Okay kawan-kawan. tadi gua ada baca blog rakan-rakan bloger gua, hampir semua gua baca semua pasal putus cinta. waaaaa! dah kenapa musim putus cinta nihhh. ermmm, menitis gak lah gua baca sorang-sorang punya luahan hati. ermmm, kenapa dunia sekarang dah kekurangan kasih sayang yang sejati ehh? ermm entah lah.
Okay, tengah baca-baca tetiba gua teringat kisah semalam gua putus cinta. hurmhhh! kisah gua dan ehemm-ehem tuh. sedar tak sedar dah sebulan 2 minggu gak lah gua dah tak dengan dia. gua tengok kawan-kawan gua semua putus cinta down gila-gila. ada gak yang dah berbulan-bulan gak lah putus tapi masih sad about it. ermmm. kesiannnnnnnn.
Ramai tanya gua "lany kau kuat kan, kau senang gila nak bernafas balik kan?" ada gak yang cakap "lany, kau macam takde perasaan kan. senang nya kau lupakan dia" ehem-ehemmm pon ada gak cakap "lany, you memang seorang perempuan yang kuatkan. and bla bla bla". hohohooooo, ehh hellooooooo, siapa kata gua takde perasaan ? tuhan je tahu macam mana gua bergelut dengan kesakitan semua nih. Khaleed, musadiq, hafizi, and family je tau macam mana gua melawan kesepian semua ni dohhh.
Secara jujurnya, pada mulanya memang berat tok gua lupakan orang yang paling gua sayang. orang yang pernah jadi sebahagian dari hidup gua. orang yang setiap minggu gua jumpa. tapi siapa gua nak lawan takdir tuhan kann?. okay, gua sebenarnya banyak fikir positive. gua tak suka lah fikiran negative-negative ni. lagi pon kalau korang perasan gua berpisah elok-elok bulan ramadhan kannn? hmm mungkin ni hikmah dia kenapa aku di uji ketika bulan ramadhan.dan alhamdulillah, ramadhan tahun ni banyak mengajar gua erti kesabaran dan kekuatan.
Ermmm, tapi bila di fikirkan semula memang ni semua gua yang nak, gua nak pasangan gua hidup dengan orang yang dia sayang, gua nak dia hidup dengan siapa yang mampu bahagia kan dia. tak kira lah sama ada dengan gua atau bukan. gua nak dia hidup dengan orang yang mampu bimbing dia kearah kebaikan. gua nak dia sehidup semati dengan pasangan yang sentiasa akan ada dengan dia susah dan senang.
Gua relakan dia pergi sebab gua tau dia dah cukup dewasa untuk membuat keputusan. gua yakin yang dia mesti dah fikir yang terbaik tok dia. hmmmm, walaupon dia dah hancurkan hati gua gila-gila tapi sampai sekarang gua tak pernah bermusuh dengan dia. gua tak berdendam. sebab gua respect dengan keputusan dia. dia lebih tahu apa yang dia cari selama ni kan. mungkin gua bukan yang terbaik tok dia. sooo gua redha je. cuma gua tak nak bermusuh dengan "dia" apatah lagi berkawan. gua just angapkan dua-dua tuh dah tak wujud kat dunia gua. lagi pon bagi gua, kekasih gua yang gua kenal dulu tuh dah mati. yuppp! jujur gua mengaku benda nih.
Gua pon macam dia gak, gua nak hidup dengan seseorang yang menyayangi gua sepenuh hati, susah senang bersama gua sentiasa beri semangat pada gua. dan yang penting menjadi yang terbaik tok gua. so gua tak pernah mengalah dalam mencari cinta. cuma mengambil masa yang panjang tok gua temui cinta sejati gua, sebab gua mencari CINTA bukannya lelaki.
Selepas pepisahan berlaku memang gua rasakan seperti gua temui satu kehidupan yang baru. gua dapat bernafas lebih dari selalu. seriously gua bahagia dengan hidup gua sekarang. gua di hargai, gua di sayangi dengan orang-orang yang menyayangi gua. gua sentiasa di beri perhatian. alhamdulillah gua sedang mencapai cita-cita.. gua sedang mengejar masa depan gua. gua sedang mengumpul duit untuk beli kereta dan rumah. senang kata gua dah mula focus pada masa depan gua.
Gua selalu berharap, masa gua tengah mengejar cita-cita gua, insyaallah gua dapat lah jumpa jodoh yang baik-baik. gua dapat jumpa mamat romeo yang betul-betul perfect tok gua. senang cita stock terus buat kahwen. hmmm, gua dah malas nak bercinta. sebab bagi gua bercinta mesti ada perpisahan nya. hmmm, gua penat bercinta. gua mengharapkan lepas ni insyaalah gua dapat lah seorang jejaka yang betul2 matang untuk gua. ameennnn, korang doa-doakan lah yea semoga tuhan temukan aku dengan seseorang yang JAUH lebih baik dari sebelum nih. :)
So, kepada kawan-kawan kat luar sana, korang yang putus cinta tuh jangan pernah fikir bila korang putus je bermakna kehidupan korang musnah. tidak sama sekali. sebenarnya kalau korang nak tahu korang hanya di uji sahaja kerana di hadapan sana nanti akan ada ganjaran yang hebat tok lu orang semua dohh. percaya lah kata gua. jadikan lah kisah silam kita sebagai satu pengajaran yang terbaik tok kita. pstttttt pengalaman adalah buku teks yang terbaik boleh kita miliki. :)
Jangan tangisi dengan apa yang terjadi tapi bersyukurlah dengan apa yang terjadi.
semua yang terjadi ada hikmahnya, kadang kala tuhan mengambil satu kenikmatan dari kita supaya kita dekat kan diri dan kita percaya pada takdirNya.



No comments:
Post a Comment