" H A T E R S "
Lu orang ada haters tak ? berapa ramai haters yang lu orang ada? sekampung? ahax! gua ada, gua ada banyak haters, sejak tertubuhnya HSS ni gua ada lah jugak sekampung haters, ermmm, yeka? silap-silap sebandar. ahax! hmmm, okay, gua tak tau kenapa sesiapa yang "bermasalah" baca blog gua pasti terasa panas nya. perghhh panas ke ayat-ayat gua gunakan? rasanya tak kot! gua gadis sopan jeeee, thuiiiii, tahi mu, ahax! hokey-hokey, gua mengaku, gua memang kekadang cakap lepas, tapi gua tak bermaksud nak condem, heloooo gua kan kaum-kaum mulut puaka,
So jangan isu-isu kan pape, sebab kekadang gua ni cakap je lebih bayar kurang. ahax! gua tak bermaksud pape pon tapi entah kenapa gua suka bercerita tentang isu masa kini. gua suka cerita pasal apa yang terjadi dalam kehidupan remaja kita. well, percintaan. bagi gua, remaja memang suka bercinta, walaupun hakikat hanya cinta monyet tapi ni lah makanan remaja tol tak? then gua suka hupdate pasal nasihat. kekadang gua masuk kan nasihat tu untuk gua. supaya gua sentiasa ingat "masih ada orang menasihati gua" walaupon hakikat diri sendiri, well, siapa lagi yang nak nasihatkan diri kita kalau bukan diri kita sendiri tol tak? choppp! haters, lu sanggup nasihat kan gua? TAK KAN! tapi gua tau, lu sanggup menjatuhkan gua adalah kan :)
Tapi, macam mana lu olang cuba jatuhkan gua sekali pon gua mungkin akan terjatuh tersungkur dan cedera, luka dan sebagainya, tapi lu olang kena ingat gak, luka pasti sembuh, tak kira sama ada dia cepat atau lambat. Kekadang gua terfikir gak,
"kenapa ada orang benci blog aku eh? sedangkan aku tak pernah lak coment blog2 orang lain then coment apa-apa yang membuatkan orang panas.ermmm, kalau gua coment pon gua coment blog kawan terdekat je.ermmm, macam mana HSS ada banyak haters eh? sedangkan gua suka cerita pasal gua je. gua pernah buat blog ni sebagai blog menghentam artis, tapi, peminat dia mengamok, so gua paham. then gua pencen, gua hupdate lah pasal gua sendiri. then gua bukannya ramai kawan pon. kawan gua boleh kira dengan jari, setahu gua, orang yang RAMAI kawan lah ramai hater.. so apa lagi masalahnya ye???"
Then gua tanya kawan-kawan gua, sebab apa gua ada "HATERS" yang always mempertikai kan blog gua, akhirnya gua temui jawapan dia. kadang-kadang bila kita terlalu tak mengambil berat tentang orang lain (busybody) kita hanya focus kan pada diri kita sahaja pasti akan ada orang lain yang akan tolong mengambil berat tentang kita juga (busybody), so jangan risau. benda itu adalah normal. perkara biasa. Kadang-kadang tu jugak, kawan-kawan gua selalu cakap, "haters suka kau sebab diorang tahu kau tuh tak cukup haters, so diorang nam menambahkan ruang dalam kotak haters kau tuh".
So bila di fikir-fikirkan semula, betul jugak kata kawan-kawan gua, memang. haters ni pandai, dia pilih orang-orang yang buat tak tahu je dengan dia, lagi kita ignore dia lagi dia suka. tapi nak buat macam mana kan, itulah sifat mereka, kata kat mulut dan hati "eeeiiii, aku benci dia aku tak suka dia! propaaa! macam haram" tapi jauh dalam lubuk hati dia "ehh, nak bukak gak lah nak tau apa jadi dengan dia" ahax! ni lah sifat sebenar haters, lagi tak suka. lagi dia nak dekat. kekadang kesian sebab diorang membuat dosa atas kemahuan diorang sendiri. but macam gua cakap, nak buat apa pon tak boleh. cakap tak kena tendang tak masuk goal, well ini lah dia haters sejati.
Kepada sesiapa sahaja yang sentiasa mempunyai haters, gua nak ingatkan lu olang, jangan takut dan jangan bersedih malah berterima kasih lah pada mereka kerana mereka sanggup menghabiskan masa mereka hanya untuk meneliti kisah kamu. sanggup dia tinggalkan benda-benda penting dia untuk kepuasan sendiri. paling tak tahan, sanggup dia memaki-maki dan bercakap sorang-sorang di depan laptop dia sendiri. perghhh! cinta sejati kita pon agak-agak tak mampu nak buat macam tuh kan.so berterima kasih lah pada mereka dan sayangi mereka kerana, lagi banyak haters yang kamu ada bermakna lagi popular lah yang kamu ada. macam artis gituwwwwwwwwwww. awwww ~.~ jangan risau, sebenarnya haters tu bukannya musuh ketat anda, tetapi sahabat ketat anda. kerana kadang kala, mereka lagi tahu tentang kita berbanding dengan diri kita sendiri.
Ehem-ehemmmmm well HHS,
BERBANYAK KAN BERSABAR YEAH :)
Bak kata kawan-kawan : Haters make u famous. Haters love you babe :D
well, for the haters, thank you thank you kerana menaik kan nama saya selalu di dalam kehidupan anda :)
Kadang-kadang haters ni selalu wujud dalam hidup kita kerana mereka ingin memberitahu pada kita "JANGAN BERSEDIH KAWAN KERANA KAU BUKAN KESEORANGAN TETAPI KAU MASIH ADA KAMI". Sebetulnya mereka bukan lah orang yang paling membenci kita, tapi mereka adalah orang yang paling menyayangi kita, kerana mereka sanggup menghabiskan masa mereka sendiri semata-mata demi kita. <3
well, for the haters, thank you thank you kerana menaik kan nama saya selalu di dalam kehidupan anda :)
Kadang-kadang haters ni selalu wujud dalam hidup kita kerana mereka ingin memberitahu pada kita "JANGAN BERSEDIH KAWAN KERANA KAU BUKAN KESEORANGAN TETAPI KAU MASIH ADA KAMI". Sebetulnya mereka bukan lah orang yang paling membenci kita, tapi mereka adalah orang yang paling menyayangi kita, kerana mereka sanggup menghabiskan masa mereka sendiri semata-mata demi kita. <3




No comments:
Post a Comment