Monday, September 12, 2011

i will follow youuuuu ;D




Pada suatu hari, ada seorang gadis sedang leka membeli belah. sedang dia leka, tiba-tiba dia terpandang satu kelibat hitam di tepinya.

Pada mulanya, dia tidak menghiraukannya sangkaanya mungkin bayangan orang yang lalu lalang di belakangnya sahaja. tetapi lama kelamaan dia mula rasa tidak selesa.dengan tangkasnya dia menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia ada seorang jejaka sedang terkaku berdiri dengan raut muka yang terkejut.

Dengan tanpa membuang masa si gadis meluru ke arah jejaka yang mengekorinya itu dan dengan muka yang tegas menyerlah kan kemarahan di wajahnya terus si gadis itu bertanya dengan nada yang tegas.

Gadis : Apesal awak ikut saya ni?

Jejaka itu dengan nada yang penuh keyakinan dia mula mengeluar kan suaranya yang garau itu sambil memandang tepat ke mata si gadis itu.

Jejaka : Saya tak tahu. Awak cantik sangat. Saya rasa, saya dah cinta awak.
Gadis : Hmm. Awak tak jumpa lagi dengan kawan saya. Dia lagi cantik daripada saya.
Jejaka : Hmm...
Gadis : Dia kat belakang awak.

Dengan rasa ingin tahu terus dia menoleh kebelakang dan apa yang dia lihat hanyalah orang ramai yang sedang leka membeli belah. pelik dan beribu tanda tanya di kepalanya. siapakah yang di maksudnya itu.

Jejaka : Tak de sape pun.

Dengan memberi satu senyuman yang sinis dan si gadis mula bicara.


Gadis : Kalau awak betul betul cinta saya, tak mungkin awak akan pusing.

Sambil mengibaskan rambutnya yang ikal mayang itu kearah muka si jejaka , si gadis terus berlalu pergi satu senyuman sinis tidak dilepaskan nya dari tadi.





CONCLUSION : Difficult to find TRUE LOVE because it is RARE xD ♥

No comments:

Post a Comment