Sila Baca Ini Dahulu!!
kepada anda yang akan membaca sila bekal kan bakul di sebelah kiri anda kerana KEMUNGKINAN kamu akan muntah hijau kerana keperasanan tahap dewa tentang diri aku SENDIRI :)
SO, KALAU TAK SUKA BACA, JANGAN GATAL-GATAL NAK TERUSKAN MEMBACA YEAH :)

Friday, August 12, 2011

Kisah Bertudung :)


Aku tergelak kecik bila baca blog kawan aku pasal FESYEN TUDUNG. lawak bila dia mula cakap "berfesyen kah? tangungjawab kah?" errrr, membunuh kata-kata dia. ahah :D OKAY! secara jujurnya aku pernah dalam situasi bergini. aku pernah try bertudung tapi sekejap je.

Cerita dia bermula bila aku belajar kat ikip, seperti yang semua tahu rambut aku bewarna merah kan? erm, bila kita pergi satu kawasan luar bandar, pemikiran diorang berbeza, diorang fikir rambut aku perang sebab aku warnakan. diorang tak pernah fikir rambut bewarna itu mungkin ada yang aslinya. OKAY! masa belajar HEP aku selalu kacau aku sebab rambut bewarna. naik muak aku dengar diorang complain sana sini. sampai lah oneday mak aku sendiri yang kena explain kan kat diorang yang diorang kena faham di sebabkan atok aku keturunan dutch lah aku mewarisi rambut bewarna merah ni.

So nak dijadikan cerita masa tuh HEP lepaskan, buttttt, budak-budak yang lain yang mula complain sana sini. asal diorang kena tahan sebab dye rambut mesti nama aku diorang petik "habis lany tuh boleh?" or "budak wartawan tuh boleh pulak warnakan rambut". erm, benanah gak telinga ni dengar. lama-lama aku decide nak bertudung masa pergi kolej SAHAJA!. sooo, masa tuh bermula lah sejarah aku bertudung. masa mula aku bertudung ramai yang puji. dan ramai jugak mengutuk "alaaa, buat apa pakai tudung setakat g kelas je. hipokrit". ermm, tekanan demi tekanan masa tuh aku rasa. sooo, masa tuh aku memang GERAM dang bengkek gila dengan diorang yang mengata belakang. tak pakai salah, pakai pon salah aduyaiii fening mak fening.

Lastly, i decided tok pakai sepenuh masa. biar tutup sikit mulut diorang yang berkata-kata. Mula-mula memang pelik tapi sebab kan dapat dorongan dari ex aku tuh dan mak aku aku teruskan pakai. diorang selalu bagi semangat kat aku. masa tuh ada gak mulut-mulut jahat yang cakap "Hamboi, dulu masa masuk kolej bukan main sexy lagi, sekarang bertutup" masa tuh aku fikir ahh! lantak lah. janji masih ada orang kuat sentiasa bg dorongan kat aku  so you can say what ever you want. aku tak heran.

Tapi sejak aku mula bertukar status dan aku kehilangan orang kuat aku. sedikit demi sedikit tomohan tuh memakan aku. aku mula berfikir "ye tak ye gak, dulu aku bukan main sexy nauzubillah, sekarang kenapa aku bertutup litup lak" huhu soooo, start from that aku bukak semula. dan aku mula menjadi diri aku. tapi kadang-kadang tuh aku rindu zaman aku bertudung dulu. cuma aku tak kuat. aku takut satu hari nanti aku akan bukak semula.sooooo, aku just fikir pelahan-pelahan kayuh. tiba masanya aku akan pakai semula. insyaallahhh.

But apa pon, bagi aku, bertudung adalah AMANAH, dan berfesyen adalah tanggung jawab. tak salah kan kalau kita pakai tudung then kita berfesyen macam hanah tajimah bebagai tuh. cun apa! dah tuh nak pakai tudung bawal tuh je ke? alamak aiiii, bapak lah tak cun! bukan ke kita manusia di suruh untuk sentiasa kelihatan cantik. ermm, bagi aku biarlah berfesyen macam mana pon asalkan jangan lak kau pakai tudung tapi pakai seluar pendek. hah tuh NAK MAMPOS namanya!! kan ahah :D

jomm layan gambar bertudung dulu tuh :)
















Oh ayu sungguh muka aku bertudung.
Bhuekkk, PERASAN JAP!
agagag :D
 er, relex der, dont take it serious. takde maknenya pon. 

2 comments:

GadisAntik said...

insyallah.. u can do it!! ;) just ignore dgn mulut org. bukan diorang yg tambah tolak dosa & pahala kite.

Lany Azman said...

thanks yunkkk :D