Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Sunday, September 11, 2011

impian gua :)



Lu orang ada impian tak? apa impian lu orang ehhh? hmmm gua ada satu impian yang gua sedang kejar. gua nak jadi seorang yang berjaya dalam dunia media. tak kira lah sama ada gua wartawan ke, pengacara ke, editor ke apa-apa jelahhh. gua tak kisah wey. asalkan gua masih dalam dunia media nih. okay, gua nak berjaya. gua nak dikenali. bukan dikenali dengan kecantikan, kebakatan atau sebagainya tapi gua nak di kenali dengan kecemerlangan kerjaya gua. Gua nak jadi seorang wartawan yang berjaya. tapiiii bukan wartawan artis gosip-gosip tuhhhh. tak minat gua nak hadap muka hartis 25 jam nak muntak lak.

Berjaya macam mana? berjaya macam wartawan berita yang di hantar ke luar negara untuk buat liputan tentang peperangan disana, atau sebagainya. gua nak jadi macam senior2 tv3 gua. gua kagum tengok diorang. gua kagum tengok kehebatan mereka beraksi di sebalik berita di tv. gua rasa itulah kerjaya yang termurni diorang pernah diorang buat. kalau lu orang nak tahu,nak tau sebab apa gua angap macam tuh? kami wartawan ni bertarung dan bergadai nyawa tau nak dapat kan maklumat untuk negara.

Gua kagum tengok senior gua semua di hantar ke tempat2 berperang, bencana, dan sebagainya. gua pernah buat berita pasal pelajar malaysia di mesir yang sedang di ancam bahaya. masa tu pulak gua kena buat phone in dengan salah seorang wartawan kami yang di hantar di sana. so masa tengah record apa yang dia cakap tiba-tiba gua dengar dia menjerit cakap "kejap dik kejappp.....(then bunyik riuh rendah)" tiba-tiba gua dengar dia berlari2. rupa-rupanya pengganas kat mesir tuh tengah kejar diorang dengan parang okay, parangggggg. perghhhh masa tuh tuhan je tahu macam mana cuak nya hati gua. perghhh! kalau aku cuak apa lagi dia dohhhh. 

Sebab tuh gua kagum diorang sangat-sangat. lu semua ingat tak cerita gerak khas? normala samsuddin sebagai wartawan and afdlin as cameraman, lu ingat tak lagi? ingat tak masa yang diorang tengah nak dapat kan maklumat dok tengah bersusah payah dapat kan berita then tiba-tiba kena kejar and kena tembak dengan samseng ? terbaik kannnnn. perghhh, macam tuh lah risiko seorang wartawan nihh. kami bergadai nyawa untuk negara. siapa kata kerja wartawan senang???.

So gua ber impian satuhari nanti gua akan jadi macam diorang. gua nak jadi seseorang yang berjasa pada negara dan terutamanya rakyat malaysia. gua nak kerja sebaik mungkin. wahhh wahhh semangat 1 malaysia sungguh aku nihhh. haha takley blahhhh. okay, andai kata gua dah berjaya mengejar cita-cita gua. gua nak hadiahkan something tok keluarga gua sebagai tanda terima kasih atas kejayaan gua. sebab merekalah tulang belakang gua selama nih. so gua tak kan lupakan sampai bila-bila :)




_____________________________________________________________




Okay, ni atas permintaan seseorang supaya gua ceritakan sikit pasal dunia wartawan nih mengikut sepanjang pengalaman aku.. cik khaleed saya harap awak baca lah yea :)

Buat pengetahuan lu orang. Kerja wartawan ni bukan lah kerjaya yang dok office kul 10 pagi then balik kul 5 petang. memang tak lahhhh. buat pengetahuan lu semua, bilik berita @ office untuk wartawan di buka selama 24 jam okayyyyy. tak pernah tutup. lu kalau masuk kerja kul 7 pagi atau 5 pagi sekali pun lu tetap akan balik selepas berita. (tapi ni pengalaman kat tv3 jelahhh). okay, sebenarnya duni wartawan ni ada 2 masa kerja dia. shift pagi dan malam. ialah kalau semua pagi je siapa nak jaga berita belah malam ye dopp?

