Friday, October 21, 2011

awan nano.



Dear Awan nano,

Terima kasih kerana selalu melindungi ku dari pada "pancaran matahari". sejak ku kecil sehingga besar kau sentiasa memastikan aku tenang dibawah mu, selepas hujan kau membiarkan sang pelangi bertengek di atas mu     bila aku melihat kemunculannya satu senyuman mula terukir di bibirku, bertapa murni nya niat mu. Walaupun kau jauh di atas sana, tapi entah kenapa aku dapat rasakan kau dekat dengan ku selalu. saat aku rasa keseorangan, bila ku dongak ke langit aku dapat melihat berkepulan awan di atas sana, dan ketika itu aku tersedar aku bukan lah bersendirian. walaupon sang mata hari dan sang bulan sentiasa menyinari dan ada juga kelebihannya, tetapi mereka saling betukar dan benganti. mereka tidak seperti kamu yang sentiasa ada di atas sana baik pagi mahupun malam. kau setia menemani ku, walaupon kau kelihatan kaku di sana dan tiada fungsi yang tersurat, tetapi kau mempunyai kelebihan yang tersirat. ♥




Terima kasih juga pada sang matahari, sang bulan, sang angin, dan sang hujan kerana "menormal" kan kehidupan aku dengan kehadiran kamu semua :)

A  N  D 

Thanks to allah kerana mencipta semua ini untuk memberi manfaat yang tak ternilai harganya kepada manusia ciptaannya juga 

No comments:

Post a Comment