Elmoooo, kenapa elmo menjadi pilihan hati aku ? ermm, entah lah. mungkin kerana warna merah dia yang membuatkan aku naik gila kat dia kot. ahaha, zaman aku sekolah lagi aku memang dah minat kartun elmo nih. ahaha, setiap pagi masa sekolah dulu aku sanggup bangun awal-awal semata-mata nak tengok sesame streets, hahah, kalau keluar lagu elmo "lalala...lalala... elmo world's" hah jangan terkejut kalau korang dengar satu jeritan yang kuat ahahah :D.
Sumpah aku tak tau sampai sekarang kenapa elmo menjadi pilihan hati aku, hoho aku geram dengan suara dia yang pitching-pitching lari sana sini tuh. ahaha, lawak, kekadang buat kan aku geram and buatkan aku rasa nak gigit je pipi dia bila dengar dia gelak dan rasa macam nak sepak-sepak je muka dia yang comel tuhhh arggghhhh! elmooooo, kenapa kau comel sangat huhhhh?. ahah :D. Okay, percaya lah. kalau aku merajuk ke apa ke senang je nak pujuk aku. kau bagi gambar elmo sahaja kat aku aku dah cukup buatkan aku tergelak. seriously!
Aku ada koleksi elmo pen, bear, kasut, and banyak lah. semua ni pemberian dari orang orang tersayang. diorang kalau time nak belikan hadiah untuk aku diorang tahu sangat lah 2 benda yang akan diorang belikan tak benda-benda yang melibatkan bendera british, mesti diorang akan beli elmo. ahaha. elmo paling mahal yang aku dapat dari england. then di ikuti dengan australia.
So lepas ni, kalau hari jadi aku korang jangan fikir panjang-panjang nak belikan aku apa lah yeah. ELMO sahaja dah cukup. pelekat pon jadilah... or gambar pon dah cukup bagus untuk aku KIOH KIOH KIOH :D. huntung lah kalau korang rajin nak tag aku gambar elmo:D ahaha, ermmm, tetiba aku teringat masa kawan aku hadiahkan aku cupcakes elmo, weyhhhh, sumpah cakap, aku menangis siot masa tengok elmo tuh. dan aku tak berhenti bercakap "KEJAMMMMMMMMMMM! kau KEJAMMMM!" errr, tak sampai hati doh aku nak tengok elmo tuh di makan. huhuhu. lastly aku simpan elmo tuh baik-baik dalam peti ais sampai lah satu hari tuh mak aku bising "ni cupcakes siapa niiiii? nak buat jeruk ke?" then lepas tuh aku terus bagi kawan aku makan tapi dengan syarat belakang aku jangan makan depan aku. kalau tak aku belasah dia. ahahaha :D lawak-lawak.
Tu lah antara benda paling bodoh aku pernah buat untuk elmo ahaha. sesungguhnya bilik aku memang dipenuhi dengan pekakas-pekakas elmo jeeeeee. takde benda lain. Aku suka apa-apa yang melibat kan elmo. tak kira sama ada dia besar atau kecil aku memang gila kan sangat sangat pasal elmo nihhh. ohhh yeah, elmo juga lah yang selalu temankan aku tidur ~.~
hahhh, kalau kau terima cupcakes macam ni korang rasa korang nak makan kerrr?
ate teman sanggup simpan bawah katil dari menelannya idok nyeee teman nak makan ~.~


No comments:
Post a Comment