Tuesday, November 22, 2011

siapa kata senang nak jd LA?


Semua orang cakap dengan gua,

"senang kan jadi LA ? sentiasa positive, sentiasa happy, blaaa.. blaaaa.. blaaaa"

Siapa kata menjadi L.A adalah satu benda yang senang? siapa kata menjadi diri gua adalah lebih baik? gua pon macam manusia biasa, gua ada jatuh bangunnya, gua pon kadang kala menangis teringat sesuatu, menangis terasa sesuatu. gua pon tau erti sedih. siapa kata gua tak pernah sedih?

Ada yang kata dengan gua yang kehidupan gua ni memang macam di aturkan, sentiasa bersedia bila nak jatuh, bila nak banggung bila bersedih dan bila nak nangis, yeahhh. mereka nampak gua mengaturkan segalanya tapi mereka tak tahu langsung ada masanya jugak sesuatu yang tak dijangka berlaku gak dalam diri gua, contoh macam gua jumpa HA, gua putus dengan HA, gua jumpa KJ, gua putus dengan KJ, gua jumpa zirafah, then gua on off on off dengan dia. hmmm, well nampak macam di aturkan ke semua ni? cer cakap sikit

Susah gak bila banyak mulut berkata-kata pasal gua, kononnya gua ni tak normal sebab sentiasa hidup dengan falsafah yang sentiasa membanggunkan diri gua, ada yang gelak kan kata gua suka merepek dengan falsafah gua, suka propaganda. tapi diorang langsung tak pernah terfikir, dengan falsafah-falsafah yang gua pegang dan yang diorang gelak-gelak kan gua tu lah sebenarnya sentiasa membangkitkan semangat gua,

Kadang-kadang gua tak perlu nak copy paste ayat orang, sebab gua dah memang ada falsafah sendiri. gua memang dah sedia kan awal-awal. gua memang dah standby kan dia sebelum apa-apa jadi. gua di besar kan dengan kata-kata tu semua, dan mungkin sebab tu lah gua sentiasa nmpak seperti "terkawal"

Lagi pon gua selalu ingat pesan mak gua, masa tuh gua sayang kan sangat satu patung barbie gua ni, pastu anak sedara gua datang and main barbie gua tuh. lepas tuh memang jahanam lah barbie gua. then gua sedih sangat bila diorang balik gua menangis kuat-kuat sampai berhelikopter. masa tuh ayat mak gua senang je

"Lany, airmata tak mampu memberi apa-apa lany, lany menangis airmata darah sekali pon lany tak akan dapat balik barbie lany tuhhh"

So sejak tuh gua memang tak pernah nak menangis gila-gila hanya sebab benda yang hancur, termasuk lah hati gua yang di hancurkan oleh HA tuh. well, gua hanya mampu senyum walaupon ia hanya paksaan dan gua akan berikan suara yang paling ceria sebab gua tau, air mata gua tak mampu nak dapat kan dia semula. so, bila gua sedih, gua tak keluarkan air mata jangan ar korang nak cakap gua tak normal!

Gua normal, kerana gua normal lah gua mampu balance kan perasaan gua. gua tak nak hidup gua sentiasa dalam kesedihan dan pilu and air mata, gua tak kan senang-senang biarkan orang lain ambik kesempatan atas gua, gua tak kan senang-senang biarkan orang lain terutamanya lelaki hancurkan hati gua lagi. apatah lagi jatuh kan air mata gua :)

So gua rela, rela telan kepahitan dan senyum dengan seikhlas yang boleh. sebab gua tau airmata tak mampu merubah apa-apa. :)


RENUNG-RENUNG KAN DAN SELAMAT BERAMAL XD

No comments:

Post a Comment