Friday, October 14, 2011

kuantan 3tahun yang lepas :)



Kuantan, bandar yang banyak mengajar gua erti kehidupan. suka, duka semuanya gua lalui kat sana. kawan-kawan, musuh, pensyarah semuanya datang dari satu tempat tu. Gua ingat lagi, pada mulanya gua memang tak suka kehidupan kat sana tapi sebab kan alasan "nak berjauhan dengan keluarga" gua lawan segala-galanya. lawak, macam-macam gua kena bambu dengan family gua, sampai mak gua cakap kalau gua pergi belajar sana segala duit makan gua akan di sekat. tapi masa tuh gua tak heran, gua tetap buat keputusan nak berjauhan, gua nak berdikari masa tuh. 

Mulanya gua sangka kan semuanya senang. gua sangkakan hidup gua akan temui "KESERONOKAN" dan "KEBEBASAN" tapi lama-kelamaan, gua mula rasa tekanan berjauhan dengan keluarga. pernah lah jugak sekali dua gua hampir menyerah kalah dengan kehidupan gua kat sana, menangis-nangis gua nak berhenti. alasan gua "tak boleh masuk dengan pemikiran orang kat sana". ermmm, susah lah. pemikiran diorang lain sikit biasalah gua kan budak bandar (MUKA MINTAK PELEMPANG) kiohkiohkioh XD. paling gua tak tahan, orang-orang sana semua kalau pandang budak kayel ni atas bawah macam nak makan. aduyaiiiii, gua cakap dengan lu memang merimaskan. hmmmm, pulak-pulak kat sana takde seorang pon mampu buatkan gua percaya untuk jadikan diorang sahabat gua. soooo, gua pon masa tuh memang hampir-hampir berhenti lah. 

Masa gua cakap gua nak berhenti tu, keluarga gua orang yang paling bahagia dalam dunia, ialah, anak tunggal dia balik ke sisi, siapa tak happy kan? sooooo, masa tuh gua rasa kepulangan gua sangat di alu alukan (tetiba rasa macam iklan hari raya) ahaha. hampir 2 minggu gak lah gua menyepi kat rumah. macam-macam gua bagi alasan supaya tak nak balik ke sana. babeeeee, gua tak bahagia kot dok sana. ahaxs :D so, masa kat rumah gua pikir-pikir gak, "loser nya aku nak menyerah kalah semata-mata tak ada kawan and tak ada life kat sana" so setalah di tambah bahagi darab tolak, akhirnya gua buat keputusan untuk sambung jelah. pergi kelas je semua perli "wahhhh hebat kau bercuti yeah" ahaha, hakikatnya diorang tak tau masa tuh memang gua tak nak kekelas gua bosan life kat sana. 

Then, alhamdulillah hari makin hari gua mula selesa kehidupan kat sana. gua hidup dalam dunia gua, jangan tanya lah sebab apa kan. ahaha :D gua tak bercampur sangat. sebab semua tak sekepala, control-control gitu. ahahah masa tuh gua lak kaki gig gua rasa tak sekepala dengan diorang. tapi entah macam mana tetiba, gua mula rapat dengan satu kelas gua, hahhhh! masa tu lah gua start bangkit, and gua mula biasakan diri dengan mereka semua. besttttt, diorang rupanya cool jugak, walaupon cara hidup diorang berbeza dengan gua tapi itulah yang di panggil kawan kan? salaing berbeza kerana saling memerlukan. kannnnnnnnnnn :)

Hahah lawak, masa gua jatuh diorang banyak tolong gua, masa gua sedih diorang banyak ceriakan gua, masa gua miskin diorang banyak bantu gua. walaupon masing-masing ada kelemahan tapi kita masing-masing saling "give and take". tak sangka masa gua mula rapat dengan diorang masa tuh gua tak pernah terfikir gua akan lalui hari pembelajaran selama 2 tahun lebih. dalam kepala gua hanya lah "kawan.kawan.kawan" ahaha, hari-hari gua pon ceria gila, walaupon kadang-kadang bergaduh macam nak rakkk, sampai menghalau-halau. tapi entahhhh seronok lah weyyyyy. ahaxz! 

So, pejam celik-pejam celik, tak sangka wey dah sekarang tuptup kami akan bertemu lagi, sumpah gua rasa masa ni bukan berjalan tapi marathon, kejap gila dah 3 tahun. esok dah kita semua nak convo, gua rasa macam semalam je berlaku semua ni. hmmmm, gua rindukan sangat zaman belajar. macam-macam kerja gila kita lakukan bersama. terima kasih kuantan! terima kasih sangat, bukan sahaja mengajar gua erti kehidupan, tetapi mengajar gua juga erti persahabatan. gua berharap sangat gua dan kawan-kawan gua akan temui kejayaan di masa depan kami. INSYAALLAH XD



OKAY, TETIBA TERINGAT : SETIAP MINGGU KITA AKAN MANDI PANTAI BERSAMA "RELEASE TENTION KONONNYA" :')


No comments:

Post a Comment