Hmmm, korang pernah tak bertemu ataupon berkawan dengan manusia hipokrit ? maksud gua, bermuka-muka. choiiii, bukan main lagi depan kita bersayang mayang belakang hahh, macam ayam! thuiiii. gua paling tak suka manusia palstik macam ni dohhhh. Okay secara jujurnya gua ada seorang kawan yang macam nihhh.
Mula-mula gua layan gak lah dengan perangai dia nih. tapi lama-lama semak dohhh semak gila babeng. gua rasa nak hempuk je kepala dia dengan pasu bunga. okay kisah dia bila depan awek dia dia bukan main bersayang-sayang dohhh. siap kata "hati ku hanya untuk mu sayang" chooiiiii, hakikat sebenarnya hati dia pada orang lain.
Paling gua tak tahan bila dia siap bagi kat minah tuh "fake smiley" yang minah tuh pulak baik punya percaya kononnya memang senyuman tuh adalah senyuman terikhlas yang pernah dia jumpa KONONNYA!. hakikatnya. tuhan je tahu. then gua paling tak suka bila dia mula tunjukan yang dia setia dengan awek dia sebenarnya macam taikkkkk! dok msg dengan perempuan sana sini. dok pasang scandle sana sini.
Okay lagi benda tuh, paling gua tak tahan bila belakang awek sendiri dia dok message dengan minah lain dan dok bagi harapan palsu kat minah. dok merayu kata "i love you **** , i masih sayangkan you, hati i pada you and tunggu i tau. 1day i akan datang balik kat youuuu" choiiiiiii. LAGI tak tahan bila dengan minah tuh dia cakap "i tau jalan yang i ambik ni adalah jalan yang salah. i tak dapat rasa perasaan cinta dari dia, dia tak boleh sayang kan i macam mana you pernah sayang kan i, i kurang kasih sayang, i bla bla blaaaaa." then bila bak datang kat awek sebenar bukan main lagi "ohhh darling i love you, you jump i jump." kalah cerita titanic.
Gua ada gak nasihat. kalau lu rasa lu tak bahagia dengan awek lu sebenarnya, lu terus terang je kat dia. gua tak suka lu hidup dalam berpura-pura, elok-elok lu dah kecewakan seorang perempuan terus lu dah kecewakan 2 orang. gua sedih gila dengan tindakan kawan gua nih. gua sedih sebab dia tak berani nak berterus terang. Bukan main dia terus terang kat ex dia, siap berjumpa bebagai, gua ingat ada lah timbul keberanian sikit rupanya masih penakut... dan LEBIH penakut.
Entah kenapa lah mamat ni nak teruskan diri dengan penipuan ni semua, dia cakap dia tak boleh patah balik. dia tau jalan yang dia pilih ni salah tapi apa yang boleh dia buat teruskan jelah perlajanan sampailah satu hari nanti dia jumpa jalan keluar. wahai kawan, gua kecewa dengan sikap lu. memang gua kecewa gila. satu ayat gua nak cakap dengan lu "LU TAK MATANG!" lu tak boleh berfikir meluas. pemikiran lu terlalu sempittt. lu just fikir terpekup.
Bagi gua, kalau kita tau jalan yang kita ambik ni adalah jalan yang salah, gua sanggup patah balik. seriously! sebab gua tak nak sesat di kemudian hari. makin sesat makin gua rosak kan badan dan pemikiran gua. macam lu orang berenang lah. lu berenang kat laut. makin lu berenang kehadapan makin dalam air tuh, then bila lu dah penat nanti lu sedar-sedar lu dah ada kat lautan. then masa tuh ada 2 kemungkinan untuk lu. 1) lu mati lemas 2) lu kena makan dengan ikan-ikan jerung. tapi huntung-huntung lah kalau tiba-tiba ada penyelamat datang. itu pon peluang dia maybe 1% je. tol tak?. wahai kawan, macam tuh lah lu nanti. makin lu teruskan penipuan ni makin rumit lah hidup lu.