Okay, mendapatkan satu maklumat ni bukan lah sesenang macam lu buat matematik, maksud nya lu tambah tolak bahagi darab lu dapat lah fakta yang tepat. choiiiii, sumpah TAK! lu nak dapat satu maklumat yang tepat lu bukan pergi pada 1 orang je tapi banyak orang woooooo, lu tau tau jelah manusia ni pelbagai ragam. bila lu nak dapatkan satu maklumat tuh lu akan jumpa pelbagai jenis manusia. ada yang gila glamor, ada yang pemalu, ada pulak yang sorok2. hmmm macam-macam lah tapi macam mana sekali pon diorang punya perangai adalah tanggungjawab lu untuk persuade mereka semua untuk bagi lu maklumat.sooo, PR SKILL kena kuat gila lah wey. sebab tuh kebanyakan wartawan ni kalau lu bercakap dan ber sembang dengan diorang lu akan seronok gila-gila. sebab diorang pandai tarik lu. tak caya? TRY LAHHH. (buat muka comel)

Bagi gua seorang wartawan tuh sifat KEBERANIAN dia haruslah meninggi gila-gila. sebab lu jangan fikir lu ambik maklumat ni macam lu beli makanan kat MacD je. kadang-kadang lu kena tempuhi macam-macam dugaan wey. seriously gua cakap kalau lu seorang yang "alamakkk takut lah nak tanya orang tuh. kau tanya kan aku segan lah" hah lu lupakan jeee. betul gua cakap. tak caya tanya kawan-kawan wartawan gua. senang cerita jadi wartawan lu kena hati kering je. kalau lu takut-taku macam mana nak dapat kan maklumat tol tak?

Then pendirian lu kena tegap setegap badan kental malek noor, hahah. kalau lu tak de pendirian macam mana lu nak sampaikan maklumat pada orang ramai? lu fikir kalau lu macam lalang orang yakin ke nak percaya dengan maklumat yang lu pegang? tah-tah orang tengok lu pon orang maca "errr, bia betul dia ni wartawan. macam sales girl je adalah" hokhokhok. ayat mintak penyepak. KIOH KIOH KIOH :D kannn. 

Lu kena tahan lasak, bukan lasak yang rock climbing tuh je atau berjiwa ganas-ganas jee okay, menjadi wartawan ni lu memang akan di gasak habis-habisan. lu akan di maki, di keji, di caci. tapi apa adahal. macam gua cakap lu kena buat hati kering je. alaaa senang je masuk telinga kiri keluar telinga kanan hati kena toya... hahhhhh tapi bab bab bercinta jangan lak lu bawak hati seorang wartawan dalam hubungan lu tu pulak ye. tak pasal-pasal meletop kang hubungan lu meletop lak kang. 

Jangan pernah kenal  maksud penat. lu penat lu tak berjaya lah dapat maklumat. jangan ada sifat mengalah jugak. haram dalam dunia wartawan ada sifat mengalah. kalau lu mengalah macam mana lu nak dapatkan sesuatu yang sahihhhhhhh dik non oiiiii. hmmm

Senang kata lu nak jadi wartawan lu kena lah kuat dari segi fizikal apatah lagi mental. memang menyerabutkan kejaya nih tapi bagi gua dia macam satu benda yang mencabar.hahhh, walaupun gua ni seorang yang lembut-lembut , manja.. gua bukan macam yang orang lain bangakan sangat pakai seluar cetok then naik RXZ then tunjuk kan keganasan dia diatas motor, atau perempuan yang berpakaian serba hitam bertali pingang duri, berkasut but, dan bercelak tapi gua tetap suka menyahut cabaran. dan dari situ gua test keberanian gua. dan alhamdulillah gua suka kan nya :)





So, khaleed inilah dunia kerjaya gua, cita-cita gua. impian gua, dan kehidupan gua :)
gua cintakan dunia media gua. gua sayangkan dia seperti mana gua menyayangi diri gua. mungkin gua akan busy, yeah. mungkin gua tak akan ada masa untuk bercinta dan berkasih sangat tapi bagi gua, kalau dia menyayangi gua dia mesti memahami kerjaya gua sebagai seorang orang media kan? so selamat datang ke dunia nur ilani bte kamarudzaman.

No comments: