" Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan "
( Wah cam gituw pulop yea. ahax! hokey, secara jujurnya hari ni gua terlah terkesima dan terkedu dengan coment dari seseorang tentang post-post blog gua, menurut katanya : )
MR X : Menarik post u ni Tapi kenala promote banyak2 biar org tau. Klo tak syok sendiri je la nanti
Heeee :) terbaik soalan dia, seriously gua suka, bagi gua dalam pelbagai soalan yang di ajukan inilah soalan yang paling DI GEMARI. thanks dadyG :). Hokey firstly let me explain to you all why gua tak promote-promote kan blog gua supaya orang lain tau so that nanti tak de lah gua nampak macam syok sendiri. Hokey, sejujurnya. gua bukan tak nak buat promosi or whatever tapi biarlah gua macam sekarang ni. gua menulis bukan kerana nama. macam lagu ramli sarip tuh (yeka dia yang nyanyi ? errr = =").
Seriously, gua sebenarnya menulis blog bukan mengejar apa-apa nama atau "famous" title. tak pernah terlintas pon kat kepala gua gua nak ada readers ramai-ramai dan apatah lagi followers. gua perasan jugak ada sesetengah blogger ni diorang memang suka mengumpul followers, tapi pada pandangan gua, tak bermakna follower beribu or berjuta bermakna readers nya sebanyak itu kan ? :) kadang-kadang tuh, kalau kita perasan kan, yang kekurangan followers tu lah sebenarnya ada LEBIH readers. :)
Hokey, sepanjang gua menulis ni, gua tak pernah terlintas yang satu malaysia akan membaca HSS. seriously :) kalau perasan, gua banyak menulis tentang kawan-kawan, percintaan gua, dan kehidupan gua sendiri. sebenarnya aim gua bukan lah satu malaysia apatah lagi satu asia cukup lah sekadar diri gua sendiri dan kawan-kawan rapat gua sahaja. but alhamdulillah, sejak gua berpractical di sana nama HSSmula naik, dan lebih melonjak bila gua ada menghentam SESEORANG ARTIS. masa tuh nama blog gua memang busuk habis lah. tapi masa tuh gua memang pelik bin ajaib sebab gua tak pernah gembang gemburkan blog gua lagi-lagi mempromosikan kepada sesiapa, tapi percaya lah masa tuh gua dapat hater lebih dari 100 orang. hebat kan? * nampak tak, haters gua tak sebanyak followers gua, so betul kan gua cakap. tak semestinya followers akan sama banyak dengan readers. kan ? ahax! so, masa tuh gua dah tau. gua punya blog memang di perhatikan oleh orang ramai.
Kebetulan pulak masa tuh gua bercinta dengan HA. kan??? huish masa tuh gua selalu dapat PM dari readers cakap "saya suka baca tentang awak and manusia berkepala telur awak" or "hubungan awak dengan HA selalu bagi inspirasi pada saya" or ada gak yang selalu cakap "jangan pernah berhenti menulis pasal HA. saya suka cara awak bercerita pasal dia". and banyak lagi. ada jugak yang bf dia menangis terharu baca blog gua. senang kata masa tuh memang zaman kebangkitan gua lah. sampai ada yang memaki-maki sesiapa sahaja yang mengacau hubungan kami masa tuh. rata-rata yang PM gua, semuanya bukan lah friendlist gua. seriously gua terkejut sangat-sangat.
Kalau lu semua nak tau, masa tuh, gua cuma anggap gua & HA je yang akan baca semua luahan gua tuh. sumpah tak pernah terlintas apa-apa pasal nak bagi orang baca. even gua pernah cakap kat dia, hanya dia sahaja tahu keadaan gua masa tuh wey. seriously gua tak tipu! gua ikhlas menulis semua tuh. gua tak pernah mengharap kan apa-apa selain dia akan membacanya. sebab tuh kalau lu semua followers gua sejak zaman gua dengan HA lu akan perasan selalunya entry gua akan DEAR HA.
