Friday, December 16, 2011

buat renungan kita semua :) HARUS BACA!



Guys... seriously, gua ada beberapa pertanyaan sikit kat sini... btw.. niat gua bukan nak menyindir sesiapa.. atau pon nak perli ke hentam ke kat sesiapa okayyy... niat gua just nak kita sama-sama fikirkan yang mana baik dan yang mana burukkkkkk.

*firstly gua tau tak baik tok kita mempertikaikan amalan ibadah seseorang tuh.... tapi gua rasa.. benda ni kita boleh renung-renungkan jugak isu nyaaa...

Hokey, secara jujurnya gua agak kecewa dengan seseorang...seriously! gua rasa macam entah laaa... kekadang tuh gua terfikir sesuatu, dia ni bertudung, dia ni sembahyang 5 waktu "katanya", dia ni suka post pasal solat.. pasal perempuan muslimah... tapi at the end gua bukak segala box harta karun dia gua nampak ada gambar-gambar dia dengan buah hati dia bukan main lagiiiii.

Hmmm, dekat sini gua dah terkilan sikit... cara dia bercakap memang nampak dia seperti perempuan melayu terakhir malaya lah babe! kadang-kadang bila ada orang yang lemah tang agama kemain dia smash dengan "kata-kata hadis".. dia bercerita tentang aurat... dia bercerita tentang hukum pengzinaan.. dia bercerita pasal adab.. dia cerita macam-macam... senang kata nampak sempurna lah dia nih.. tapi at last, gua bukak blog dia. PERGHHHHHHHHHH! soit punya posing lah babe dengan balak dia. ada cium-cium pipi lagituwwww!

Hmmm, ini ke contoh yang baik babe?? ermmm, bukan nak cakap apa lah kannn kekadang tuh gua terfikir gak manusia ni kekadang bukan main menunjuk ke aliman dia hanya sekadar menunjuk atau apa babe... seriously babe gua cam sedih gak lah dengan minah ni...

cuba korang semua fikirkan mana yang lagi elok...




* seorang perempuan yang sentiasa mengingatkan tentang solat sentiasa menunaikan solat, bertudung bertutup, perempuan melayu terakhir and lastly bila dengan pakwe, dia 2 kali 5 je dengan orang yang dia smash-smash tuh babe!

atau

*seorang perempuan yang memang tak pernah sempurna menunaikan solat, perempuan yang biasa melakukan kesilapan sama seperti si perempuan melayu terakhir tuh.....




SO RASA-RASANYA NAMPAK TAK PERBEZAAN DIORANG?!




hmmm, sumpah bila jadi macam ni, buatkan gua terfikir...

Kalau selama ni dia sentiasa bersolat.. dia sentiasa beribadah tapi dalam masa yang sama dia "bercium, berpeluk, berpegangan" DENGAN BUKAN MUHRIM DIA! rasanya dia pon sama jugak dengan golongan orang yang membuat dosa seperti yang dia smash tu kannn?! hmmm. sebab tu lah kekadang tuh orang tua-tua selalu nasihatkan kita.. tak semestinya kita solat 24 jam .. solat yang kita lakukan itu akan di angkat sebagai ibadah... hmm tah lah babe, kekadang gua sedih sebab ada dan wujud lagi permpuan MUNAFIK macam dia!



haiyakkkkkkk just spoil my mood sahaja lu nihhhh ~.~"

PENGAJARAN | so, jangan cepat menilai seseorang hanya dari luaran sahaja.. kadang-kadang kita suka menilai dengan cara.. kita nampak dia suka berjubah.. dia suka ber tudung labuh.. dia bertatatertib, sopan sikit kita anggap dia "malaikat".. dan perempuan yang biasa-biasa ni adalah "syaitan" semata... awas! kadang-kadang tuh kita silap.. yang berjubah dan bertudung itulah kadang kala adalah jelmaan "syaitan" yang cuba menyesatkan kita.. dan tak mustahil juga preemption yang di anggap "syaitan" itu boleh bertukar menjadi malaikat satu hari nanti kan??... DALAM DUNIA NI .TAK ADA YANG MUSTAHIL!

= gua sedih dengan manusia macam ni, dia sentiasa nampak kelasahan & dosa orang lain.. tapi kesalahan & dosa diri sendiri tak pernah ternampak... 
(nasihat gua kat manusia macam ni sudah-sudah lah menjatuhkan hukuman dosa dan salah terhadap tindakan seseorang tuh babe, tak payah susah-susah nak jaga tepi kain orang tuh.. kain sendiri tuh LAGI penting!)

2 comments:

  1. Bisalah manusia. Sering melakukan Khilaf. Tapi kita hanya manusia. Tak boleh nak letakkan dosa, pahala bagi seseorang. Tu semua kerja ALLAH. Kita sebagai hamba, teruslah sama-sama ingat mengingati. Yg penting, jalankan tanggungjawab sebagai Hamba Allah. Biar Allah yang nilaikan dosa, pahala kita. -sekadar berkongsi. Thanks :)

    ReplyDelete