*Take a note !
HANYA MANUSIA YANG TIDAK MATANG SAHAJA YANG TAK MAMPU BEZAKAN YANG MANA BAIK DAN YANG MANA BURUK.
Setiap orang ada pendapat nya, ada jalan ceritanya, ada kisah peribadi nya, ada cara tersendirinya dan ada hak nya. jadi siapa kita untuk menilaikan sesuatu kebenarannya. Takperlu dengan adanya gambar, video, dan sebagainya untuk membuktikan sesuatu kebenaran. Cukuplah sekadar kita menggunakan akal dan fikiran untuk membezakan yang mana benar dah yang mana tidak. Andai baik kita fikirkan, baik lah ia, dan andai buruk, maka buruk lah ia. kadang-kadang jugak, kita tak perlu nak sibuk-sibuk tahu kebenaran sesuatu apatahlagi jika sesuatu itu bukan lah benda yang penting mana pun. lebih baik kita ambil kisah kebenaran tentang diri kita sendiri dahulu, kemudian baru lah fikirkan tentang orang lain.
Perasan tak korang semua? kadang-kadang kita ni sibuk nak tengok kelemahan orang lain, sibuk nak mencari kesalahan orang lain. ada je buruk yang kita nampak, ada je yang tak kena. tapi pernah tak sesekali tu kita terfikir pulak, apakah keburukan, kekurangan dan kelemahan diri kita ?. sempurna sangat ke kita sehingga kadang kala kita sibuk menegur sesuatu yang tak penting? pasti orang tu buat silap dan kita tidak pernah melakukan apa-apa kesilapan?
SURE??!
Kadang-kadang jugak kita sibuk bertanya soalan yang TAK MASUK AKAL pasal kehidupan seseorang, contohhhh "ehhh peah, betul ke kamal adli tu bercinta dengan lany azman?" tettttttttttttt. kan? pernah tak kita sedar sesuatu ? sebenarnya, sebelum bertanya apa-apa tentang seseorang tuh kita lihat lah diri kita dahulu. pernah tak kita sibuk bertanya pula pada diri kita? kenal kah kita dengan diri kita?. Lebih menyedihkan jugak bila kadang-kadang kita banyak menghabiskan masa untuk meneliti kehidupan seseorang, tapi pernah tak sesekali tuh kita meneliti diri kita pulak? kita sibuk menghabiskan masa untuk bertanya apa dah jadi dengan seseorang, tapi pernah tak pulak kita bertanya pada diri kita sendiri kenapa dan apa dah jadi dengan diri kita?
Itulah lumrah manusia, kita suka sangat menjaga tepi kain orang, kita suka sangat hidup dengan dunia gosip, kita suka sangat nak ambil berat pasal seseorang KONONNYA! hakikatnya tettttttttttt. kita suka menyibuk, dan masuk campur macam-macam lahhhhh. hmmm, padahal kita lupa diri kita ni patut di utamakan dahulu.
JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG SAHAJA, INGAT-INGAT LAH JUGAK, DIRI KITA SENDIRI PON ADA KAINNYA JUGA.
TAKUT-TAKUT KALAU KITA NAMPAK KAIN ORANG KOYAK TAPI KITA TAK NAMPAK KAIN KITA SENDIRI TERKOYAK LEBIH.
( BIARKAN KITA DENGAN DUNIA KITA , BIARKAN DIA DENGAN DUNIA DIA . KERANA MASING-MASING PUNYAI TANGGUNGJAWAB KEATAS DIRI KITA SENDIRI. )




No comments:
Post a Comment