Dah seronok-seronok bercinta, agak lama berada di atas, tiba-tiba gua jatuh kebawah *benarlah kata orang kita ni tak selalu berada di atas, kadang kala kita akan jatuh di bawah jugak akhirnya. masa tuh sumpah gua tak sangka, dalam kesedihan yang gua alami BERPULUH orang send kat wall gua wish luck for me. babe, terharu masa tuhhhh. semua akan cakap "lany cepat sembuh.. get well soon, jangan lemah, apa jadi tabahkan diri awak.. ingat awak bukan keseorangan awak masih ada kawan-kawan disini". tu baru wall. tak tau PM lagi, perghhhhhh. SMS, lagi lahhhhhhhh. seriously masa tuh gua rasa masih ada orang yang bersama gua, walaupun gua bakal kehilangan benda yang menaik kan gua.
So, selepas semua yang terjadi, inilah kehidupan gua yang baru. gua berganti pasangan, gua suka menghentam kaum lelaki (tapi yang mana tak guna SAHAJA! gua masih percaya istilah tak semua lelaki macam tuh tapi hampir semua nya sama) and macam-macam lagi... tapi walaupon gua dah berubah sedikit sebanyak, readers blog gua tak pernah berkurangan. ALHAMDULILLAH, even diorang selalu memberi semangat pada gua untuk setiap hari bangkit lawan segalanya. Segala falsafah yang gua post kan tuh, buat pengetahuan semua memang HAMPIR semua yang memang berada di kepala gua tiap-tiap hari, sebab dari gua kecik gua dah di mainkan dengan kata-kata seperti tu, well mak gua kan :) so, kadang-kadang bila gua post kata-kata semangat, falsafah, or whatever, sumpah gua tak harapkan pulangan nya. gua ikhlas post kan untuk diri gua sendiri, dan gua nak share pada kawan-kawan gua sahaja, takde niat "MENCARI MAKAN" atau apa. and guess what, gua tak sangka pulak setelah apa yang gua lalui, rupa-rupanya ada jugak orang orang di luar negara yang baca blog gua, kadang-kadang diorang suka comment gua kat fb :) - so that, gua tau, gua masih ada reader gua yang TERSENDIRI. yang always ada dengan gua saat gua jatuh dan bangun - I LOVE YOU GUYS!
So, gua rasa gua tak perlukan promosi atau apa, gua suka dengan cara gua yang sekarang ni, simple is the better kan? tak perlu pening-pening kepala. lagi pon macam gua cakap, gua ikhlas dan gua menulis bukan kerana nama, tapi hanya sekadar untuk mengingati diri gua dan kawan-kawan dan kini ia menjadi salah satu rutin harian yang WAJIB gua buat :) biar lah di nampak seperti syok sendiri atau apa, biar lah nampak seperti gua sendiri yang memgepost nya dan membaca nya sendiri, memang! memang ada sesetengah yang tak akan nampak mereka, tapi gua percaya dan gua tau kewujudan mereka ... dan tentunya, gua sayang kan followers gua kerana mereka selalu mengambil berat tentang gua, andai tiba-tiba gua menyepi dalam beberapa hari pasti akan ada yang send ke wall gua akan cakap "KEMANA KAMU MENGHILANG!" ahax! :D
*credit to DadyG sebab bagi gua idea tok tulis this entry :) THUMBS UP!! whoot whoot ♥
i love you so much FOLLOWERS XD
*Gua nak blog gua jadi macam indie band, biar di nampak seperti bodoh-bodoh, syok sendiri, tak ramai followers dan sebagainya, kerana gua mahukan yang KECUALI. sebab dengan KECUALI itulah yang membezakan gua dengan mereka. Anggaplah anda antara orang yang berhuntung kerana dapat membaca blog ini yang tak seberapa kerana tak semua dapat membaca nya kan :)



jyeaahhhh <3
ReplyDeletePOST NI gue suka bangat !
org yg kata "buat blog untk cari nama/fame etc" ni sebenarnya jeles.
cemburu kerna tidak sehebat kamu :)
p/s: baca sekerat je :P
jgn maraa XD
hahaha. :) baca sampai habis pelisssss agagagga :D
ReplyDelete