Gua tak suka lelaki macam ni. gua tak suka sangat-sangat! gua rasa macam nak termuntah dengan sikap dia. hmmm, TAK ADA KEBERANIAN UMPAMA TAKDE TELOR. sia-sia je lu hidup sebagai lelaki. hmmm, kawan, bagi gua hidup ni terlalu singkat untuk berpura-pura. satu je, sepandai-pandai tupai lompat akhirnya jatuh ke tanah juga. gua nak tengok sejauh mana lu boleh bahagia dengan kepura-puraan lu. gua dah penat bagi nasihat kawan-kawan lu dah penat bagi nasihat, ex lu, semua dah penat. lu nak orang tolong lu, tapi lu tak nak tolong diri sendiri.
Kalau gua kat tempat dia, gua akan kejar kebahagian sebenar gua. gua nak hidup dengan orang yang betul-betul gua ikhlas bersama. gua nak hidup dengan penuh kasih sayang. gua tak kan biarkan diri gua kering dengan kasih sayang. gua nak orang yang betul-betul berikan gua kasih sayang sepenuhnya. gua nak orang yang betul-betul bahagia kan gua. gua nak someone yang sanggup buat apa sahaja demi gua. sebab gua pon akan buat seperti itu untuk dia. dan gua tak kan biarkan diri gua sesat dalam mencari cinta. dan yang penting sekali gua tak kan biarkan diri gua hidup dalam kepura-puraan sebab gua mencari bahagia bukan kesengsaraan. dan gua tau hidup dalam kepura-puraan ni tak kan pergi jauh kemana punyaaaa.
Apa pon gua bersyukur pada tuhan sebab gua bukan lah seorang manusia yang mempunyai sifat hipokrit dalam diri. dan PALING gua bersyukur. gua bukan lah salah satu MANGSA kepura-puraan itu WALAUPON sebenarnya gualah orang tengah antara permainan nih :')
"Ya allah ya tuhanku, terima kasih pada mu ya allah, kerana kau takdir kan semua ini kepada aku. sekurang-kurangnya aku dah dapat melihat perangai sebenar manusia yang ku kenali itu. kau tunjuk kan aku dia bukan lah yang terbaik untuk aku. kau tunjukan pada aku dia bukan seorang yang jujur tentang perasaanya, kau tunjukan aku kisah sebenar disebalik drama yang mereka ciptakan itu dan kau buka kan mata ku seluas-luasnya bahawasanya dia bukan lah lelaki yang selama ini aku cari dan yang penting kau buktikan pada aku yang dia seorang yang TIDAK MATANG. dan paling aku berterima kasih pada mu ya allah, kau selamatkan aku dari segala penipuan dia. dan kau selamatkan aku dari terus di tipu oleh seorang lelaki seperti dia.- ameen"
psssst!
gua dah penat lah dengan lu punya drama cinta yang tah pape tuh.
lu hidup lah dengan penipuan lu tuh yeah. gua nak hidup dengan kejujuran gua.gua nak cari cinta sejati gua. gua tak nak habiskan masa gua dengan orang yang betul-betul TERBAIK bukan terbalik. gua nak kahwen, gua ada matlamat hidup, gua nak berjaya. gua bukan seorang yang "hahhh, lepas ni apa nak jadi jadilah lantak lah" soryyy, gua bukan manusia yang takde pegangan. apa pon gua doakan terbaik tok lu. mudah-mudahan tuhan berikan lu kekuatan tok berkata benar dengan semua orang dan mudah-mudahan tuhan rahmati hidup lu yang penuh penipuan tuh yeah. ♥
UNTUK AWEK KAWAN GUA = SELAMAT DI TIPU YEAH :) (tabik dengan penuh minat)
gua dah penat lah dengan lu punya drama cinta yang tah pape tuh.
lu hidup lah dengan penipuan lu tuh yeah. gua nak hidup dengan kejujuran gua.gua nak cari cinta sejati gua. gua tak nak habiskan masa gua dengan orang yang betul-betul TERBAIK bukan terbalik. gua nak kahwen, gua ada matlamat hidup, gua nak berjaya. gua bukan seorang yang "hahhh, lepas ni apa nak jadi jadilah lantak lah" soryyy, gua bukan manusia yang takde pegangan. apa pon gua doakan terbaik tok lu. mudah-mudahan tuhan berikan lu kekuatan tok berkata benar dengan semua orang dan mudah-mudahan tuhan rahmati hidup lu yang penuh penipuan tuh yeah. ♥
UNTUK AWEK KAWAN GUA = SELAMAT DI TIPU YEAH :) (tabik dengan penuh minat)



No comments:
Post a Comment