Tuesday, August 2, 2011

Silly Lany :D


guys,,,
gila lawak siot kejadian pagi tadi. setelah hampir seminggu terperap dalam bilik bernama "WAD" tanpa mengambil udara segar kat luar. buat julung kalinya hari ni aku keluar melangkah ke hadapan. lawak siot, pelbagai benda yang kelakar terjadi kat aku yang membuatkan aku tak henti-henti tergelak dari pagi sampai lah sekarang ni wey. korang nak tau apa kejadian yang kelakar?

1) okay, dengan selambeknya selepas mandi dan pakai baju aku ambik cap aku pakai then ambik handbage aku galas then terus meluru ke luar. tanpa fikir apa-apa dengan nada yang excited aku jerit "Lets go baby..." kat arah akak aku. then aku nampak lah muka dia pelik, then aku tanya kenapa kak? then dengan selambek aku cakap "lany tau kenapa akak pandang pelik, mesti akak pelik kan lany ni okay ke tak kan? alaa kak, lany dah okay lah kak. lany dah tak nak menyiksa diri lany lagi dah. now lany nak enjoy life lany. lany tak nak sia-siakan masa SINGLE lany ni" then dengan mata yang kecil akak aku geleng kepala. then dia cakap dengan nada yang nak gelak "bukan tuh. tapi tuhhhhh" then aku pon pelik lah aku fikir lah apa yang pelik bin ajaibnya kan. so aku pon pergi lah kat cermin. sekali baru aku perasan aku tak pakai seluar!!! babi bodoh gila malu cinapeng! sib baik lah baju dress aku panjang. jenis atas lutut so nampak macam aku pakai baju + skirt. siott malu je.


2) tuh okay lagi... then aku ikut akak aku pergi kl, aku tolong dia angkat barang-barang dia. then tetiba aku rasa ada line kat bahu aku. dengan sambil online tdan chatting dengan kawan si dia tuh sekali aku rasa macam nak tarik line yang aku rasa tuh. then korang tahu tak apa yang aku nampak? ALAMAK! baju aku terbalik rupanyaaaaaa! ceyhhhhhh, dengan perasaan bangga dan cover aku pon cakap "takpe lany, kau anggap je baju kau ni jenama FCUK. dah memang style baju kau macam ni nak buat macam mana" padahal.... macam HARAM ~.~ ahahah. bapak malu sialllllllll. aku tergelak gila-gila doh dengan akak aku . then akak aku cakap "lany dah kenapa? okay tak?" then aku hanya mampu gelak je ahahahah :D

Haishhh tak terurus betul aku skg ahahah :D
hahhh! ni lah dia diri aku. hmmm kesian kan? sejak single-mingle ni banyak gila benda silly yang aku buat.  

No comments:

Post a Comment