Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Saturday, November 26, 2011

Luahan hati yang selama ini terpendam.


Gua telah di takdir kan untuk menjadi anak tunggal, zaman kanak-kanak gua, gua selalu menangis, gua selalu meraung, kadang kadang ramai tanya gua terutamanya mak gua sendiri, kenapa gua suka menangis, kenapa gua suka mengamok tak tentu pasal, ada masanya gua seakan berdendam dengan ibu gua sendiri, gua marah, gua benci, dan gua lepaskan segala api kemarahan padanya. tapi... jauh di sudut hati gua, takde siapa yang tahu apa yang terbuku dalan diri gua.

Yeppp, gua pendam seorang diri, memang takde sorang pon yang tahu apa yang tersirat di hati gua, hakikatnya gua selalu menyalahkan ibu dan ayah gua sebab membiarkan gua memiliki title "anak tunggal". gua malu nak kata pada semua, gua sedih, gua kecewa. tau sebab apa?? sebab masa tuh, gua cemburu dengan semua orang gua cemburu lihat kawan-kawan gua yang mempunyai adik beradik. siapa kata menjadi anak tunggal ni menyeronokan???

Kawan-kawan gua selalu cakap dengan gua, "huntung lah kau semua tak payah share" tapi mereka tak pernah faham apa yang gua rasa selama bertahun gua bergelar anak tunggal. gua selalu menangis dan fikirkan, kalau lah satu hari nanti tuhan memberi satu keajaiban bagi gua seorang "kakak, abang dan adik" macam orang lain, mungkin itu dah mencukupi bagi gua. masa di sekolah semua kawan-kawan sibuk menanyang-nayang kemewahan mereka, tapi gua hanya diam dan gua tak pernah membuka suara dan apatah lagi mengikut serta, SUMPAH, masa tu apa yang ada dalam hati gua, kemewahan bukan lah segalanya, pangkat, darjat takde makna untuk gua. apa yang akan lebih membanggakan gua pada masa tu ialah "jika gua memiliki seorang kakak". 

Kadang-kadang kalau pergi mana-mana rumah saudara, gua selalu mengamok-gamok takmau balik, mak gua puas memujuk gua, tapi gua tak nak! sebab gua tau kalau gua balik, gua akan kesunyian semula, siapa yang tak sunyi kalau ibunya hampir setiap bulan di hantar ke luar negara sahaja ? bukan seminggu dua dia pergi tapi berbulan! gua ingat lagi ibu gua pernah duduk di jepun hampir 2 bulan. ayah gua?? dia pon lebih kurang je! dia selalu busy dengan kerja sehingga lah sekarang. oleh kerana kesibukan mereka, mereka selalu tinggalkan gua di  rumah jagaan. 

Masa di sana gua selalu berfikir dan terfikir, kenapa gua takde adik beradik yang lain, gua mula ajukan pelbagai soalan pada ibu gua, tapi dia tak pernah nak menjawab segala pertanyaan gua, jadi masa tuh gua mula lah berfikir benda yang bukan bukan. gua mula menuduh yang bukan-bukan. yang paling gua tak boleh lupa, bila gua mula cakap gua mungkin anak angkat. sebab mustahil seseorang itu hidup tanpa adik beradik..

Gua selalu sedih bila melihat kawan-kawan gua bergadoh-gadoh dengan adik beradik diorang, ada yang sampai menumbuk numbuk, kalau gua jadi diorang, gua akan sayang kan adik beradik gua, gua akan hargai mereka sebaik yang mungkin. gua sanggup berkorban apa sahaja untuk bahagia kan kakak, abang dan adik gua. walaupon gua terpaksa korbankan kebahagiaan gua sekali pon.

Lu nak tau tak setiap malam gua selalu berdoa, sebelum tidur orang cakap segala doanya diangkat, so masa tuh gua selalu meminta tuhan agar dia anugerahkan gua seorang kakak yang akan selalu menyayangi gua, selalu menasihati gua, selalu menjadi guidline gua, selalu membekup gua dan selalu bersama gua susah dan senang. bertahun tahun gua tak pernah putus berdoa, gua percaya kalau gua believe in magic, one day the magic will come true. 

So gua teruskan kepercayaan gua. hinggalah satu hari gua mula temui satu keajaiban yang gua pinta selama ini. gua sendiri tak sedar macam mana entah mereka muncul dalam hidup gua, mereka seakan memberi semangat yang baru pada gua, segala masalah, segala kekeliruan mereka sentiasa punyai jawapan. saat gua sedih mereka lah yang hiburkan gua, saat gua jatuh, mereka yang membanggun kan gua. gua ingat lagi, saat gua kehilangan HA. mereka lah yang banyak memberi gua kata-kata semangat. mereka banyak membuat kan gua sedar bertapa bermaknanya kehidupan gua tanpa HA. mereka sentiasa ada saat semua pergi.

Kehadiran mereka memberi perubahan yang baru dalam kehidupan gua, hidup gua kian bermakna, malah, mereka sendiri nampak perbezaan masa zaman gua kanak-kanak hinggalah kini gua bagaikan langit dan bumi, tapi gua hanya jawab 

"setiap manusia berubah kan.. kadang kadang ada yang masa kecik cakap banyak, masa dah besar jadi pendiam, dan ada gak yang dulu tak reti berfesyen dan dah besar dia lah ikon fesyen"

Tapi mereka tak pernah tahu sebenarnya apa yang tersirat dalam hati gua, hakikatnya "ini lah yang aku carik-carik selama bertahun-tahun lamanya". kini gua dah temui, segala apa kepercayaan gua membawa hasil. kini mereka sentiasa ada bersama gua, mereka tak pernah jemu dan bersunggut membesar kan gua. tak seperti sesetengah keluarga yang gua kenal. memang isi hati ibunya baik, tapi anak nya..... sentiasa memburuk-buruk kan gua, sentiasa memalukan gua dengan menunjuk nunjukan segala kelemahan gua.

Ya allah, bertapa besarnya pergorbanaan mereka pada gua :') gua terharu sangat. gua rasa terhutang budi dengan mereka. gua rasa tanpa mereka gua bukan lah sesiapa. gua sayang kan mereka sangat-sangatnya. hanya tuhan sahaja tahu bertapa sensitive nya gua bila bersama mereka. bertapa bermaknanya mereka dalam kehidupan gua walaupon mereka hanya lah "rumah tumpangan" dalam kehidupan gua. gua tak kisah apa orang nak kata tentang mereka, gua tak kisah apa orang nak kata pasal gua sebab menumpang kasih sayang pada orang lain tapi gua tau, kasih sayang mereka ikhlas pada gua. :)



" Ya allah, jangan kau tarik segala nikmat yang telah kau berikan pada ku ini, seperti yang aku pernah janjikan pada mu, aku tak akan tuntut segala kemewahan diri yang melebih-lebih pada mu ya allah, cukup lah sekadar kau mendekat kan aku dengan orang-orang yang memang ikhlas menyayangi aku dan ikhlas mendampingi aku di saat susah dan senangku dan sentiasa membangkitkan ku saat aku terjatuh terduduk di tepi penjuru. aku tidak mengharap kan apa-apa dari mu, cuma yang aku harapkan kau anugerahkan pada ku seorang yang bergelar KAKAK di hatiku " -AMIN





KAMU LAH SATU-SATUNYA SAHABAT YANG LANY ADA :D


MEREKA : Kak Linda, Kak Diyana, dan Kak Dyla. !


TERIMA KASIH KERANA SELALU BERSUSAH PAYAH DEMI LANY, BERHABIS DUIT UNTUK LANY, KEHABISAN AIR LIUR BELETER PADA LANY UNTUK JADI YANG TERBAIK. KORANG LAH SEMANGAT DAN KEKUATAN YANG LANY ADA DAN DIORANG TAK ADA.  ♥ 

*TAKE A NOTE!
I LOVE YOU. YOUR GUYS ARE ONE IN 6 BILLON. 
Korang lagi berharga dari pada seorang yang begelar "boyfriend"


No comments: