Wednesday, October 26, 2011

kursus khawen oh kursus khawen ♥



 Heloo uoalls, maaf lama gila doh gua tak hupdate ini buku. Ahax! Maklum lah gua busy gila-gila. Hmmm, gua ada bukak itu booth di PWTC baru-baru ni, gua jual bunga, ahax! So pas ni sila panggil gua “lany lu’lu” wakakaahhh! Hokey, Allhamdulillah gua dah selesai kursus kawen gua masa hari ahad yang lalu, perghh terbaik lah, hamper 2 ribu orang jugak lah menyertai benda nih. Halo-haloooo, psttt, gua dah ada “sijil” so bila-bila masa gua boleh kawen weyyyy. (sayang jom kawen??) ahax! Ayat mintak pelempang je!

Hokey, masa kat sana walaupon setiap 30 minit membuatkan gua terleleh air liur basi, banyak gak lah ilmu yang gua dapat. Hmmmm, nak tau apa dia? rahsia lah weyyyy, ahax! Gurau jelah wey! Mesti lah boleh. :D nak tau apa yang gua dah belajar kat sana dari kul 7 pagi sampai 10.30 malam? Jom kasi layannnnnnnnnnnnnn.

_____________________________________________________







SEBELUM BERUMAH-TANGGA

Masa sedang berkawan adalah masa yang paling sesuai untuk kita memilih mana-mana LELAKI yang kita mahukan. Ramai yang cakap mencari kesempurnaan itu adalah satu benda yang tak penting,  hati dan perasaan adalah benda yang pertama harus kita utamakan. Ramai gak yang cakap “takde duit takpe, sebab duit boleh dicari” dan ada juga yang cakap “buat apa nak cari kesempurnaan, sedangkan manusia takde yang sempurna”.

Menurut kata ustaz, sebenarnya, benda yang paling penting untuk mengekalkan kebahagiaan kita adalah “lelaki yang sempurna”. Choppp! Jangan salah faham, bukan sempurna dari segi “fizikal” seperti kacak, kaya, atau sebagainya. Tetapi dari segi “mental” sebenarnya.  Itu yang penting, kerana memilih pasangan hidup adalah satu benda yang WAJIB kita mengambil berat. Kerana dengan mereka lah yang kita akan menghabiskan masa bersama untuk selamanya.

Kadang-kadang, kita leka, kita terlampau asyik dilambung perasaan cinta, sampai kita lupa dan buta. Nahhh, betul lah kata orang CINTA ITU BUTA. Ini lah dia, segala kelemahan seseorang, kita banyak lupakan dan telankan sahaja, cinta katanya,  tapi pernah tak terfikir, sejauh mana kita mampu bertahan dengan MAKAN HATI seperti ini?? Oleh kerana KEBUTAAN inilah yang telah membuatkan banyak pasangan yang bercerai.

Rata-rata kadar yang bercerai dikatakan kebanyakan mereka bila di tanya “berapa tahun kenal?” jawab mereka “bertahun-tahun.. tapi ….” Itulah alas an mereka, ada jugak yang berpuluh tahun berkenalan, akhirnya mereka membuat keputusan untuk bercerai. Kata mereka “dah tak sehaluan”. So terbukti bahawa “TAHUN” itu hanyalah sekadar nombor. Jadi adalah penting untuk kita mencari pasangan yang boleh sehaluan selamanya dengan kita, bukan sementara. Jadi Nampak kan  apa yang ustaz tu cuba katakana. :)


Oleh itu, penting untuk kita semua memilih yang sempurna agar menjamin kebahagian kelak. Nak tahu apa yang di saran kan oleh ustaz tuh?

Harus Memilih ciri-ciri lelaki :

  1. Beriman dan beragama – agar dia mampu membimbing kita di masa hadapan
  2. Berharta – agar mereka mampu menyara kehidupan keluarganya di masa hadapan
  3. Berilmu – agar dia boleh mengajar kita sesuatu yang baru kelak
  4. Berfikiran matang dalam segala aspek – agar dia mampu membuat keputusan yang terbaik untuk kita semua.
  5. Kuat semangat – agar dia mampu mengharungi hari-hari seterusnya



(selebihnya kita mampu berfikir…)


Hindarkan Memilih ciri-ciri lelaki :

  1. Kuat cemburu – takut-takut nanti kerana KECEMBURUAN dia tu mampu meruntuhkan rumahtangga kita sendiri
  2. Panas baran – takut-taku tangan dia sentiasa ringan untuk memukul kita atau mulutnya manis dengan makian.
  3. Banyak berahsia – takut-takut ada rahsia yang tersembunyi dibelakang kita kelak.
  4. Parasit – takut-takut habis segala harta kita di kikis nanti
  5. Ego – takut-takut nanti kerana ego hubungan boleh tergadai.


(selebihnya kita mampu berfikir…)


Jadi pokok pangkalnya, benda paling penting dalam "sebelum berumahtangga" ialah, pilih lah pasangan anda sebetulnya, jangan sekadar memilih kerana "suka, sayang dan cinta" semata-mata, kerana ia tidak akan kekal lama mana, kerana cinta, sayang, dan suka, boleh berubah sekelip mata dan tidak kekal lama. jadi hati-hati memilih pasangan hidup.


_____________________________________________________








SEWAKTU BERUMAH-TANGGA


Ramai sangka kan bila mereka bercinta dengan pasangan mereka, mereka sehabis tahu siapakah pasangan mereka sebenarnnya, cukup mengenali konon katanya, dan memahami each other katanya, tapi sebenarnya, itu hanya ayat-ayat dalam percintaan, hakikat sebenar, kita masih tak mengenali siapakah pasangan hidup kita selagi kita tidak tinggal sebumbung dengan mereka.

Hokey, menurut kata ustaz, masa inilah segala bukti-bukti yang kukuh menyatakan dan membuka mata kita atas apa yang telah kita pilih sebelum melangkah kedunia perkhawinan. adakah ia betul atau tidak. hmmm, andai anda terasa bahagia selamanya dan anda terasa seperti inilah satu kehidupan yang anda idamkan, ia bermakna anda adalah seorang manusia yang BERJAYA memilih pasangan nya dengan betul.

Tetapi, andai anda terasa seperti segalanya serba tak kena, bergaduh berhari-hari, si suami tak pulang ke rumah berminggu-minggu, hilang tanpa di kesan, ataupon terasa seperti tersiksa, bermaksud andalah salah satu manusia yang telah SALAH memilih pasangan.

Kadang-kadang jugak, bila sewaktu berumahtangga, anda akan di uji dengan pelbagai ujian. segala kesabaran anda akan dicabar sehabis mungkin, segala baik buruk pasangan yang selama ini di selindungi akan terbuka luas, masa tu lah kita akan nampak segala keburukan yang ada pada pasangan kita.

So, masa tuh barulah wujudnya 2 perkataan "CERAI ATAU BERSAMA". masa tuh lah kita akan di uji dengan segala bisikan syaitan. meruntuhkan masjid atau menghupdate kan lagi. kalau kalah cerailah jawabnya, kalau menang, kebahagian yang lebih besar akan mereka miliki nanti.




SO MASA DI KURSUS SITU ,
Ustaz banyak nasihatkan kami, 
pilih lah pasangan kita yang betul.
jangan menambahkan bilangan pencerian di wilayah persekutuan ni




2 comments: