" IN LOVE WITH SOMEONE & LOVE SOMEONE ARE TOTALLY DIFFERENT"
Hokey, gua nak share something dengan lu orang. ramai tanya gua, macam mana gua boleh memilih K dalam hidup gua. jawapan gua senang je -- dialah satu-satunya lelaki yang BETUL-BETUL cuba mendapatkan gua. Lu orang sedar tak, kadang-kadang kita tak perasan di mana sebenarnya cinta sejati kita. kadang-kadang berpuluh tahun kita mencari, kesana kesini. ada yang sanggup bergadai nyawa demi mengejar "cinta sejati" mereka sendiri kononnya, katanyaaaaaaa. dalam mencari kadang-kadang mereka tak sedar cinta sejati tu sebenarnya depan mata sahaja. tercegat depan kita hari-hari.
Mengikut pengalaman gua, *TAKE A NOTE GUYS! kalau kita nak hubungan kita sentiasa bahagia dan sentiasa aman dan damai, kejar lah seseorang yang kita " in love with...". chooppppppp! ini yang kita biasa dengar kan? dan biasa kita buat kan? tapi hakikat sebenarnyaaaa, kejarlah orang yang kita "love". nampak macam ala kadar kannn? tapi percayalahhh, sebenarnya kalau kita pandang dari sudut yang berbeza sikit dari biasa kita akan nampak bertapa BESAR nya perbezaan ini sebenarnya.
Gua pernah jatuh cinta dengan seseorang. yuppp! macam korang semua tahu kan siapa dia. gua sanggup kejar dia di tengah jalan demi mendapatkan dia balik. entah apa salah gua masa tuh gua sendiri TAK TAHU. gua bersungguh-sungguh mendapat kan dia semula masa tuh. gua pedulik kan kereta lain yang lalu lalang masa tuh. gua dapan beribu hon dari kereta-kereta yang lalu, gua pedulik hapa, gua tak kisah dah. gua dah tak fikir apa. janji gua kejar cinta hati gua. ada gak terdetik dalam hati gua "lany, you should stop kejar dia, lantak lah dia nak pergi kaulepaskan jelah jangan dipaksa orang yang tak sudi" tapi masa tuh entah kepala gua asik cakap "kau kena kejar mamat tuhhh. kau kena kejar the one that you in love with, nanti kau dah takde siapa" so tak fikir lagi gua kejar je dia. kejar dan terus kejar.
Akhirnya gua yng dapat luka, gua di tinggalkan di tepi jalan dan gua menangis seorang diri kat tepi jalan. dia ada kisah pasal perasaan gua masa tuh? tak hadoooooo. okay, seriously, masa tuh hati gua hancur sangat. gua malu, gua sendiri tak tau apa yang dah jadi dengan diri gua. hanya kerana seorang lelaki yang gua dah jatuh cinta tuh je gua sanggup kejar dia kat tengah jalan..apa kejadah semua nihhhh. hokey, gua memang merana wooo, gua patah hati. semua tau kan macam mana gua jatuh masa tuh. Kejam, itu je ayat yang selalu keluar kat hati gua, dia kejam. tapi apa gua kisah gua cintakan dia. gua sayang kan dia. gua sanggup bermati-matian demi pertahankan hubungan gua dengan dia. tapi... thuiii, hapak bak kata K.
Hari demi hari gua semakin rapat dengan K, k banyak sedarkan gua 1 benda yang kadang-kadang gua leka dengan pegangan ni, dia sedarkan gua dengan ayat "Lany, seorang lelaki yang betul-betul faham maksud cinta, sayan, dan suka dia tak kan buat sesuatu yang boleh meluka kan hati wanita. you faham maksud i kan?" masa dia cakap macam tuh gua betul-betul terbukak mata gua. betul kata dia.yupppp! sangat-sangat betul. gua fikir bermalam-malam. gua ambik masa bersendiri, gua tanya balik dalam diri gua "lany.. dengan lelaki ni ke kau nak hidup bersama? lelaki yang pernah sakitkan hati kau? lelaki yang pernah tinggalkan kau menangis kat tepi jalan, lelaki yang langsung tak kisah kan kau masa kau sanggup keluar wayang carik dia yang hilang entah kemana last-last dia tak heran pon kau tunggu dia sorang2 kat the curve, lelaki yang selalu buat kau menangis, dengan lelaki ni keeeee? are you sure!"
Huishhh, 2 3 minggu gak lah gua fikir, dari gelak ke menangis, dari menangis ke gelak. banyak gua fikirkan. then lastly gua tanya pendapat mamy and dady gua. diorang hanya diam dan tersenyum "i know you boleh bezakan yang mana baik and yang mana buruk" tuh je ayat dia. start from that gua nampak lagi satu jalan baru untuk gua maju kehadapan. gua nampak, semua yang terjadi adalah sesuatu yang terang-terang buruknya.so masa tuh gua sedar yang gua tak akan bahagia dengan lelaki yang PERNAH sakitkan hati gua. beribu kemaafan gua dah sambut. tapi gua ingat dia akan berubah rupanya makin teruk. soooo, gua banyak spend time dengan K. banyak benda gak K nasihatkan gua antaranya :
- Bila kita ingin mencintai dan di cintai seseorang make sure benda PALING UTAMA dalam diri kita ialah cintakan dahulu diri kita. biar orang cakap kita psycho tapi ini adalah satu fakta yang tepat kita xboleh nak ubah. sebab, bila kita mencintai diri kita. kita tak akan senang-senang biarkan diri kita di bodoh kan, di kulikan, di peralatkan, dan di mainkan.
- Seorang lelaki yang betul-betul mencintai seorang wanita adalah seorang lelaki yang betul-betul tahu apa yang dia buat, tahu apa yang dia pegang, dan tahu apa yang dia pakai.
- Kasih sayang ada banyak, tapiiiii, 1 je kasih sayang yang boleh diguna pakai sampai ke akhir hayat kita. iaitu kasih sayang terhadap CINTA SEJATI.
- Seorang lelaki yang benar-benar mencintai wanita, dia tak kan cakap "i sanggup buat apa sahaja demi youuu, i sanggup mati-matian demi you, i sanggup tinggalkan dia demi you, i sanggup telan racun untuk you" sebab dengan kata-kata tu je dah membuktikan dia BUKAN yang terbaik untuk di guna pakai. sebab! dia bercakap sahaja tanpa menggunakan akal dan fikiran :)
- Lelaki, bila benar-benar faham maksud cinta dia akan automatik berubah, setia, jujur, amanah dalam hubungan dia. dan dia tidak hanya berkata "i love you so much" tapi dia akan membuat sesuatu agar perbuatan itu bermaksudkan 3 kata tuh.
So, selepas spend whole day dengan K, baru gua sedar yang dia BENAR-BENAR bukan seorang lelaki yang boleh di guna pakai. gua hanya mengejar sesuatu yang bodoh dan sia-sia sahaja. masa tu lah gua tersedar yang "love someone is better then in love with someone". sooo lu olang nampak tak? nampak tak apa yang gua nak maksud kan? kaum hawaaaaaaaaaaaaa! girlsss! bangkitttttt! jangan sia-sia kan hidup anda lagi dengan lelaki yang tak guna.
Andai kata anda pernah berpasangan dengan lelaki seperti ini, just forgive and forget. lepaskan sahaja diorang pergi. biar kannnnn. jangan tangisi pemergian mereka kerana akan ada seseorang yang jauh lebih berguna akan muncul. tak kira dalam masa terdekat mahu pon tidak. hokey, jangan bersedihh. kadang-kadang kita sangka lelaki yang banyak kali hancurkan hati kita tuh lah jodoh kita or cinta kita. PADAHAL. girlssss, cinta tuh indah okay. Tolong jangan perbodohkan diri anda dengan orang yang salah. open your eyes. sampai bila nak biarkan lelaki tak guna pijak kepala kita? kita ada maruh sayang, kita ada harga diri. pertahan kan itu. jangan biarkan lelaki senang-senang je hancurkan hati kita. andai dia merayu pekak kan telinga, kenapa ??? sebab pecaya lah sekali dia buat, dia akan buat lagi.so tinggalkan saja. dan terus mencari yang LEBIH baik.
Andai dia benar-benar anda cintakan, fikirkan balik adakah benar. atau hanya mainan perasaan anda. jangan TERKELIRU. ramai yang masih keliru. gua tak nak tengok perempuan asyik di tipu lelaki, gua sedihhhh. seriously, gua nak korang semua bangkit, lawan semua kata-kata penipu kaum lelaki ni. tunjuk kan pada mereka, bukan kita tak boleh hidup tanpa mereka. tapi mereka tak boleh hidup tanpa kita. percayalahhh :)
Kadang - kadang kita kena lupakan apa yang kita mahukan. sebab kita PERLU ingat apa yang patut kita dapatkan :)
So girls, jangan mudah mengalah dalam mencari cinta yeah kerana kumbang bukan seekor hokay ♥



No comments:
Post a Comment