Tuesday, November 29, 2011

zaman myspace wey!



Hahaha, terbahak-bahak gua baca farra zee punya entry pasal myspace.com dia, tetiba je gua terus teringat zaman myspace gua. ermmm, gua ingat lagi, dulu myspace lah zaman kegemilangan gua yang gah! masa tuh kawan gua mencecah 6 ribu ke atas lah gak. sumpah xboleh blah, masa tuh gua sangat di kenali sebagai "awek gig". ahaha :D sebab? sebab masa tuh gua awek kepada seorang artis gig yang bernama tettttttttttttt! (siapa kawan dari myspace gua mesti dia tau siapa).

Then, selain daripada tuh, gua jugak salah seorang member of "mix person" apa tah nama club tuh, gua lupa. thennnnnnnnnn, gua pulak sangat peramah, memang naik lah kan. masa tuh, gua ingat lagi, nama gua "ELANIO" (semperna nama pemain bola "Spanglish" kononnya!) then gua sangat di kenali dengan nama "MATA BUTANG" sebab mata hitam gua yang sangat bulat. ahax!

Gua main myspace 2 tahun je tapi friend gua mengalahkan orang yang dah main bertahun-tahun lamanya. ahaha. sumpah gua takley blah. masa tu gua memang rancak habis lah permainan gua, gua couple dengan orang ni, couple dengan orang tuh. macam-macam lah orang gua couple, wakaka :D

Gua ingat lagi, gambar gua yang paling famous masa tuh adalah gambar ni. beribu comment gak lah gua dapat. ahax! masa tuh, gambar jenis empat kotak menang tak famous lagi, so bila gua buat memang mendapat lah comment dia. ahax!


Hah! jangan terkejut masa kat myspace, gua pernah dapat gelaran "SALAH SEORANG BUDAK COMEL MYSPACE" (sila muntah darah) tapi sekarang mungkin dah jadi "Thuuiiii!" wakakaka, sumpah tak ley blahhh, masa nih memang gua sexy habis-habisan lah wey. gambaq gua semua cam good-good je. ahax! mas ni lah gua mula berkenalan dengan sorang mamat photographer, dari sini gua minat menangkap gambar. ahax!.

Gua suka kata zaman myspace adalah zaman BODOHBANGANG gua! sebab, masa tu lah gua berkenalan dengan seorang minah dan gua dah mula fall in love dengan dia. well, yupppp.! mesti korang terkejut kan, masa tuh gua memang jadi lesbian. gua sayang dia dan dia sayang kan gua, then lama-lama kitaorang putus sebab gua dah jumpa Mr. Right gua pada masa tuh. then kami pon terpisah,

Hahaha, dari sexy2 vouge2, gua berubah. gua jadi seorang yang bertudung. ceceyhhh! masa tuh saham gua memang LAGI MELONJAK NAIK! cecyhhhh idola gua adalah yuna, psttt! masa tuh yuna belum melonjak naik lagi, tapi gua dah follow2 dia dengan ex gua. so, ramai lah coment gambar first time gua bertudung. memang mendapat hit gituwwwwwwwwwwww! hahaha. 





Tapi malangnya, zaman kegemilangan gua dah berakhir bila gua mula bertudung masa tuh. then slowly gua mula berubah sedikit demi sedikit gua dah mula tinggalkan myspace kebelakang. kalau nak tau, gua ni jenis kalau dah jumpa Mr. Right gua akan berhenti mencari. maksudnya gua akan focus kan diri gua pada diorang je, so masa tuh gua dah tinggalkan myspace hampir setahun, gua dah mula tak main, gua bukak pon takat baca then gua tutup gua mula asing kan diri lah senang kata.

So, dari situ, terputus lah hubungan gua dengan myspace, soooo, tamat lah zaman kegemilangan gua, and then gua mula ceburkan diri dalam bidang FACEBOOK. ahax! kalau di fikir2kan balik, gua rindukan zaman myspace gua, gua rindukan mamber2 myspace gua, tapi diorang semua ada gak yang masih menjadi kawan gua dengan add fb gua, dan ada gak yang masih menjadi follower gua di blog ahax! :P thanks you guys! love you guys so much!


Sumpah gua rindu nak tengok semua ni!
and ayat "Thanks for the add, do comment my picture and i'll hit you back  :)"
errr gua rasa cam nak main balik je myspace nih. 
BHAHAHAHAHAHA :D
SUMPAH XLEY BLAH!

3 comments: