kita cerminkan diri kita sendiri dan tatapi apa kekurangan pada diri kita agar kita lebih mengenali diri kita yang sebenar sebelum orang lain LEBIH tau tentang diri kita :)


No comments:
Post a Comment